Saturday, April 23, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH

salam semua.


^_^


awat muka masam mencuka? jangan begitu. marilah kita senyum sokmo dengan menjoin segmen INI dari belog abang ben. tehee *ada tak macam ayat kanak-kanak ribena masuk tadika 5 tahun


tarikh tutup nye harini tepat jam 12 malam okay :)


lepas tu jangan lupa jawab soalan yang diajukan abang ben ni ye yang berbunyi


Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog?
Siapakah sumber inspirasi anda?


oleh itu dengan ini saya akan mula membuat karangan SPM 4 perenggan seperti yang diminta tuan empunya belog. DIPERSILAKAN BACA. heheh




***


          Marcapada ini, laman sosial telah menjadi antara salah satu sumber sajian mata telinga penting yang paling popular dalam kalangan masyarakat kini untuk mengetahui dan seterusnya membusy-body mengenai berita semasa berbanding sekadar mendengarnya di corong radio dan juga menonton di televisyen. Selain itu juga, laman sosial yang paling hangat diperkatakan kini selain daripada facebook, blogger. Blogger merupakan salah satu medium untuk individu mahupun secara berkumpulan meluahkan segala cerita. Ianya sudah dianggap seperti diari kehidupan kita. Di samping itu, ada juga golongan yang menjual atau mempromosikan barang jualan meraka di blogshop mereka. Betapa laman sosial ini sudah mula bertapak dalam minda rohani jasmani dan fizikal masyarakat dewasa ini. (ewahhhh, tak ada kene mengena lagi. pendahuluan-lah katakan. HAHA)


          Saya juga mempunyai sebuah blog dan baru-baru ini saya telah menyertai satu segmen dari sebuah belog yang sudah semakin melonjak-lonjak namanya di persada negara Malaysia tak lain dan tak bukan ialah Ben Ashaari. Ben Ashaari telah membuat satu ibu segmen yang dinamakan Ben Ashaari Gegar Lagi manakala segmen ben ashaari cari blog lah pula merupakan anak segmen kepada ibu segmen tadi. Dalam anak segmen kali ini, saya telah diajukan soalan berbunyi "siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog. Secara jujurnya, tiada yang mempengaruhi saya untuk membuat belog. Belog ini saya buat pada mulanya hanya untuk mengisi masa lapang yang terbuang (padahal homework kau belambak kan! ). Selain itu juga, belog ini saya wujudkan untuk menceritakan pengalaman-pengalaman hidup saya. Jika saudara mahupun saudari melihat entry-entry lama saya, pasti anda akan gelak tahap cipanzee mahupun kera kerana anda akan merasakan betapa poyonya saya satu waktu dahulu. Dan entry-entry tersebut juga ditulis dengan sangat ikhlas dari hati sanubari jiwa yang murni ibarat kain putih. (puihh, ayat tak boleh skema lagi agaknya kau ni ! )


         Jika ditanya mengenai sumber inspirasi saya, sudah pastinya suatu ketika dahulu saya sangat menyukai belog irine nadia marcello. Bagi saya, selain mempunyai koleksi gambar-gambar yang menarik, isi-sisnya juga boleh-lah. Dan selepas itu, saya mula menemui kesan belog hanis zalikha lalu men-click dan men-follow. Yea, saya suka baca setiap entry beliau dan seterusnya kakak Ezan Idma. Saya sangka para blogger ni sombong, tetapi setelah saya mengenali kakak ezan tanggapan saya terus hancur lebur. HEHE. Selepas itu baru saya jumpa belog Fatin Liyana. First impression bila baca belog dia saya sangat tak percaya yang beliau merupakan bakal doktor kerana saya sangka beliau merupakan model muslimah! Selepas mengkaji setiap entry beliau saya terjumpa pula belog cik epal. Sampai sekarang saya masih lagi membaca setiap entry yang di-post-kan oleh beliau. Bagi saya, penulisan yang sempoi-mempoi sangat lah boleh meragut perhatian saya untuk terus membaca walaupun ada antara entry-nya yang saya fikir "eh, yang ni pon kau nak bace ke mi oi? apalah ! Dan selepas itu saya terjumpa pula belog cap ayam. ALLAH! itulah perkataan saya semasa membuka belog beliau. sangat teruja tahap kopi kapal api kau tahu! sebab ntah, aku pun tak tahu. HAHA. Seriously, saya tak berapa suka jadi pembaca setia belog para lelaki sebab saya rasa penulisan dia tak best. HAHA. Tapi saya follow jugak. Namun satu hari saya terdetik untuk membaca belog para lelaki seperti Aizul Marcello, Carl dan semestinya abang Ben Ashaari kita ni, kemudian baru saya sedar "eh eh, macam best pulak lalu meng-baca setiap entry mereka. Jadi para blogger inilah yang sedikit sebanyak telah memberi inspirasi kepada saya untuk terus menceriakan lagi entry-entry saya di masa akan datang. (wah! kembangkan dada dan kemamkan bibir anda sekarang. TEHEE )


       Akhir kata, mari pakat ramai-ramai untuk join segmen abang ben ashaari ini. Dharap abang ben berpuas hati dengan karangan empat perenggan yang telah saya karang ini.  "MAJULAH BLOGGER UNTUK NEGARA" (suka hati kau je eh mimi? :D ) . SEKIAN. 


                                                                                                                                 
>100 patah perkataan


***


k lah mimi FULLSTOP.
note : saya bukan over tapi saya memang over. HAHA
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

8 comments:

::Mastura Zakaria:: said...

jalan2 bace entry.....salam perkenalan=)

Anonymous said...

terjun dri blog abg ben n dah follow marsmellow skly ! hit me bck yeah ! n join my contest ! -:)
http://iejalalola.blogspto.com

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

hye!!hye!!
jalan2 dari segmen abg ben..
menjejak 62 kamo disini!!!

❤salam singgah dari mummy weiyda❤
❤eppy blogging ya!❤

hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

diyana said...

singgah sini!!
nak kenal2 antara satu sama lain..:))

Anonymous said...

singgah dari blog abg ben..
salam perkenalan.. ^^

mimi said...

ye semua.. mari kita berkenal-kenalan. tehee :D

Unknown said...

hye! jalan2 kt sini.. hehe :)
singgah dri blog abg BEN .. lalala.. nice to meet u! :))

mas saari said...

salam singgah n follow sini!
Mas dtg intai2 sape sumber inspirasi awak utk berblog..

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!