topik aku harini ialah abs. apakah abs? sila open new tab, search google dan search abs. haha. persoalan nya ialah pentingkah abs bagi seorang lelaki. bukan apa tadi aku terbukak ok karaoke tetiba keluar si rain. ala si hujan korea tu yang berlakon cerita fugitive plan b. yang berlakon dalam drama full house. rasa macam tak perlu nak terangkan jauh-jauh ni. haha
jadi persoalan aku ialah penting ke? sampai laki-laki nih semua beria-ia nak pergi gim segala bagai makan ntah apa-apa ntah untuk bentuk badan dia. tak ke menghabiskan masa dan duit je. sebab benda ni setahu aku kena consistent kalau tak jangan berangan lah nak ada abs yang cantik menawan. haha.
ada aku tanya cakap haruslah ada sebab dia macam self-confidence. lepas tu aku tanya, kau nak tunjuk kat siapa pun. kalau nak pikat pempuan, kalau kau kahwin bini kau bagi makan buncit jugak. lepas tu tak ada nya dia nak terus mintak fasakh sebab kau tak ada abs. memang habis lah kau kena penampar free je dengan parents korang. "DOH"
memang diakui para gadis memang menjerit kalau nampak badan laki sexy sikit. lagi-lagi kalau tengah tengok movie tetiba si hero menampakkan badan dia contoh seperti jacob. aku suka jacob lagi dari si edward tu. dah lah muka macam tak bernyawa. hantu. eh memang hantu pun. tapi bukannya kitorang kisah sangat pun. sebenarnya dia macam geli pun ada bila kalau tengok betul-betul abs tu. berpetak-petak. lagi-lagi kalau yang benar-benar timbul. macam apa dah. eww. hahha. abnormal gila!
kalau tangan besar-besar yang macam malik nor tu ingat dah cukup bagus ke? ingat perempuan suka sangat lettuw? haha. lepas tu pakai baju ketat-ketat macam baju perempuan sebab badan dah cantik, nak tunjuk lah kunun. then bila kena saman dalam kolej sebab pakai round neck masa tu lah nak mintak aku duit. eh bukan aku. orang lain. memang tak dapat lah! haha
jadi meh aku tinggalkan pesanan, bersenam je dah okay. tak payah nak rasa humble down to earth sea segala bagai lah wahai lelaki yang tak ada abs jadah bagai. asal muka kau handsome okay dah doe! haha. *biadap aku nih
k lah mimi FULLSTOP
nota: apa pasal aku cerita benda ni? dah tak ada benda nak cerita lettuw
No comments:
Post a Comment