Wednesday, November 14, 2012

himpunan legasi


Assalamualaikum wbt

Sedikit catatan : minta maaf untuk penggunaan kata ganti nama ‘aku’ untuk yang lebih dewasa dari 
mimi .

banner family day muka atok saya! weeee :)

Jadi entry kali ni cek nak cerita sikit pengalaman masa hari raya aidiladha haritu yang disambut kat mersing with family abah’ nama pun raya so pepagi dah bangun awal yang tak lah berapa awal..

cecukup je masa solat subuh lepas tu mandi sunat raya lepastu sarung baju kurung terus pergi masjid dekat majidee. Nasib datang awal makanya tak adalah berhimpit masa nak solat. Dan dapat tempat dalam masjid bukan dekat luar! Alhamdulillah masih sempat untuk mendengar takbir raya dan solat raya aidiladha.

Alhamdulillah : )

 
atok w yaya :)

Balik je dari masjid terus makan makan dan vrooommm ke mersing. Konvoi lah kami berapa keluarga ek? Haha. Lupa.. veramai-ramai ke telok gorek mersing. Sesampai je dah pukul 3petang macam tu terus makan. Memandangkan raya kan.. so makan lah ketupat rendang semua… nikmat siottt! Hiks

Habis kenyang makan makan rehat jap terus pergi laut. Yuhuu. Nampak ke-tak sabaran dekat situ nak mandi manda? Haha

Melayankan vevudak ni nak mandi laut *ececeh sebenarnya diri sendiri lagi nak terjun laut. Yahoo!


Petang tu kitorang main volleyball, haaa meriah kan main macam pro padahal ke laut je bola tu. Haha! Syok kot main tepi pantai nan indah ni : ) nak dijadikan cerita tetengah serve bola terkena pulak sorang atok yang tengah duduk dengan cucu dia dekat kerusi tepi pantai ni, kesian atok tu! Tapi kenapa atok duduk situ kan dah kena? Hohoh *taknak mengaku salah kitorang ;)

Nak dekat maghrib baru naik ke bilik salin baju berishkan diri solat makan gossip makan ceriat cerita makan lagi then baru bagi kumpulan untuk sukaneka esok paginya dekat memakcik pepakcik sesanak sedaura. Haa mampu kau ayat cenggini? Hiks

Malam tu aku, kakak and nana *cousin terus cari port baik tepi pantai . motif dia satu je. memecah tenaga nak cari lagu untuk aerobik pagi esoknya.. amik feeling tepi pantai..memalam buta pulak angin sayu sayau bahasa..syiokk lahai! Hiks

Esok pagi seawal jam 8 pagi semua dah sesiap bangun makan dan terus buat aktiviti photosuttt dekat dewan yang ditempah dekat sini, kabut tak tahan. Tapi havoc selalu family den, haha! Kecoh hoi saudara mara aku. Lelagi kanak-kanak tu ingat senang nak kasi amik gambar duduk dendiam? Haha. Meriah sangat family ni. Ha kau hado? *keji statement kan. Maaaaaaf!

us ! may Allah SWT bless le families. ameeennn


Lepas je photoshoot family terus pergi buat aerobic, kakak aku yang handle untuk ni, and turut dibantu oleh kakak saudara , nana ofcourse!



Sukaneka yang paling tercomel lagi bila semua sporting main benda benda comel macam belon air, lari bawak bola pinpong, tiup tepung, pecahkan belon, lari atas tempurung dll dan aktiviti kemuncaknya main tarik tali! Seronok pagi ni
 


Habis sukaneka terus memasing terbongkang tido, loteh lah memasing tapi gagah jugak petang tu bangun sebab dah janji dengan kanak-kanak nak main laga ayam. Lagipun banyak belon lebih kot untuk mengelakkan pembaziran maka kami main laga ayam.
 

Game ni pun aku tahu sebab masa pbsm dulu pernah main dengan bebudak pbsm. Lawak kot. Walaupun simple tapi disebabkan semangat nak menang tu tinggi, memasing gigih nak main untuk menang masa tu. Punyalah jaga belon dekat kaki tak bagi orang pijak sampai ada yang terjatuh terkoyak seluar. Tsk tsk





Malam tu malam kemuncak ada bbq, karaoke. Hadiah hamper semua ditaja oleh memakcik pepakcik.  Sayang semuaaa : )

Keesokannya lepas kekemas terus semuanya bersiap untuk balik jb, kl, kluang, perak dll

Alhamdulillah akhirnya family day kali ni berjaya juga diadakan. Meminta aktiviti ni boleh dijadikan aktiviti tahunan family hj. Rebu & arwah nenek. Kalau ada yang tak betul sepanjang gathering ni harap harap dapat dibetulkan untuk sesi akan datang : )
 

kita datang untuk berseronok kalau ada silap dan salah tu ampun dipinta! Raya kan? 
Peace yo ! Hehe : )

mimiSJ

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!