sedang aku bergelak sakan menonton siri running man di channel 393.. tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. rupa-rupanya abah. masa ni dalam pukul 7 malam. abah kata,
"mimi tolong hantarkan adik dekat bla bla bla.. nanti abah tunggu dekat situ.
aku pun terus berjumpa dengan adik di bilik, selepas selesai solat maghrib cepat-cepat sarung tudung dengan cardi. capai kunci kerita kelisa merah alo tomey tomey. harini adik akan pulang semula ke maktab nya di jeli, kelantan #belajarlagijauhjauh , bas dia pukul 8 malam tapi pukul 7.15 pun masih di rumah. nampak tak sangat tak patut masih belum berangkat lagi-lagi waktu highway busy dengan kereta
jadi aku pun bawa agak laju lah, bukan apa.. takut tak sempat pula adik aku ni naik bas. nanti tertinggal bas payah lagi.. siapa pula nak hantar dia pergi nun kelantan tu. jauh noks
lepas adik turun kereta aku pun nak patah balik lah balik ke rumah. tiba-tiba dalam tengah laju-laju gelap pulak ! and yes ! aku tak pakai cermin mata biru kecit saya dan sekali...
"BUMM BUMM
kereta aku ternaik atas pembahagi antara dua jalan #bukandividertinggitu.
tu kereta merah tomey momey ! |
aku pun apa lagi menjerit lah sekali dalam kereta tu.. HAHA
phewww, nasib aku okay kereta selamat.
tapi cuak gila aku terus tutup aircond. bawa pun slow-slow je.
Alhamdulillah tak ada apa-apa. nasib jalan sebelah kiri tak ada kereta sangat. cuba bayangkan kalau ada kereta laju. dan aku terlanggar !
SELISIH ! !
abah kata, tak apa. belajar. experience. risau aku masa nak bagitahu sebab abah perasan masa aku berhenti dekat tepi jalan. so tak boleh nak sorok lah ! HAHA
pengajaran untuk aku : lain kali kalau dah tak selalu bawa kereta malam-malam tu pakai lah cermin mata, bawa lah slow-slow je. haish.
k lah mimi FULLSTOP
nota:jantung aku masih berdenyut dengan pantas !
No comments:
Post a Comment