Thursday, February 17, 2011

Nak melepak ke merayap ke bercam-whore ke?

Salam semua. Senyum sikit. Nampak gigi pon kira okay dah! Tapi kalau nak lagi gedix senyum macam ni. 
Nama dia senyum manggis c:
(macam kau tak pernah buat! HEHE)
^_^

Aku merayap lagi! Kali ni ke Sutera Mall, Johor. Yer, Cerita ni dah agak basi. Kalau nasi tu dah boleh tumbuh kulat. Sebab masa aku merayap ni pada February 13, 2011.

Ada apa je lah dekat sana kan? Tak ada apa-apa pun yang menarik! Cuma hanya naluri keibuanperempuanan aku ni je yang menggatal nak pergi lepak sana. Dekat jB ni mana je yang best? Balik-balik pi mai pi mai tang situ juga tempat lepak nya atau dalam erti kata lain menghabiskan duit mak bapak.

Walaupun jika berbalik kepada plan asal yang hanya mahu bercam-whore dekat taman-cantik-ker, Mutiara Rini.. semuanya terpaksa dibatalkan apabila masa yang ada sangatlah mencemburui niat baik kitorang ni. Mana tak nya, bersiap-siap sudah memakan masa setengah jam. Nak kunci rumah nak isi minyak dah berapa minit lagi kan? Dengan aku yang memandu 60km/h.. HAHA. Jangan salahkan ibu mengandung kalau salah anak sendiri yang tak geti bahagikan masa! Ouh sudah kau jangan merepek meraban lagi!

Jadi nak dijadikan cerita, terpacaknya kami di Sutera Mall tepat jam 6 petang! Lagi ada hati nak ke taman!
Masuk-masuk je kami disambut dengan booth semperna hari valentine! Ouh apakah! Maaf kami tak sambut Valentine! Tapi tetap curi pandang tengok-tengok booth depa sebab barang yang ada memang-lah-ter-sangat comel-comel! Dan aku ni dan dan tu pulak dah lupa nak hambek gambar! Sibuk sangat tanya harga ballon$ comel yang depa jual! HEHE

Nama pun melepak, jadi kami pun membuat tawaf dekat dalam sutera mall tuh. Dah tak ada kerja lain kan? Sambil pusing-pusing sambil tu jugak lah tengok-tengok HARGA barang yang berkenan di minda jiwa dan raga aku ni. Kalau aku tengok macam best je barang$ tuh dan berpatutan memang niat di hati ni nak beli, tapi apakan daya.. dapat beli satu je beg! Sedeehh!

Macam biasa, coolblog menjadi peneman kitorang sepanjang dekat sana. Sambil minum sambil jalan sambil duduk sambil cam-whore! HAHA. Tak cukup dekat dalam mall, dalam kereta pun nak ada jugak.

Ni aku selitkan photo$. Nak tengok, tengok lah. Tak nak sudah J

kategori pertama : dalam mall


muka macam nak mintak pelempang kan? HAHA

sudah ku bilang, coolblog tu mesti nak ada !

dunia ada AKSI :P


 kategori kedua : dalam kereta


lagi muka macam nak mintak orang belasah, relek der relek ;)

senyum kemam nama diberi ;P

seeeee.. selagi boleh tutup rapat-rapat mulut tu haa. HAHA


Gambar Terhangat Di Pasaran. dapatkan yang ori. kekeke



K lah mimi FULLSTOP
Mood: depa kata result SPM February 25 ni. uhhemjii (!)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!