Wednesday, January 25, 2012

Happy Birthday Pempuan!

Assalamualikum wbt

my surprise birthday cake :)

Alhamdulillah. umur aku dah berganjak lagi pun. 19 tahun sudah. sekejap je dah sembilan belas tahun. even 19 tahun tapi tetap rasa bagai 9 tahun lagi. hehe. tahun terakhir lah konon-konon menikmati hidup sebagai retiss belasan tahun. next year dah dikira 20-an. amboi! kalau kecik-kecik dolu suka berangan

"nanti dah besar mesti best. nanti boleh keluar. nanti ada duit boleh beli barbie banyak banyak. boleh beli rumah barbie, kereta barbie., dress barbie, boleh beli power rangers satu set..yeay! best nyewwww

hemp! lagi besar lagi pening kepala. tak giteww? patut ah dulu akak akak mak cik mak cik kata masa kecik-kecik paling best. okay finee. dah tahu dah sebabnya. huhu

nak dijadikan cerita.. hari jadi aku jatuh pada 24hb Januari. betul-betul tang raya cina haritu. malam 24hb disambut dengan dentuman bunga api dan meriam. ehm ehm! kau hado? HAHA.
*gelak kejam syaitan ni rojimm

kemusykilan tetap berlaku. lahir masa raya cina tapi muka tetap tak nampak cina. tak de lah putih pun. mata pun tak ada lah sepet. orang kata, kalau dah jawa tu yer jawa jugak! wuhahah

disebabkan 24hb pagi semalam aku dah berangkat pulang ke kota London, maka masa 23hb tu dah pergi makan besar dengan family members.

makanan dia special. mash potato KFC.
orang makan lain dia makan lain. HAHAH
adek & kakak.

kakak & adek
sayu tak sayu.. sadis tak sadis tepat pagi birthday aku packing barang untuk balik kolej esok paginya. hehss.. pagi-pagi buto aku layan cerita korea sorang-sorang. ditemani kipas krik krok atas kepala yang dah berkhidmat selama 10 tahun lamanya di rumah aku tu and limau mandarin 5 biji . (ayat cerpen pun)

pagi-pagi terus kena kejut dengan abah. alasan nya

"mimi... bangun cepat. nanti pukul 8 karang kawan datang. tak nak balik london kerghhh..bangun bangun!!

abah memang prihatin. padahal pukul 8.30 pagi nana pick up aku kat rumah, pukul 6.30 pagi dah kejut. siap call hp. motipp? ketuk pintu bilik tak bukak-bukak! haha.

alarm dekat phone tu sebenarnya memang tak payah pasang kan? kalau dah berkali-kali bunyi tapi tak dengar jugak. keh keh. padah tidur 4 pagi. nak bangun pukul 6 memang kirim salam sayang lah aku nak bangun..

pagi tu abah wish lah cakap

"happy birthday mimi. muah muah muah. ni tak apa ke tak ada kek?

ehh. aku tak kisah pun pasal kek kek ni. sebab semalam tu dah dapat makan sedap. plus dah dapat 2 hadiah in advance. gadget pulak tu.. muah muah muah balik dekat abah and mama. :)

sampai je kolej, mengantok sungguh! blackout pulak! birthday present nyeww kan. nasib baik laptop aku fully charge! alhamdulillah. sempat aku layan satu drama korea yang baru aku curi dari laptop kak izzat malam tu. hehss

finally, malam pun menjelma..ni yang best nak cerita..aku ni yang memang tidur memanjang dari asar sampai ke isya' memang tak dapat tangkap langsung prank yang nak dibuat roomate aku. masa isya' tu aku dah sedar dah sebab roomate aku semua dah sampai. aku masa ni tengah layan facebook. nak like comment comment depa yang wish birthday tu. #bajetretiss

tengah tengah aku bersenang lenang layan fb, tetiba ada levelmate aku ni masuk bilik. cakap ada orang muntah dekat toilet. nak dijadikan cerita.. aku ni ketua level. so before ni dah pernah ada yang muntah kat tandas and aku jugak lah yang membasuh. sumpah terngiang-ngiang bau busuk haremm muntah tu.

jadi dia and roomate aku lead aku ke tandas. depa dengan buat muka yang memang muntah tu bacin gila vavi.. aku pun percaya lah bulat-bulat tanpa seberang syak wasangka masuk tandas. sat lagi.. tahniah!

hujan tepung pun berlaku! yes! terima kasih lah korangggg!

tak cukup dengan tu adegan lari berlari sambil lempar lempar tepung pun berlaku. disebabkan level aku betul-betul atas rumah RS, maka kebisingan tu terserlah. RS kolej aku terus text YDP kolej aku suruh kitorang senyap, tapi.... apa yang terjadi kemuadian? tunggu...

jadi disebabkan toilet level disaster dengan tepung. aku pun cuci lah toilet cepat cepat. motipp tak nak kantoi ngan RS sebab dia dah warn kitorang nak naik atas kalau bising lagi. nak dijadikan cerita lepas aku habis basuh toilet.. masuk je bilik..

lampu tertutup, semua nyanyi lagu birthday. alahai. bengang siakk gua! nampak pulak cake angry bird tu. momel sangat pun. hehe. thank you emmy, wani, zani yang bagi kita cake momel tuh. heheeh

thank you dekat classmate and levelmate yang terlibat dalam kancah-kancah sosial malam tadi sampai semua kena mandi balik semula. padan muka korang! WUHAHAHAH. best tak kena sental dengan cake? heeee

delicious. sumpah! :)
malam tu berakhir dengan rambut gua bagai batu dan baju gua yang penuh dengan tepung! acehhhhhh korang. muah muah! sayang korang ketat-ketat. nantikan pembalasannya nanti ye yang upcoming birthday tu.. HAHAHA

k lah mimi FULLSTOP
note : assignment C++ tak pernah betul! cett
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

1 comment:

Balqis Abdullah said...

bestnye dapat kek angry bird! btw, umur kita dah sama sekarang. :D

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!