Thursday, February 10, 2011

apa yang baru?!

salam semua. senyum lebar-lebar eh :D

^_^

lama pulak rasanya tak menghapdate belog ter-sayang ni kan. erk! sayang ke? HAHA. bukan apa cuma selama aku tak menghapdate ni aku telah bermalam di hospital. Oh kenapakah?

jeng jeng jeng *buat-buat suspense sat!

aku dapat adik baru lah! ahah! Alhamdulillah mama selamat bersalin and adik pun sihat.. jadi nak dijadikan cerita aku pun teman lah mama di hospital 2 malam.. siapa kata tidur dekat hospital menyeramkan? ni nak marah cerita suster ngensot ni! HAHA. sebab nurse yang bertugas semua baik-baik belaka. ramah je? mungkin sebab nurse bahagian baby je eh yang baik? HOHO. nehi-nehi.. semua baik kot cuma depa penat lah kan kerja. mana ada orang kerja tak penat? ajaib okay!
jadi selama aku duduk hospital temani mama, aku mandi sehari sekali! HAHA. kantoi sudah! bukan apa.. malas betul nak mandi lagipon bilik ber-air-cond jadi untuk apa mandi kalau rasa macam duduk di US kan? HAHA. cakap lah aku selekeh ke haper ke kan.. ada aku kisah? HEHE.

mengenai makanan.. ni best cerita ni.. meh aku buat list menu makanan aku..

hari pertama
petang:kfc
malam:fish and chip

hari kedua
pagi:sandwich, sausage, scrambled egg
tengahari:nasi campur
malam:nasi campur 

hari ketiga
pagi:muffin
tengahari:nasi campur

makan nak sedap kan kan? HAHA. itu harus weh! nama pun mimi! HAHA. tapi terima kasih jugak dekat semua pihak yang bersusah payah membelikan aku makanan. sebenarnya, aku tak kisah pun makan apa. makan biskut pun dah okay dah, tetapi disebabkan ada yang membeli. takkan nak tolak? bedal jelah kan? HAHA
tempat tidur.. best. empuk je walaupuna aku tidur atas sofa tapi sofanya boleh diturunkan sehingga menjadi seperti katil single aku yang sangat empuk. bantal tidur aku pun dapat dua bijik! asyik bangat dong!

jadi mari berbalik kepada tajuk entry ni. apa yang baru?! semestinya lah adik baru! bertambah lagi ahli keluarga aku.. HEHE. comel sangat alya! kesian dia asyik kena cium dengan akak dia yang comel juga ni! tak nak kalah kan? HAHA!

akak mimi buat khas untuk alya tau! XOs :)

k lah mimi FULLSTOP
mood: alya pipi gebu! geram betul! hehe

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!