Sunday, April 28, 2013

secebis pandangan


mungkin kita perlu chill seketika. dengan huru hara yang aku pun tak tahu kenapa nak jadi macam ni. let be professional. kenapa nak bergaduh segala. benda yang boleh diselesaikan. kadang-kadang aku fikir..susah rupanya bila makin dewasa. sebab makin dewasa, makin kita terpaksa hadap benda-benda ni, mengarut!

makin aku takut nak hadap dunia ni. kadang-kadang aku rasa jadi budak kecik lagi seronok. tak payah fikir benda yang serabut. tak payah nak fikir apa yang orang buat. kita umpama hidup dalam dunia kita sendiri. sebab bila kita terpaksa fahami apa yang mereka ni perjuangkan, kau akan rasa macam..arghhhhh..kenapa mereka lupa sejarah kita. asal usul kita..

kan ada sebab kenapa kita belajar matapelajaran 'sejarah' waktu sekolah dulu dulu. atau mungkin jarak daripada 17tahun ke puluhan itu terlalu jauh sehingga ada yang terlupa?

macam kenapa...kau nak perjuangkan benda yang kau tahu benda tu boleh ulang balik sejarah..tapi nak buat macam mana..sejarah pasti akan berulang..kita cuma boleh berdoa..setiap orang punya pandangan berbeza..dan siapalah aku ni nak halang mereka ni. aku pun baru nak hadap sikit sikit apa yang tengah berlaku ni..egokah aku? bodohkah aku?

kadang-kadang tak semua benda yang diperkatakan itu benar, tak semua benda yang ditunjukkan itu benar, tak semua benda yang kita baca itu benar, jadi kita pun tak bolehlah nak percaya semua sekali 100 peratus.

tapi kita ni terlalu ingin , terlalu taksub dalam usaha mahu mencontohi orang luar, mudah terpengaruh, mungkin kita memang sudah dibentuk sebatiannya sebegini rupa. yang baik semua nampak kat orang luar, yang jahat semua nampak kat orang kita sendiri..hmmmm..

apa sudah jadi?

maaf andai ada yang terasa. saya menulis secara umum. sekadar apa yang terlintas dibuah fikiran saya.

peace no war :')
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, April 26, 2013

le kenyalang :)

assalamualaikum wbt

cap dengan baby marisa :)
disebabkan mt sarawak ada buat jelajah dekat uitm di semenanjung ni,so depa mai lah kota london 23/24hb haritu.. jadi dengan penuh gembiranya kami semua pun dikerah balik ke londu..walaupun baru merasa cuti selama semiggu je..ku gagahkan jugak diri ni kan demi menyambut depa semua.baik kan gua?hahahha *zappp zapppp tampo diri
so aku gerak balik agak awal jugak..hari ahad gitteww padahal depa mai hari selasa..haha..dah alang alang tu aku sempat lah pergi kenduri kawen akak si cap. nun di labes.tersesat sesat weoldz nak pergi rumah dia padahal lagi dua orang mamat tu dah pernah pergi pun. coiiiii                               
maka kitorang merupakan orang paling last sekali yang datang.malu tak malu gua makan jugak beb. adalah dalam pukul 5 baru jejak rumah cap ni. lapo tak menahan. hahahha. tak lunch lagi kot. aku bab makan mana boleh postpone.maaf 

coiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

dalam perjalanan nak balik melaka, dah bergilirgilir whatsapp dengan wechat gojez n kaknis. semua dah menggelupor lapar tunggu bila aku nak sampai. sebab aku ni penakut, aku suruh depa tunggu aku balik baru boleh depa mandi..selagi aku tak sampai kolej aku tak kasi dorang gerak pegi mana mana. muaahahhahah*ketawa macam naitann

sesampai je bilik, letak barang terus depa suruh siap siap nak pergi makan katanya..tapi sebenarnya nak obernight. hahhahahh

malam tu jugak kitorang tengok oblivion tapi rasa macam nak bunuh depa yang cakap cerita tu best gila.aku dah expect cerita tu sangat sangat best tapi hampeh betui..gua rasa cerita mami jarum pun lagi best tau! zzz

hari esoknya tu, hari isnin adalah gerak kerja sesikit. bincang tang tu tang ni pastu main main sikit tido.

maka hari yang ditunggu tunggu pun menyusul. rasa excited jugak memula kot dapat jumpa mana mana laki buat calon suami ke kan. hahahhaha
khairul aidura :)
tapi mood tu dispoil-kan sebab penat menunggu.. boleh tak macam ni? lama tau gua bangun bersiap subuh subuh tapi dorang sampai dah tengahari. terbatal niat semua. so terus macam takde napsu pandang dorang. kakakaka

biro dewan protokol. katanya
dah sementara tunggu tu banyak sangat masa terbuang, aku dengan yang lenlain pun dah jadi gonjeng,memanjang amik gambar. bosan cu ozzzz. tetiba rasa kita semua dah macam teletubbies. baju kaparat warna warni segala. hahah

petang tu lepas semua dah mencekik, lepas rehat sikit sikit terus angkut naik bas. kitorang semua pergi zoo melaka..lama gila rasanya tak jejak zoo ni. rasa eksaited kemain lagi lagi lepas dah tengok runningman episode 141 yang memang pasal zoo. 

zoo melaka cuoldz 
dah lah last aku pegi zoo masa berapa tahun tah so bila umur dah 20an lepastu pergi zoo, sekelip mata aku rasa macam aku ni baru 2 tahun. terasa bagai kanak-kanak semula. huaaaaaaargh. i feel young! teruja tahap maksimum masa tengok binatang binatang ni semua. adakah ini yang dinamakan cinta?*motip mi motip

lepas je entrance tu terus kitorang bergambar dengan ular,mampu kau! aku ni manalah suka benda benda lembik ni.sedangkan ulat gonggok pun aku boleh lari 50m dari kawasan sambil nangeh lagikan ular. tapi tak tahu mana datang keberanian tah aku boleh nak pegang ular besar ni. mungkin sebab dia besar? sebab baby snake memang aku tak sentuh lah.bapak gila babun punya geli.

masa dalam zoo tu, sempat berborak dengan abam baju hijau tu, haaa dia yang bagi makan dekat harimau buaya etc

masa dia bagi makan dekat si kecik*harimau hitam,dia cerita lah pasal binatang dalam zoo ni.baru aku tahu yang haiwan juga boleh obese, maigaddd! hahaha. kira geng lah ni? sebab tu jarang depa bagi makan ayam sebab ayam banyak lemak dari daging lembu. *mulai harini kena kurangkan makan ayam. fineeeee

lepastu boleh pulak dia memain dengan kecik ni.dok mengaum ngaum si kecik ni. aku tak tahu lah dia mengaum sebab suka ke marah ke. hahahha

tapi aku rasa aku suka harimau. angan angan nak bela harimau. boleh? sebab comel tengok dia makan daging ramli.hahaha. atau mungkin sebab jdt?kbye

tengah beronok beronok kitorang jenjalan, tetiba hujan turun. k terus semua lari nak keluar. macamlah hujan batu kan dia punya cemas tu.overrr hahahha

malam tu kitorang ada sesi diskusi, sebab aku jadi panel so tak adalah gambar untuk malam tu. hikhokkk

breakfast with my fav. secretary :)
forever buff (perak')
pagi esoknya kitorang breakfast nasi lemak telur mata! sedap sangat! yang si buff ni aku dah tak paham kenapa duk makan sengsorang je. weh gila sadis makan dikelilingi kerusi sengsorang..hahahh mata dah lah tak boleh bukak, kesian dah aku tengok
abam sengih, tata (nadim')
lepas habis je majlis penutup, terus main main amik gambar kenangan dengan rs n ydpkolej dari uitm sarawak ni. mostly yang datang memang semua orang sabah sarawak so depa nak bershopping maka habis penutup tu terus melencong ke bandar melaka.
sir awang (RS uitm sarawak) | mujid (YDP JPK Sarawak)
dataran pahlawan melaka :)
dekat DP, aku ajak bebudak ni pergi tengo 6D.teringin gila.. ini cita cita dari kecik sejak tengok mr.bean dolu dolu, aku memang nak sangat tengok 6D ni.hahhahahhaa. terima kasih lah dekat semua yang memakbulkan cita-cita aku ni.jyeahhh (!)

wuhahahhahahahhahha
masa dalam bas , aku tahu bebudak ni semua penat..semua nak tido..jahat ke aku amik gambar tido dorang dan publish dekat sini? tak kan.hahahahhahahah. yang tak boleh tahan mr presiden dengan puma.. puma tido sambil pegang air tin soya dia tu.mampu kau? tak jatuh pulak tu.hahaha. sorry korang! hahahha :P

lepastu kitorang semua singgah lunch dekat medan selera kbm..dan lunch kitorang masa haritu ialah pada jam 3-4 petang.naiseeeeee
luncheon at medan kbm

little brother, peter ;)
sesampai je kolej,terus masuk bilik terus tido..aku dah tak fikir apa dah dengan dura.penat siakkk. plus hujan pulak tu. kau faham tak kalau penat lepastu cuaca sejuk je..mana mungkin tak tido? hahahha. yang teruknya tido mati pulak tu.nasib masa maghrib tu tersedar jugak.

happy birthday bunga! welcome to the club :)
malam tu,kitorang obernight! dah habis program kan?hahah. dan dan 25hb tu birthday lin maka sambut sekali. disebabkan petang tu hujan, sedap je malam tu pekena mee celop dekat bukit beruang melaka.terbaik wehhh. ini sumpah sedap.  sambil prank dak lin ni.sumpah best sebab berjaya kenakan dia masatu. kakakakkakaka. aku ni memang pelakon extra yang berjaya lin xD

special thanks dekat SU kesayangan dinda, dura yang sudi turun walaupun tengah cuti sem! jelajah pun nanti dia ikut lagi. hehehee lefchuuuu :)

*motip entry tajuk kenyalang tapi banyak cerita pasal diri sendiri je? kbye

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, April 20, 2013

luaskan kuasamu :')

Assalamualaikum wbt

so yes! alhamdulillah hajat nak pergi tengok johor DT dekat stadium larkin tercapai. anak jati johor kena pergi jugak tengok walau sekali pun jadilah. sebab kau akan rasa sangat semangat bila dalam stadium.. aura dia gila gila punya kuat aura ni kau takkan dapat kalau sekadar tengok dalam tv ke laptop ke live streaming ke kat mamak ke bla bla bla

muka sikit lagi boleh bagi penampo (!)
tetiba gua rasa tahap kecintaan gua dengan johor semakin menebal lepas keluar dari stadium tadi. hwuaaaaa. sayangi johor, yakini TMJ. *zapppp zappp (!)

so game semalam jdt lawan pahang. okay. aku memang tak pernah nak sokong mana mana team dalam liga malaysia ni pun. bukan aku kisah. dan memang tak akan abil peduli. tapi terus berubah lepas jdt ni masuk. huaahahahaha. adakah ini dinamakan racist? tapi sebelum sebelum ni pun mana pernah aku tengok jdt punya game sampai habis. selalu tengok update dekat twitter je. ops! maafkan dinda, muslim ahmad. cetttt



so perjalanan nak pergi stadium ni bukanlah susah, senang je. masalahnya jam dia yang boleh buat kau pengsan nak tunggu. so untuk elak jam silalah keluar awal dari rumah. aku pun gerak dalam pukul 6 sebab aku dekat je ngan stadium.

pasal parking memang tak boleh bla, mana mana je semua nak minta bayar, tiga hinggit lima hinggit..so my advice baik ko parking jauh sikit je dari stadium pastu jalan. bukan apa, senang bila nak balik tak payah nak kena tunggu jam lagi sekali.. zzz tido tido..


disebabkan kami park kereta belakang stadium, so perjalanan dia pun kena lah ikut belakang.. yang ni lawak okay sebab

1)parking dalam masjid rm3 terbang tapi tak apalah niat derma masjid tapi masa nak keluar bila nak balik tak dapat keluar dengan cepat sebab rupa-rupanya kereta macam sardin orang tu sumbat kereta so kena tunggu orang yang park depan pintu gate masjid jalan dulu baru yang park belakang belakang dalam masjid dapat kuar *cis

2)bila ikut shortcut laluan belakang tu, aku dah rasa macam masuk kem. kau tahu kenapa? sebab kau kena cross longkang bapak gila punya besar. wehhh dah lah turun bukit curam pulak tu dengan bersesak-sesak orang lagi. tu dekat gambar aku ada tunjuk

3)masa nak masuk stadium, semua berebut sebab sekali ramai orang nak masuk dalam satu masa. so abang yang jaga tiket tu macam nak pengsan dah sebab kena tahan orang sambil kutip tiket. yang lawak dia.. end up aku tak bagi pun tiket aku sebab abg tu tengok ada tiket terus kasi masuk sambil buat muka macam berserah dan redha. *mungkin itu juga penyebab kenapa fans jdt ramai gila tadi. coii

masuk je stadium dapat lah tempat duduk yang aku kira okay jugak sebab memang boleh nampak player. walaupun bukan dekat grandstand okay. fuhh jimat rm10. lagi satu yang meriahnya sebab ada penyokong jdt, boss nama dia.. sangatlah meriah dok bersorak menyanyi darilah awal aku sampai dalm pukul 6 lebih sampai lah dah tutup lampu stadium larkin tu. hebat betul stamina korang

bila semua laung johor, johor, johor!! pehhhhhhhhhhh seriau darah johor aku berlawan dengan darah kedah dalam badan ni. pehh nasib darah jawa aku pandai dok diam.

aku suka bila semua orang nyanyi lagu bangsa johor.. kuat sangatttttt! bergema habis seram sejuk.. lepas tu depa baling resit reramaiii. wehhh tiz iz wat i call awesome to the power of infinity :)

bila game mula je, sebenarnya aku tak perasan pun game dah mula.. kakakkaka

dan bila jdt dapat gol pertama lepas betul betul naik dari secondhalf, tengok live betol betol camna bola tu terbang zuuuuuuummm bolos dari keeper pahang.. i just amaze by myself :)

tapi banyak juga chance jdt tadi tapi sayang sebab depa macam takut takut nak shoot bola, mesti nak bagi si matyo tak pun safee baru nak goal kan.. zzzz

tapi lantak pi lah aku bukan fandi ahmad pun nak suruh depa wat pa..wat lahh hehehhe janji menang yall!

tudiaa jam masa balik rumah tak bergerak zzzzz


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, April 18, 2013

meetballs abang bakar kakkaka

Assalamualaikum wbt

disaat semua famous blogger buat entry pasal meetball abang burn, aku dengan jaya jusconya mencemar guli pergi ke kedai abang bakar tang tang tu juga! woi mana dapat tahan nafsu makan yang bergelojak dalam diri. buka blog FL, cikE, fatin su, irine semualah nak menceritakan tentang kelazatan dan keharuman dan kemewahan rasa meetball abang burn ni. apa sedap sangat ke?

gigih lah aku mencari mana kedai burger bakar abang burn ni dekat jb, rupanya dekat jo dengan umah atok den ni haa. gigih aku google map, sampai get direction bagai dari rumah nak pergi kedai tu. siap sketch dalam otak lagi...huahaha

perancangan teliti dibuat, member member semua diajak. semua on? okay cunn.. malam tu jugak terus gerak naik kupu kupu merah aku meluncur keliburan jalanan.

nak sesat ke tak sesat ke tapi paling best kedai abang burn dekat jb ni dekat bpoint station bebetol dekat shell jalan yahya aldatar katanya. kalau nak tahu main point dia stadium hoki lah..kau susur je stadium hoki tu lepas tu teruss macam nak pergi singapore/woodland tu haa gamaknya dah betul lah tu jalan kau. tapi jangan terus. kang terus memang masuk singapore terus, bila kau terus dan stadium hoki belah kiri kau, seberang jalan belah kanan kau akan nampak bpoint/shell ni, kau kena uturn dan maka dah betul lah jalan kau. dokek situ lah dia jajahan burger bakar abang burn dekat jb ni ;')

sesampai je aku macam yakin tak yakin je nak masuk sebab macam betul tak betul je kedai dia, hahaha.. tapi setelah ku teliti pekerja dia yang depa blogger tu kata bersihlah kemaslah smart-lah whatsoever dengan pakai key merah dikepala.. haaaa baru la rasa betul.

nasib baik masa aku pergi ni JDT tengah lawan, maka tak adalah ramai sangat orang dekat sini sebab semua dok pakat tengok bola kat mamak. sesampai je terus cop meja, lepastu pergi counter dah gigih beratur dengan harapan yang satu dan jitu nak makan 10  bijik meetballs abang burn yang meleleh tu. sat lagi bro ni boleh kata dah habis?

apa lagi aku pun buatlah taktik.. keluaq abih loghat kedah cek.. seb baik memang mulut cek ni ada darah utara. so cek habaq abih cakap mai jauh nun nak makan meetballs punya pasai. siap duk peluk tiang tratang tang depan orang ramai. peduli paa lahai asai dapat pekena meetballs abang burn ni

tapi

pun tak berjaya. maka aku hanya order burger bakar jelah. pon boleh. apa pa pun puas hati lah jugak sebab service dia memang tip top! bagus! ini yang kita mahukan, makanan sampai awal. he he

dan dan masa bro ni hantar burger, dia kata meetballs dah ada.. terus aku menjerit peduli weh. sungguh aku rasa kenapa aku begitu pada malam iitu. nasiblah bukan ada sesiapa kenal aku pun.
lepastu bro yang lagi sorang ni boleh kata memang dah habis! habis? aku dah naik pelik dah. sekejap ada sekejap takde

sat tu ada orang cakap dorang tengah buat balik untuk kitorang! cuma lambat sikit lah cerita dia..hwarghhhhhhhhh but i dont care! aku tunggu jugak.. hahaha

ni buat sayang ni.. lepastu sos meetballs tu kemain depa bagi banyak, yelah sebab nak cover dapat lambat. tapi lagi aku suka! hauuauhahahha

lagi satu aku suka betul pekerja dia, sangat friendly kot. sempat lah borak semua. lepas tu baru aku tahu kau nak jadi anak buah abang burn kena training dulu dekat ampang baru boleh masuk jajahan dia.. maksudnya siapa yang berangan nak kerja sini kau kenalah jalani ujian saringan dulu. cehh

dipersembahkan... kesukaan hati tuan hamba masa kini



maka kesimpulannya, aku sangat berpuas hati(!) hoyeh hoyeh(!)
alhamdulillah

"sayangi burger bakar, yakini abang burn *ehhh



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, April 17, 2013

kembali

Assalamualaikum wbt

bukan senang nak terima. bukan senang nak buang. sebab benda ni ada dekat semua tempat. bila emosi yang menguasai diri, mulalah nak meroyan. bila diperlukan datang, bila tak diperlukan buang. sememangnya dia bukan patung. bukan tak ada perasaan. hati tu rasa macam dah kena lumat. sakit. tahu tu. tapi saya tak  faham?

hari hari tunggu. penat. mungkin rasa diam lebih baik. sampai banyak hari terbuang macam tu. sampai tak sedar berbulan tak sapa. sampai lupa. tarik tali. penatkan? 

bila dah sedar. hati dah kosong. rasa dah hilang. tapi takut nak mula kata. takut terluka. tapi salah. pengalaman banyak ajar. cara cakap perbuatan. dah masak sangat. bukan kenal sehari dua. lama

jujur. saya tahu hint tu. saya tahu

sedang cuba pupuk rasa. susah. lama dibiar kosong .bila dah cuti buat saya fikir. kesian hati. ajak jumpa. elak. tak bermaksud.

maaf. ikhlas

tapi saya memang sibuk. sungguh. 

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, April 4, 2013

peperiksaan akhir (!)

Assalamualikum wbt..

aku dah tinggal lagi dua paper je lagi woi ! lepas ni merdeka lah aku dari cengkaman semester 4. woahhhhh! semester empat yang penuh dengan drama tangisan dan dengi! maigadddd.

nak dijadikan cerita seminggu sebelum study week, aku diserang dengi woi (!) bertuah punya nyamuk.. dalam banyak banyak manusia dekat lendu ni, aku yang kau pilih (!) hmm hmm. tak apa tak apa.. ini semua dugaannnn..

kongkengkongkeng cepat je dah nak habis semester empat.. sem depan dah sem akhir aku sebagai penuntut diploma ni.. huaaaa...siapa kata diploma ni ambil masa lama.. tak ada lah lama manaa. sekejap je.. ada certification pulak tu. ehem! jangan jelly jelly obennjuss uoldz :)

 mimi ! study ! mimi ! study ! *jeritversi yaya

next paper ialah killer paper weh ! mathematical statistics II . silalah hadap dengan tabahnya.. lepas tu kemain gap sampai seminggu untuk paper forecasting. kemain kan u aku susun jadual.. sangat cantik T__T

apa apa pun best of luck mimi (!) i know you can do it :)

mimiSJ 

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!