Monday, October 10, 2011

bila semua student nak pakai kereta

Assalmualikum wbt.

musykil adinda dikala ini, memikirkan nak bawa kereta ke tak ya semester 2 bulan depan. ouh lagi seriau memikirkan result yang bakal keluar dalam masa sebelum dari sekarang. eh apa ni cerita pasal result. shuh shuh! tak nak aku fikir. buat sakit otak dan rabak jiwa je. haha. jadi aku masih lagi berfikir-fikir tentang perlukah untuk aku yang hanya duduk di kota lendu nak bawa kereta.

muka minta pendapat, penampar barangkali

ala setakat jalan kaki pergi kelas 15 minit pun sampai. tapi kalau berlari mungkin. heh! lagipun parking lot tak banyak. maklumlah semua student dah berkemampuan nak bawa kenderaan masing-masing. dah tu yang duduk dalam kampus pun sibuk nak bawak mini cooper, eh! yang ni sumpah ada. tapi aku tak tahu lah dia ni duduk dalam ke luar kampus. heheh

ada tu yang duduk satu bilik pun masing-masing nak bawa kereta juga pergi kelas. alasan, london panas, kereta ada air-cond. eh hello! MACAM LAH KERETA BOLEH DRIVE NAIK TANGGA AND USUNG PARK DEKAT KORIDOR. haha. apakah je diorang ni. ada yang bawa kereta tapi aku tak rasa depa ni tahu nak bawa kereta dalam kampus macam mana. agaknya depa fikir kampus tu highway kot. bawak nak pecut 130 je memanjang. ayooo

dan yang paling aku tak boleh bla dah bawa kereta tu duduk lah diam-diam ni malam-malam nak tawaf university picit hon macam tak pernah jumpa hon lepas tu memekak tetengah malam, okay yang ni memang aku sangat annoyed. aduh aduh. apa nak jadi. kena saman kang baru kasihannn dan dan! masa tu lah baru gelabah nak cari duit bayar saman. haha

walaupun apa yang aku cerita ni bukannya semua macam ni tapi adalah segelintir yang sebegitu kejadian manusia nya pun. jadi aku tak rasa wajar lagi untuk aku yang baru nak masuk sem 2 ni bawa kereta. sebab aku rasa mungkin classmate aku akan bawa. hahah. nanti masa tu pandai-pandai lah hidup. dan aku tak rasa kalau aku ada kereta dalam kampus aku akan menjadi seorang yang berjimat-cermat. aku duduk london pulak. kota london, melaka lagi. haruslah nak shopping je nanti setiap minggu. oh tidak bisa tidak bisa!

lagi lagi roomate aku ada yang suka je kalau nak diajak keluar, lagi parah acik kau nih. so the conclusion is i will never bring my car unless i need to stay outside the campus. nightmare! harap nya tak lah. sob sob.

k lah acik kau ni dah layan cerita korea pulak. bai bai
k lah mimi FULLSTOP
nota: dah pukul berapa ni mi? oh awal lagi ;P
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

2 comments:

Chooyaya! said...

ada pro and con kalau ada kereta ni. usually, masa kiter ada kereta, tetiba yang tak rapat pon nak ngendeng2. tolong hantar sana sini or nak tumpang. people will take u for granted. tp cool apa ada kereta. cam belagak sikit pon ada. hehe

mimi said...

ouh macam tuh pulak dah. hahahha. memang tak lah nak bawak. nanti buat habis duit kat minyak hantar-hantar orang je. haha

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!