Tuesday, February 15, 2011

jom imbas balik kenangan maulud nabi

salam semua. senyum senyum sikit :)

^_^

sebelum mula cerita, aku nak ucapkan lah

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul

bagi semua umat Islam sama ada di Malaysia dan di seluruh dunia..
marilah kita sama-sama memperingati & menghayati sirah perjuangan baginda, 

Nabi Muhammad s.a.w 


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Anbiyaa' ayat 107 tafsirnya :

"Dan tiadalah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam".


aku ingat lagi masa tadika dengan sekolah rendah dulu.. kalau sambut maulud memang tersangat-lah semangat tak hengat. mesti ada ceramah, pertandingan yang macam-macam..lepas tu kalau boleh semua pertandingan aku nak masuk, boleh? HAHA.

yang paling aku ingat sampai sekarang, pertandingan nasyid yang aku masuk masa darjah 5. kumpulan As-Saadah. menang tempat pertama okay! bukan kedua atau ketiga atau tiada tempat! masa tu aku ingat lagi betapa gigih sungguh kumpulan aku ni berlatih, setiap petang tau. habis sekolah mesti pergi berlatih. dan seperti biasa, lagu-lagu nasyid popular masa maulud ni lagu Rasullullah-Hijjaz, Junjungan Mulia-AlMizan, dan banyak lagi lah. tapi 2 lagu ni lah yang kumpulan aku dendangkan plus zikir di permulaan dan akhir persembahan nasyid kami. aku rindu sangat waktu tu sebabnya lagu-lagu nasyid memang sangat diminati, tetapi sekarang.. lu pikir lah sendiri

dan menjadi tradisi lah kan, bila sambut maulud nabi ni mesti ada perarakan. rindunya nak berarak dengan kawan-kawan, gigih gila bangun awal sebab excited nak berarak. HEHE. kalau dekat sekolah agama lagi best, berarak lepas tu dapat makan free! OUH! motif masa tu datang nak makan free.. HAHA. tapi tak kisah lah kan nak makan free ke apa yang penting kita sama-sama memeriahkan lagi sambutan maulud nabi ni.

masuk sahaja sekolah menengah, sambutan nya masih sama cuma pertandingan yang dianjurkan tidak-lah mendapat sambutan semeriah masa di sekolah rendah. sebabnya.. jawab lah sendiri. tapi aku ni gigih juga masuk pertandingan nasyid, hehe. bukan apa, kalau nak tahu.. masa di sekolah rendah boleh dikatakan tiap-tiap tahun aku masuk nasyid. HAHA. best tauu.. walaupun masa darjah 2, kumpulan nasyid aku ber-nasyid salah lirik. tapi takpe lah kan, darjah 2 kot? HEHE

masa kecil lagi, bila ada sambutan maulud nabi di surau berdekatan rumah aku, aku dengan adik-beradik mesti join. lagi-lagi kalau ada pertandingan yang dianjurkan pihak surau, lagilah berlumba-lumba aku ngan adik-beradik masuk. jadi jangan terkejut lah kalau sejak usia aku 4 tahun aku dah masuk pertandingan mewarna, kalah menang lain cerita, yang penting kita kasi meriah sambutan maulud kan? =)

kesimpulannya di sini, walaupun masa kecik kita tak berapa nak paham kenapa kita nak sambut maulud nabi, tapi kita tetap gigih nak sambut..

tapi kan kan kan.. kenapa bila kita dah besar panjang dan dah paham maksud dan makna kita menyambut maulud nabi ni, makin kita malas nak sambutnya?

hermm... sekadar renungan.. panjang pula aku bercerita, seronok rasanya imbas balik kenangan dolu-dolu =)

k lah mimi FULLSTOP
note: aku suka tengok tv3 harini sebab dia bagi info-info mengenai baginda Nabi Muhammad s.a.w.
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!