Saturday, November 27, 2010

hari pertama SPM

salam semua!
salam 1 Malaysia!

^_^

23/11

pagi ni aku bangun awal, dengan harapan dapat bersiap awal. almaklumlah hari ni exam beso punya! bangun awal terus masuk bilik air cuci2 muka amek huduk terus pergi solat sunat mutlak. adek aku yang ajo, dia cakap cikgu dia cakap suruh buat solat sunat ni sebab untuk tenangkan fikiran, jiwa semua lah. pastu terus subuh. then mandi. mandi oarng tua-tua pesan dari kaki sampai kepala. woaah, demi exam. baru ikut, haha tak boleh bla! pastu orang kata pakai wangi2an. dapat tenangkan diri jugak katanya. ikut jugak ni. wahh. bagus mimi! haha. lepas tu sarapan. tunggu abah siap hantar pergi sekolah. abah lambat sangat sampai kena panggil sebab dah pukol 7.05 pg. woahh!

'Cikgu Ali di sekolah pasti berang kalau aku lambat ni

bisik hati aku. then ape lagi.. terus pergi ketuk pintu bilik abah.  panggil abah. cakap dah lambat. pastu abah cakap

'paper pukul 7 ke?

haha. aku memang gelak beso. ape lah abah ni. pastu dah dalam kereta. abah kate kenapa nak kena datang awal sangat. paper lambat lagi then aku cakap jelah nanti cikgu marah datang lambat2. sampai je sekolah..
jeng jeng jeng
betol ah, lepas aku duduk yang datang lepas aku semua kena tahan. kena marah sebab kata cikgu Ali (cikgu disiplin)
' hari pertama banyak ni datang, nanti kalau tak buat macam ni tinggal separuh daripada ni je yang datang sekolah awal. silap2 ada pulak yang datang pukol 7.55 pg.

memang kena lah budak2 semua pagi tu. nak masuk dewan peksa dah kena marah. apa nak buat kan? pastu kertas pertama hari ni BM kertas 1, karangan ye anak2. dengan yakin dan jaya aku jawab pasal soklan peranan masyarakat dalam menjalan kesejahteraan negara. nampak senang tapi agak sukar! tak tipu ni. yang lagi dasyat, masa tengah2 jawab ni aku dengar bunyi kucing mengiaww.. pastu aku sound ah

'sape punya handset tu!

sat gi.. mioww! mak hang! bawah meja aku ade kucing! haha. takleh bla kucing bawah meja. nasib aku jenis suka kucing kalau aku penakut nauzubillah kayak nasyita kamal. tak ke naya? haha. pengawas terus datang meja aku amek kucing bawak kuar, kesian pulak aku tengok kucing tu nak bemesra-mesraan ngan aku si comel ni. hehe

habis je paper tu terus pergi mencekik, yer. lapar okay. padahal dah makan roti coklat yang 60sen tu pagi2 pastu makan nasi goreng lagi. haha. mana tak gemuk mak cik ni kan.sesudah tu datang Cikgu Rafidah ( cikgu kaunseling ) dia pesan suruh ambil no ID kami kat bilik knseling. ape lagi lepas makan terus gi sana amek. tiba2 nampak katil..

'cantek! boleh baring!!


dan seperti apa yang dirancang, maka tegolek lah mak cik ni atas katil tersebut (dalam bilik kaunseling). paper kedua lambat lagi pukul 2ptg, so ada masa lagi.. rancang nak tido, tapi tak boleh tido. kalau dah 4 dara bersama mana nak tido (weng2crew).. bercerita tak sedo ada pper lagi tapi lagak macam dah habes SPM! haha. kepochi!

petang pukol 2 sambung lagi BM kertas 2. komsas/tatabahasa/novel. alhamdulliah kayak nya macam boleh jawab tapi tu semua terpulang lah kepada-Nya kan. aku tawakal jelah. nak dijadikan cerita. aku suka Ketua Pengawas Psat aku, Pusat 121. Lawak gila dia. Asyik buat lawak je kejenye. best best. syiookk!! kalau macam ni memang tak tens lah aku dalam dewan periksa :)

akhirnya habis kertas BM. Alhamdulillah. balik rumah lepas asar, teru tengok tv. dasyat! esok nak peksa lagi tau mi! aduyaii. pastu aku tertido sementara nak tunggu isyak. lawak gila sebab petang tu memang dah rancang nak tido, disebabkan pakwe aku kuar tv. tak jadi tido. boleh tak? first show dia aku rasa kalau kat kbs world ni selain star golden bell. kali ni dia muncul dalam program OH MY SCHOOL! alamak comel sangat dia! hehe. awww!

okay malam ni aku tido adalah nak dekat pukol 2 pg disebabkan study English untuk paper next day! padan muka kena tido lambat. tengok tv lagi! haha.

p/s:dengar2 ada orang kata paper BM kena repeat. harap2 tak betol! amin! sebab penat+malas sungguh!

k lah mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!