Wednesday, October 19, 2011

yaaww. Thanks for coming

Assalamualikum wbt.

last Sunday, my friend ops ops my roomates dari seremban and segamat datang rumah aku. rasa excited orang jauh nak datang johor bahru *jauh sangat lah masih selatan pun :)

***
warning : entry ini mengandungi tulisan semata-mata.kalau anda menghidap symtom menguap-nguap sila tarik bulu hidung mahupun ketiak untuk kecergasan sepanjang membaca entry ini.

15/10/2011
sampai je rumah (fromKL) terus lah called my bff ajak hangout because lama sangat tak lepak bertiga. so around 9.30 pm my friends datang and pick me up dekat rumah. degan busuk masam tengik semua aku terus jelah keluar. dah tak ada masa nak mandi-mandi. dah malam pun. terus pergi makan satay. yeahh! tapi apa pasal satay tuh tak sedap? erm musykil musykil -.-

malam tu my bff semua stay and sleep over at my house. yeahh! woot woot ! lama sangat tak jumpa. but sedih sikit sebab afiqah cant stay and dia balik dalam pukul 1 am. tapi dia nak datang balik 2.30 am tapi tak jadi sebab mak cik dah tidur tak sempat nak minta izin. naah. budak-budak dekat luar sana akak kau yang dah 18 tahun ni pun tahu nak minta izin tahu!

16/10/2011


on the road bebeh :) bff
terjaga hanya untuk subuh lepas tu sambung menternak tahi mata. haha ! around 10 am baru lah masing-masing terpisat-pisat nak bangun jejak tandas. ingat dah tak tahu nak bangun tidur pun. teruk anak dara yang dua orang ni. hei hei !tapi andaian aku meleset,  rupanya sama saja teruk anak dara malaysia ni. haha, sebab my friend, afiqah pun tak bangun juga! nasib aku text dia. kalau tak tengahari pun tak gerak lagi.dia nak balik PASUM dah. final dia next week! ( Good Luck Dear Afiqah, jangan Nervous jangan Tension sangat! risau betul aku nih tau! )

kring kring! my phone bersuara. yeah! my roomate dari seremban dah sampai highway skudai, aku terus lah called dia and suruh turun dekat sri putri daripada dekat larkin sebab aku tak gerak lagi. keke. cepat-cepat pecut kereta kelisa merah comel nyah tu. sampai je dekat sri putri tak nampak pun dia, terus called..

"emmyyy, kau kat mana gila! aku dah dekat bustop bla bla bla..

nasib dia turun dekat tempat yang betul. masa ni dah tengahari tapi aku dengan bff semua tak breakfast lagi. so we decided nak makan mcD terus. see, remaja sekarang prefer fast food lebih daripada nasi sebagai lunch! macam mana nak sihat ! sob sob, tiba-tiba afiqah cakap bus dia 12.45 pm then tak sempat dah nak makan dekat mcD so just take away untuk afiqah jelah, kesian brunch dia set double cheese burger je.

afiqah bersama lunch nyah. heh :)


meet syazwani :)
lepas drop afiqah, terus bertolak ke larkin sebab nak sambut my roomate , zani pula. okehh. sesak sangat! tak suka tak suka!

bila dia sampai je terus balik rumah, petang tu semua rehat dekat rumah je sambil makan keropok lekor. err. sebenarnya aku sorang je pun yang mencekik. hehe! sedap kot!


malam tu kami semua dinner di senibong, tempat medan ikan bakar dekat JB ni.


with my sis ! alya yayah tomey tomey :)
 
"sila jangan perasan kau comel " heh! 

we had fun makan-makan. emmy kata

"first time aku pijak tempat makan kayu-kayu nih bawah ada air. aku gayat pun ada ni. heh

lawak je kau lah. dah lah malu-malu masa makan! sooo not you! haha

lepas dinner abah bawa kereta ronda-ronda JB waktu malam dan aku main buat cerita sendiri untuk setiap apa yang aku nampak sepanjang ronda-ronda tu, tapi nasyita my bff ter-kantoi-kan pula. cessh! haha!

sampai rumah terus pasang dvd cerita Johnny English reborn, tapi sedih! tak boleh play! cess! dasar cetakAN PErompakAN. nasib ada cerita "raya tak jadi". so tak tengok lagi and layankan jelah walaupun dah nak tertidur pun tengok cerita ni. dah tertunggeng-tunggeng acik kau ni nak tunggu cerita ni habis

17/10/11
anak dara bangun lambat. so normal ! heh! breakfast mee hoon pagi ni. sedap tapi tak boleh nak makan banyak. kenyang lagi.

lepas zuhur, semua siap-siap. aku nak bawa depa semua mai city square. emmy tanya cs tu apa, then aku cakap kalau kl ada TS ni jb ada CS. hah! pyo..

penat suruh berlakon bercakap-cakap. heh !
sampai je jalan-jalan sikit. so terus beli ticket al-hijab, at first tak nak pun tenguk cerita ni. rasa macam tak seram. terbaca feedback orang lagi kata seram. so nak puaskan hati kenalah tengok sendiri kan.

lepas tu aku nak bunuh siapa yang cakap tak seram tu. cerita ni macam P kau tahu. aku asyik tutup mata je, hantu tak seram tapi kenapa fathia tu yang muka dia seram. aku nightmare kot dengan muka dia scene pagi before dia punya muka bertukar jadi hantu. aku jerit bersungguh sebab terkejut. memang P punya cerita. tertipu kanda

lepas tu aku bawa depa semua makan tutti frutti dekat mana ek. tapi lepas jalan kebun teh tu. keke. apalah nama pun tak tahu, lepas dah bayar-bayar semua baru ternampak ada 10% discount untuk student! pftt

18/10/11
bai bai gila ! haha #rindudah
lepas brunch, terus pergi Larkin, hantar emmy balik. sedih je, cepat sangat kan kau balik, nanti datang lagi kayh! banyak lagi tempat yang belum aku bawa pun.

On my way nak pergi hantar zani dekat rumah best friend dia di skudai, macam-macam berlaku. but it was fun! pengalaman baru untuk aku yang baru berjnak-jinak nak jadi driver ni. keh keh. *hidung kembang kempis sekajap teringat waktu tuu~

***

cepat sangat kan masa berlalu. memang sekejap sangat pun. haishh. rindu dah dekat afiqah. cepatlah 18/11/11 ni. kau balik kan waktu tuh! emmy. next sem jumpa kayh. zani esok jumpa lagi! heyehh!

muwah muwah! sayang nasyita sebab teman aku for few days ni. thanks nas :)

k lah mimi FULLSTOP
note: tonight! something will happend! keh keh keh
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!