Sunday, December 23, 2012

Menangislah semahunya

Assalamualaikum wbt

dugaan tu kalau nak datang bukan kita dapat jangka. bila dia nak datang, bila Allah swt nak uji kita, itu semua atas kehendakNya. siapa kita nak melawan takdir. tapi kita kena ingat Dia tak akan duga kita kalau kita tak mampu nak tanggung. sebab walau seberat mana pun dugaan yang kita terima, kita kena tahu mesti ada lagi orang yang dapat dugaan yang lagi hebat daripada kita

selama 4 semester aku sebagai pelajar di universiti, buat pertama kalinya aku rasa down yang teramat sangat, aku tak jangka langsung yang dugaan kali ni sangat hebat, sebab aku cuba sedaya aku untuk bersabar tapi siapalah aku, aku pun manusia, yang baru mula berjinak untuk mencuba sesuatu yang baru, yang belum pernah aku rasa dan baru cuba untuk belajar

aku bukan robot, bukan anak patung yang tak ada perasaan. aku cuba bersabar selama mungkin, sungguh! kalau boleh aku memang tak nak bercerita dekat sesiapa biarlah aku je yang simpan masalah aku, tapi

bila dia mula melibatkan orang yang dibawah tanggungjawab aku, aku tak suka. sebab aku, dia kata kami tak berkebolehan, kami ni teruk. aku rasa semua tu salah aku, aku sebagai ketua, salah sebab tak dapat nak backup diorang.

bila orang yang aku mula hormat, mula rasa dia sebagai tempat yang boleh aku kongsikan masalah dan dapatkan semangat yang memporak perandakan semuanya, aku rasa sedih. sedih sebab apa yang aku jangkakan tu salah sama sekali.

hati aku sakit. siapa yang tahu? tak siapa yang lebih tahu selain Dia. mungkin orang akan pandang aku lemah, sebab tak mampu nak handle masalah yang sikit tu, tapi aku pun punya kekurangan. bukan aku ni superwoman pun.

aku menangis. ye tak pernah aku menangis sampai macam tu. menangis bukan bermaksud lemah, tapi aku tak boleh tahan sebak dekat dada, rasa bila orang khianati kepercayaan kita. mungkin yang pernah rasa ditikam dari belakang depan atas bawah akan tahu macam mana rasa disakiti tu.

aku boleh tanggung kalau ia berkenaan dengan kerja, tapi bila orang yang tak disangka yang akan sakitkan hati kita. sumpah aku rasa sakit. sakit sangat sampai aku tak mampu dah nak tahan rasa sedih tu.

aku cuba nak berhenti dari menangis, tapi tak tahulah kenapa, susah sangat rasanya. aku rasa roomates aku pun semua mesti terkejut dengan aku. aku malu tapi nak buat macam mana, bukan aku paksa airmata tu keluar. aku tak nak menangis tapi dia keluar juga. waktu tu tuhan je tahu perit sangat otak aku fikirkan masalah ni, macam-macam andaian yang keluar dari otak aku.

sampai sekarang pun aku masih fikirkan ke-rasional-an decision yang akan aku buat tu. semoga Allah SWT memberkati apa jua langkahku selepas ni. amin ya rab
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Monday, December 10, 2012

kebosanan menyinggah

Assalamualaikum wbt

pagi ni excited kemain bersiap, dah siap siap mandi kelam kabut nak pergi kelas, dah sampai dekat fakulti baru teringat aku tak bawa kad matrik. hahhaha! mampus lah kalau kena tangkap dengan polis bantuan dah lah sekarang  ni tengah kempen sahsiah rupa diri, kalau kena saman mahu limapulohhingget terbang melayang!

bukan je dengan polis boleh kena saman, dengan lecturer pun boleh. so nak mengelakkan diri daripada kena saman aku pun text madam aku, cakap tak bawa kad matrik. nampak tak betapa jujur nya aku kat sini? haha! pui pui. padahal takut nanti kena saman. duit takda nak bayar saman!

dah tu terus je lah bawa kaki ke kelas nun di tingkat 3, pap pap nampak abang izzuddin. haha! siapakah abang din? ala yang comel tu. yang kita rajin nak stalk dia dulu dulu tu tapi dia tak layan pun kita. kakakkaka. siapalah saya ni. *ceh

lepas tu disebabkan kad matrik aku hilang, aku tinjau lah jugak bilik server untuk buat baru kad matrik tu tapi tutup pulak dah! haihh selamat duit aku. haha

sesampai kelas duduk borak ketawa ketawa tambah gossip sikit tetiba dah pukul 8.40 pagi. dah pelik bin ajaib apa pasal madam tak masuk lagi. sebab selalunya memang on time mula class. aku call pun kena reject. ni memang aku ingat dia tengah ontheway rupa-rupanya bebetul pukul 9 tu dia text cakap kelas takde sebab ada hal.

haaaaa. kalau tahu ioldz sambung je tido. mengantok tahu. tapi ni dah mandi semua memang dah tak ngantok lagi lah.. kalau tadi bangun jalan pun teraba-raba dinding nak pergi tandas cari paip air. haha. dah macam buta dah. ni semua sebab tengok movie malam tadi dengan roomate lepas tu tido lambat satu, tak boleh tido pun satu. menangis*

next class petang kang pukul 4.30 petang. seronok kan? haha
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, December 8, 2012

redha

As salamualaikum wbt

wahhh dah seminggu rupanya aku dah masuk dalam sangkar balik.

ayuh kembali ke universiti, ayuhhh!

misi kali ni untuk meneruskan lagi perjuangan yang belum selasai dan juga yang baru bermula. yes! terutama untuk menguruskan anak-anak buah aku. ye sekarang saja aku ada 299 orang anak buah. kakakkaka

tapi rupanya sikit je anak buah aku, anak buah member member aku lagi banyak 2 3 kali ganda aku pun ada. well then best of luck MTK :)

tapi baru mula mula ni tak adalah lagi masalah besar sangat yang timbul, cuma itulah.. adalah yang memberontak. al-maklumlah kita semua manusia, ada kehendak sendiri. so bila terbit rasa tak puas hati mulalah nak cari pelbagai cara untuk lepaskan rasa yang terbuku dalam jiwa tu katanya.

tapi sebenarnya aku tak berapa berkenan dengan segelintir yang suka cakap belakang. serious talk. aku percaya siapa pun tak akan berkenan orang yang tunjuk baik dihadapan tapi pijak belakang kita. apa masalahnya kalau terus sahaja bertanya depan depan? tanya elok elok masalah yang kita rasa.

aku tak lah tujukan untuk semua je, termasuk diri aku juga. aku pun pernah juga buat kerja tak senonoh ni tapi tulah.. nasihat bersama katanya :)

minggu ni juga walaupun minggu pertama that suppose to be 'minggu santai' tapi tak lah santai mana bagi aku, tapi tak apa.. eden torai nak terima benda benda ni semua. aku sedar tak semua orang suka dengan cara kita, tapi aku percaya satu benda.. hormat tu penting. kalau kita tak hormat orang macam mana orang nak hormat kita, betul tak?

masalah takkan selesai kalau tak dibangkitkan. tapi kenapa perlu dibangkitkan di medium yang tak sepatutnya?  bila tanya semua kata okay, tapi kalau tahu hakikatnya tidak, at least aku mohon suarakan pendapat. bukan nak marah pun. dan semestinya kita boleh fikirkan sama sama penyelesaian yang terbaik untuk mana mana isu berbangkit tu? betul?

kalau kita sombong mendongak ke langit tinggi mana pun, sampai masa kita tetap ada di bawah juga. bawah tanah. jadi fikirkanlah apa guna nak riak sangat ni? haihh

ioldz terima dengan hati yang terbuka and and dah maafkan dah semua yang mengumpat "kami" and harap semua pun memaafkan "kami" kalau ada yang tak berkenan dalam jiwa raga dengan "kami"

well..tak semua orang sempurna. kita semua masih belajar. sama sama menuntut ilmu. kan?


note : rupanya bukan aku sorang je yang kena, zaman sekarang kan. haihh. budak budak makin extreme kelakuan. apa nak jadi. masya Allah

mimiSJ


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, November 16, 2012

syukran,alhamdulillah !

As salammu’alaikum wbt

nota : aku tahu korang kalau baca entry ni mesti terus pergi gambar tak nak baca apa yang aku tulis kan? keji tau.. penat ioldz karang. HAHAHHAHAH

akhirnya selepas seminggu keputusan final exam semester 3 , tibalah masanya untuk bercerita result aku kepada umum. kah kah. kekunun nak buat surprise lah ni? tapi memang tak ada siapa lagi yang tahu berapa sebenarnya pointer aku melainkan family ioldz je. 

gimik je sebenarnya ni.. simpan result dulu seminggu. konon-konon gempak habis result padahal... lebih kepada malu. hahaha. result aku jatuh berdepekkkk 4 tangga kebawah..

but still alhamdulillah, Allah SWT lebih mengetahui, maha Adil.. 

jadi masa malam jumaat lepas, aku cubalah jugak nak check tetengah pagi disebabkan aku tahu aku tak perform bebetul, study pun memain je masa final sem 3 ni, bukan masa final, even sepanjang sem 3 pun study memain.. sebabnya fokus aku lebihkan kepada masalah masalah yang tak sepatutnya bangkit. hahahah. imma busy woman lagi. 

nasyita kamal suruh aku check guna email tapi nebes noks. aku suka check lelambat sikit dari orang. aku nak orang lain tahu dulu result depa dari aku. dari situ baru lah dapat terbitkan rasa surprise kat diri sendiri. haha

cinnnn caaaaa *bebetul aku tak expect much result sem 3 ni akan jadi meletop dan hebat kebabooo tapi alhamdulillah berkat doa semua lah dan rezeki yang diberi-Nya .. rasanya aku berjaya juga mencapai target untuk maintain result walaupun dari segi pointer aku jatuh.. hohohoho. terima kasih yang mendoakan kejayaan aku :)

so nak dijadikan cerita bebangun je pagi tu terus kena pick akak aku yang balik cuti semester break dekat stetsen bas larkin, mulanya nak pergi sendiri tapi tetiba abah pulak kata boleh je pergi ambil akak, so masa dalam kereta aku ceritalah dekat abah, cakap result keluar harini.. 

bersungguh abah suruh aku check padahal aku tak nak check.. pastu abah paksa! kakakakakkaka

dengan menggunakan mobile internet, aku sanggup ni beli internet harian yang 5 hengget tu. terus check email guna phone. first sekali aku terus bagi phone dekat abah. aku tak tengook pun result aku.. takut wehhh :(

aku ingat lagi dulu masa habis exam aku cakap dengan abah, aku memang tak boleh buat exam kali ni lelagi paper statistic. aku cakap bersungguh aku tak boleh buat. dan aku rasa macam aku failed sebab aku emmang tak boleh buat last paper tu.. and aku cakap lah 
"kalau mimi tak dapat DL sorry tau, abah!- me
"takpelah, kalau setiap semester nak dapat DL pun penat. kasi rehat kejap, nanti sem depan dapatkan lah balik DL. haha - abah aku gelak je pastu.
hahahhaha. lawak kan statement abah aku?okay dah berhenti membebel pepanjang. sebab ni lah orang terus click gambar tu! HAHA


alhamdulillah :)
keputusan paling tak dijangka di muka abad ke-20 ni.. kejaiban dunia yang ke lapanpulohtujuh tau result aku ni. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. nampaknya Allah SWT masih sayangkan aku. rasa kerdil diri tetiba. nampak kat sini kuasa Allah tu maha HEBAT !

sebab aku memang tak menjangka dapat DL, tengoklah.... sampai biasanya aku buat review pasal paper aku bila habis exam tapi kali ni aku tak buat sebab semua paper aku buat dengan teruk! mimisaja was sad masa tu 


apapun semestinya aku akan tunaikan nazar berpuasa 2 hari yang aku dah cakap bebetul depan dewan taming sari masa tengah hujan lebat ribut taufan 19hb tu *final paper.


insha Allah


life must go on. 


betul lah orang kata



"hidup ni umpama roda, kadang kita di atas kadang kita dibawah. tapi jangan pernah sesekali kita berputus asa! 



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Assalmualaikum wbt

takwim hijrah credit @google.image
selamat menyambut tahun baru bagi semua umat islam di seluruh dunia. dalam kita menyambut tahun baru ni, ada saudara kita yang sedang berada dalam kesusahan. sama-sama kita doakan untuk Gaza dan pejuang pejuang fisabilillah.

teringat lagi masa zaman kanak kanak bila maal hijrah, sambutan dia saaaangat meriah tapi kenapa semakin lama semakin kurang sambuatannya?

ingat lagi masa kecik kecik dulu aku ada kumpulan nasyid, as-saidah nama diberi. wewitttt. bila nak maal hijrah excited bebenar nak praktis nasyid terutamanya lagu maal hijrah tu sendiri. siap dengan gaya dengan live music, main kompang bongo, alat muzik lain. eee seronok saaaangat bila teringat balik zaman tu.. zaman kegemilangan industri nasyid dekat malaysia ni. hahah

tapi sekarang semua orang nak menari lagu gangnam style even masa maal hijrah. kita nak salahkan siapa? even aku sendiri pun peminat kpop! aduhh

ini dia lagu legend...nah aku bagi lirik dia, event dalam lirik nasyid ni pun dah tersirat makna hijrah tu sendiri.




Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Satu Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman...
credit at [ Maal Hijrah lyrics found on http://lyrics.my ] 

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, November 14, 2012

dia boleh berubah,awak boleh berubah,kita?

Assalamualikum wbt

ye! jadi harini aku nak berceramah pasal "perubahan". hanvoi. siapalah kita ni nak bagi ceramah? setakat blogger picisan yang tulis ikut hati tak guna akal! nak ceramah pulak kan? eh eh yang mahu sentap segala ni apahal pulak mimi oii? ahaks

okay okay moh tukar cara penulisan kau tu. almaklumlah dah lama tak amik kelas bahasa melayu. ayat pun jadi tunggang langgang kayak taufan punnn niii adoy aiiii

harini aku nak bercerita sikit pasal perubahan.. so.. apa yang berubah? sifat diri kelakuan cara pemikiran cara percakapan mentaliti fizikaliti rohaniliti? haihhh. dah macam orang berpelasampah terasa diri ini. ahaks.

tak semua orang berpeluang untuk berubah. kita sendiri yang pilih jalan hidup kita tapi segalanya juga sememangnya dah ditulis mengikut qada' qadar-Nya . dan sememangnya semua orang akan berubah cuma kita je yang tak perasan.. tapi orang sekeliling kita perasan!but then

ada yang dapat menerima baik mengenai perubahan seseorang tapi ada jugak yang menghina! haippppp. ni yang tak syok ni. tak baik hokeh kau nak menghina hina kita.

kita sesama manusia. apalah sangat yang kita dapat daripada menghina orang ni? haaa pernah terfikir tak sebelum bercakap? cer bagi tapis sikit apa yang nak dicakap. kalau tak ada penapis kat rumah, meh aku belikan satu kat kedai dua hengget. hohoh.

bila kita berubah ke sesuatu tahap yang lain, orang memang akan mengata. tak kisah benda baik atau buruk, so that kalau hati tak kental memang bahaya. sebab bila hati tak kuat tu yang senang balik berubah ke takuk asal. tsk tsk

perubahan tu jugak memerlukan masa, dia ni berperingkat jadi sebagai member terdekat tolonglah jangan push dia yang cuba nak berubah tu, kesian dia stress nanti elok elok nak berubah kepada kebaikan terus berubah ke lembah tanjung rambutan tanjung manggis dan yang selembah dengannya... haa kan payah kalau dah termasuk lembah tu?

sebab aku dah nampak dah perhati dah tengok ramai lah jugak yang dah elok elok comel je berubah kepada perkara yang lebih baik, tapi tak tahu dekat mana salah silapnya.. buat balik kesilapan dulu. tapi siapalah kita nak judge depa ni kan? kita tak tahu masalah sebenar depa.. so doakan jelah yang terbaik.

tapi aku memang tak berkenan perempuan yang hipokrit kata dah berubah, dekat social network punya websites semua tunjuk macam dah berubah insaffffffff saaaaangat tapi hakikatnya nannnnnn adooooooo! haaa ni pun tak best. kalau berubah hanya pada status, tweet bagai baik tak payah lah awaaak. buat bikin dosa kau dan dosa aku jugak bercerita pasal semua ni. astaughfirullah

tapi ioldz cerita so that sesiapa yang baca entry ni jangan lah buat perangai macam ni. sumpah tak cool
beb!

bukan lah nak bercerita macam aku ni baaaaaik sangat, let me tell you, aku ni saaaaaangat buruk perangai satu waktu dulu, kiranya masa zaman jahiliyah lah, tipu cakap kalau youoldz tak ada zaman jahiliyah memasing, but then kalau tak ada tu baguslah. jangan kau orang pergi buat perkara jahil untuk ada zaman ni pulak! huhu

tapi alhamdulillah dengan izin Allah SWT aku cuba nak berubah. sikit sikit aku cuba ubah. sampai sekarang pun aku masih cuba ubah diri..sebab nobody perfect kan! alhamdulillah Allah SWT tu maha adil, maha penyayang. kalau Dia nak bagi hidayah tu, Dia bagi. bebanyakkan doa. insha ALLAH :)

jadi apa motipp entry kau ni weh?

kita hidup cuma sekali, so tak semua benda kita kena enjoy! peace yo! renung-renungkan dan selamat beramal :)


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

himpunan legasi


Assalamualaikum wbt

Sedikit catatan : minta maaf untuk penggunaan kata ganti nama ‘aku’ untuk yang lebih dewasa dari 
mimi .

banner family day muka atok saya! weeee :)

Jadi entry kali ni cek nak cerita sikit pengalaman masa hari raya aidiladha haritu yang disambut kat mersing with family abah’ nama pun raya so pepagi dah bangun awal yang tak lah berapa awal..

cecukup je masa solat subuh lepas tu mandi sunat raya lepastu sarung baju kurung terus pergi masjid dekat majidee. Nasib datang awal makanya tak adalah berhimpit masa nak solat. Dan dapat tempat dalam masjid bukan dekat luar! Alhamdulillah masih sempat untuk mendengar takbir raya dan solat raya aidiladha.

Alhamdulillah : )

 
atok w yaya :)

Balik je dari masjid terus makan makan dan vrooommm ke mersing. Konvoi lah kami berapa keluarga ek? Haha. Lupa.. veramai-ramai ke telok gorek mersing. Sesampai je dah pukul 3petang macam tu terus makan. Memandangkan raya kan.. so makan lah ketupat rendang semua… nikmat siottt! Hiks

Habis kenyang makan makan rehat jap terus pergi laut. Yuhuu. Nampak ke-tak sabaran dekat situ nak mandi manda? Haha

Melayankan vevudak ni nak mandi laut *ececeh sebenarnya diri sendiri lagi nak terjun laut. Yahoo!


Petang tu kitorang main volleyball, haaa meriah kan main macam pro padahal ke laut je bola tu. Haha! Syok kot main tepi pantai nan indah ni : ) nak dijadikan cerita tetengah serve bola terkena pulak sorang atok yang tengah duduk dengan cucu dia dekat kerusi tepi pantai ni, kesian atok tu! Tapi kenapa atok duduk situ kan dah kena? Hohoh *taknak mengaku salah kitorang ;)

Nak dekat maghrib baru naik ke bilik salin baju berishkan diri solat makan gossip makan ceriat cerita makan lagi then baru bagi kumpulan untuk sukaneka esok paginya dekat memakcik pepakcik sesanak sedaura. Haa mampu kau ayat cenggini? Hiks

Malam tu aku, kakak and nana *cousin terus cari port baik tepi pantai . motif dia satu je. memecah tenaga nak cari lagu untuk aerobik pagi esoknya.. amik feeling tepi pantai..memalam buta pulak angin sayu sayau bahasa..syiokk lahai! Hiks

Esok pagi seawal jam 8 pagi semua dah sesiap bangun makan dan terus buat aktiviti photosuttt dekat dewan yang ditempah dekat sini, kabut tak tahan. Tapi havoc selalu family den, haha! Kecoh hoi saudara mara aku. Lelagi kanak-kanak tu ingat senang nak kasi amik gambar duduk dendiam? Haha. Meriah sangat family ni. Ha kau hado? *keji statement kan. Maaaaaaf!

us ! may Allah SWT bless le families. ameeennn


Lepas je photoshoot family terus pergi buat aerobic, kakak aku yang handle untuk ni, and turut dibantu oleh kakak saudara , nana ofcourse!



Sukaneka yang paling tercomel lagi bila semua sporting main benda benda comel macam belon air, lari bawak bola pinpong, tiup tepung, pecahkan belon, lari atas tempurung dll dan aktiviti kemuncaknya main tarik tali! Seronok pagi ni
 


Habis sukaneka terus memasing terbongkang tido, loteh lah memasing tapi gagah jugak petang tu bangun sebab dah janji dengan kanak-kanak nak main laga ayam. Lagipun banyak belon lebih kot untuk mengelakkan pembaziran maka kami main laga ayam.
 

Game ni pun aku tahu sebab masa pbsm dulu pernah main dengan bebudak pbsm. Lawak kot. Walaupun simple tapi disebabkan semangat nak menang tu tinggi, memasing gigih nak main untuk menang masa tu. Punyalah jaga belon dekat kaki tak bagi orang pijak sampai ada yang terjatuh terkoyak seluar. Tsk tsk





Malam tu malam kemuncak ada bbq, karaoke. Hadiah hamper semua ditaja oleh memakcik pepakcik.  Sayang semuaaa : )

Keesokannya lepas kekemas terus semuanya bersiap untuk balik jb, kl, kluang, perak dll

Alhamdulillah akhirnya family day kali ni berjaya juga diadakan. Meminta aktiviti ni boleh dijadikan aktiviti tahunan family hj. Rebu & arwah nenek. Kalau ada yang tak betul sepanjang gathering ni harap harap dapat dibetulkan untuk sesi akan datang : )
 

kita datang untuk berseronok kalau ada silap dan salah tu ampun dipinta! Raya kan? 
Peace yo ! Hehe : )

mimiSJ

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, November 13, 2012

apa yang nak ditulis?

Assalamualaikum wbt.

amaran keras : entry kali ni lebih kepada feeling retis dan syok sendiri. nak baca, baca. taknak baca lah previous entry. hik hok

dah lama rasanya dah tak menulis dekat belog ni, last entry bebetul masa final exam semester 3. alhamdulillah dah dapat dah pun resultnya. hikss. ramai yang tertanya-tanya pasal result aku. hahaha! chillex sudah. kang aku tunjuk kata aku riak tak tunjuk cakap aku kedekut tak nak tunjuk. pui pui. nenanti lah ioldz update result. kasi surprise sikit. sikit jelah pun ;)

ada je yang tanya kenapa tak update macam selalu. masalahnya sekarang ni dek, akak kau punya line internet dah kena potong. makanya bila dapat broadband baru dapat online. dan online pun tak ada lah pulak rasa nak meng hupdate belog, tapi lebih kepada nak stalk belog korang. aku ni memang stalker sikit, almaklumlah i love gossips ;)

jadi meh sini akak kau ni refresh memori daun ketumbar sikit, pelik tak rasanya kalau nak wish raya aidiladha kat korang? hehe. rasanya dah sampai raya deepavali dah pun ek? ahh. pedulik hape aku! HAHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA PEMINAT MIMNATORS
> KEEP SUPPORT MIMINATORS<
JYEAHHH

nak dimulakan cerita, masa raya aidiladha ni aku ada family day dengan family abah' dekat mersing, bila dah dekat telok gorek nak dapat line phone pun payah apa lagi internet, jadi memang edak lah ioldz online. disebabkan aku ni meng-in-charge sesikit program family day ni so aku memang tak pegang phone langsung, tak perasan pun memember yang wish raya tu, sorry ek. imma busy woman! pui pui. kenot go lakauuuu bah!

selama tiga hari dekat telok gorek mersing, tidak sekali pun aku memikrkan orang luar selain family aku. hua hua hua. kejam timah kan? my baby ace pun bukan nak mencari aku, last last aku pikir aku tinggal dia dekat rumah so malas nak cari. dah dalam kereta baru perasan baby ace dekat dalam handbeg. kakakaka. lepas tu on whtsapp terus berduyun wish raya. *bajet retiss kan? tipu je ni -.0

habis je family day..

deng den! *sound effect text message katanya

UiTMMELAKA:(PERHATIAN:PROG JELAJAH ......... ....) DIMINTA HADIR KE PROG TERSEBUT PADA 29/10/12............TK

okay! naiseee! aku baru sampai rumah baca mesej ni terus rasa pitam. mana idoknya 29hb tu merupakan keesokan harinya. terus cancel plan tengok tv petang tu, terus basuh baju keringkan and packing bebarang nak bawa ke uitm. sedih lah jugak sebab dah penat berhempas kedebak debuk tepi laut lepas tu terus kena pergi n uruskan program ni. tapi nak buat macam mana, peminat cari. tu dah cakap imma busy woman. lepas satu, satu. haha! but somehow i enjoy le momments :)

tak sia sia den poei program tu sebab dapat merapatkan lagi ukwah antara team majlis tertinggi kolej. habis je program ni terus bersambung ke kursus pimpinan mahasiswa pula. tudia tudiaaaa. akak retiss busy mengalahkan daten sembrono. ohoooooiii. tapi dalam tengah berkursus tu sempat jugak pergi tengok midnight movie "skyfall" youollz! haha! dan dan terus kad matrik aku hilang!! damn damn! melayang 30 hengget aku. so ada sesiapa nak belanja aku buat kad matrik baru next semester? kemon lah. 30 hengget je pun. hik hoks

habis je program ni terus balik rumah dan tidur. sekian

mimiSJ



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, October 4, 2012

takdir

Assalamualikum wbt

Allah SWT telah memberi kadar ukurun atau batas tertentu dalam diri, sifat atau kemampuan maksima makhluk-Nya

mimiSJ

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, September 29, 2012

apa tu study week?

assalamualaikum wbt.

yes! semester 3 dah nak melabuhkan tirai! yahoo! tapi tak yahoo! lagi lah disebabkan final belum habis. belum mula pun lagi! dan semester kali ni sangat amazing sebab aku tak balik pun rumah masa study week. study week dah lah seminggu tapi tak balik! selama ni kalau 4 hari cuti even 3 hari pun dah menggelabah nak balik rumah.

sob sob

study week tu apa weh? kalau di translate kan dalam bahasa melayu nya minggu belajar! hau hau. busuk betul nama bahasa melayu dia. ops ops. bahasa ibunda mana pulak busok! okay back to the origin pls

minggu belajar suppose kita kena study lah. cuti seminggu yang diberikan oleh admin uitm dihatiku ni sepatutnya aku kena gunakan dengan se- ilmiah dan se- tawaddu' yang boleh. jadi aku decide tak nak balik rumah minggu ni sebab saja? ha boleh?

aceceh. sebenarnya sebab dia kau sebok nanti kau taknak balik u balik pasal tiap malam nak kena dating dengan aaron aziz kan? hello! adam hawa kot! ingat aku nak study ke kalau dah ada depan tv. dengan wifi sepantas angin boleh tengok korea bebanyak. so.. setelah dipertimbangkan. maka den pun duduk jolah londu ni ha.

tapi andaian aku meleset 360 darjah sebab aku bukan study pun. tak habis habis makan makan makan je bila dalam bilik. dah lah bosan. pastu bila bosan tengok movie dekat laptop. nak dijadikan cerita roomate ioldz yang baik dan tidak keji ini dengan baik hatinya tinggalkan broadband dia dekat bilik, jadi kesempatan yang ada ni digunakan sebaik mungkin. hik hok

1 2 3 4 hari berlalu, tahap kesedaran nak study makin hilang.. padahal roomates aku semua dah balik dah masa ni, tapi malas ya rabbi kau tahu? haihhh

so apa yang patut aku buat ni? hmm

thinking


oh btw aku baru lepas download movie baru. kbye
mimiSJ



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, September 27, 2012

#1 misi mencari adam

Assalamualaikum wbt

Dalam misi mencari adam, kita lupa akan ali yang sering mendorong kita untuk melakukan yang terbaik. Siapa sangka hati adam yang kita cuba curi, ada hati lain yang terluka. Penat menyimpan dan memendam rasa tapi hati dia yang kita damba. Salah siapa?

mimiSJ

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

dugaan oh dugaan


Berkecamuk hati,
hatinya sendiri
Persoalannya kini,
sampai bila mampu ku bertahan
Mampukah ku bertahan?
Nampak ketarakah dilema di wajah ku?
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu
k lah mimi FULLSTOP

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, September 26, 2012

hati terluka bila ku sedar kau khianati cinta

bluek

...
kbye

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, September 25, 2012

tugas baru menanti. bismillah

Assalamualaikum wbt.

final hoi! sebok bertwitter je -.-

sedar tak sedar diam tak diam pejam tak celik celik dah nak habis semester 3 ni. hua hua hua. minggu depan dah final tapi saya belum sentuh apa apa mukasurat dalam buku buku saya. eh apa pasal aku saya saya ni? HAHA.

aku rasa teruk sangat sebab ada orang sebelah aku ni dok sebok mengata aku cakap introduction aku busuk. tapi aku peduli apa! belog aku kot. tak puas hati buat lah belog sendiri ye kalong dan wani! hehe!

ada ke depa cakap jangan tulis panjang panjang nanti peminat kau tak suka. lepas tu intro tu janganbosan bosan nanti orang yang nak baca mengantok tak jadi nak baca. haihh. tipu lah tu aku ada peminat. kau hingat aku fatin liyana, maria elena, cik epal ke?

c'mon lah.

ini #miminators kot. tipu kalau takda peminat.

kbye

***


le mantan JPK of tun princess | thank you for everything :)


kak mar - mantan YDP tun princess :)
nak dijadikan cerita bulan lepas aku ada attend interview untuk JPK ,jawatankuasa perwakilan kolej. eh betul ke ni? HAHA. tapi aku just apply untuk mt akademik je. sebab aku rasa aku tak layak pun nak apply jawatan tinggi disebabkan siapalah aku ni dekat kolej. setakat ketua level 2 sem je. hmmm. HAHA

masa interview tu aku rasa akulah yang paling tak terconfident sekali. ahha! cakap pun main taram tapi masih yakin dengan apa yang aku cakapkan.

berkat pergi interview apply mt pengawas dulu lah ni yang buat aku lebih relax masa pergi interview jpk kali ni. tak mengharapkan apa apa je pun.

sebelum jadi calon tu pun kami top 25 ni dah disuruh meng-handle event kolej. alhamdulillah setakat tu masih aku boleh ikut. kejut kejut student turun. bercakap depan segerombolan pelajar.

dan alhamdulillah masih diberi kekuatan dariNya :)

le new JPK' tun princess ! good luck :)
lepas tu 2 minggu lepas, ada meeting dengan RS kolej dan mt exco kolej sem ni.. malam tu jugak result untuk jawatan jpk diberitahu.

dalam suka dan duka dan seram dan terkejut.. tak sangka sungguh RS aku percaya dengan aku dengan meletakkan harapan setinggi gunung untuk menggalas jawatan sebagai

YDP kolej yang baru.

wehhh. dalam hati.

ini sumpah tak lawak! menangis aku! bukan sebab terharu tapi takut and terkejut gila tahu tak! lain yang aku apply, lain yang aku dapat.

tapi semua ni mesti ada hikmah yang tersendiri. emangnya perancangan Allah SWT lebih baik dari perancangan kita kan. jadi aku cuba terima seikhlas dan sebaik mungkin. insha Allah
wakil untuk penyerahan kuasa :)

keesokannya, terus diadakan meeting blok. HAHA. part yang ni lawak. roomates aku classmates semua tak tahu jawatan aku. yang depa tahu aku jadi exco akademik.masa malam tu semua dah excited kebabeh dah ingat aku jadi exco.

tapi bila umum exco takde nama aku. depa ingat aku setiausaha atau bendahari. haha! yang ni best! bila je kak myrer, mantan NYDP tun princess umum aku ydp, terus bebudak ni marah aku.

okay fineee. takpe marah lah sekarang. salah aku pun tipu benda ni.chillek ah. aku nak bagi surprise je.

korang tak faham masa malam yang aku tahu benda ni pun aku masih tak percaya, inikan pula nak terus bercerita dengan korang. memang tak lah. dia kena aku confirm-kan dulu! HAHA :P

jadi malam ahad lepas ada majlis khas untuk mengumumkan YDP baru dan pemberian sijil penghargaan kepada mantan MT MT kolej. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

dan malam tu jugak aku baru sedar, tanggungjawab aku dah bermula sekarang.dengan izin-Nya, akan ku cuba membawa nama tun puteri kembali bersinar bak seorang puteri dekat london ni okay? haha. wewittt :)

bismillahirahmanirahim.. permudahkan segala urusan ku Ya Allah. Jika ini yang terbaik buat diriku, aku terima Ya Allah. sesungguhnya Kau tuhan yang maha mengetahui.. amin Ya Rab.

k lah mimi FULLSTOP.
nota : final minggu depan hoi. doakan aku :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, September 14, 2012

#doa

"Ya Allah Ya Rabbi, Selamatkanlah kaum muslimin di seluruh dunia dari fitnah, dari perpecahan dan dari kejahatan tipu daya orang2 musyrik."

amin.

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, September 13, 2012

comel nya pagi ni!

Assalamualaikum wbt.

tahukan anda apabila saya bangun je pagi ni, saya disambut dengan alunan muzik parade oleh bebudak om. oh emm ee. comelnya. walaupun bising tapi saya suka sangat sebab sekarang saya dah ada alarm baru. senang pulak aku bangun. hehe.

bebangun lagi tengok roomates saya pun cecomel je semua. ahh, kenapa semua orang nak comel comel je ni? ciss

tapi dalam bebanyak kelakuan comel yang dipertonton dan diperaksikan oleh orang sekeliling (haa main bedal je ni tatabahasa aku, cikgu dashimah saya mintak maaf bm saya macam ni. hehe),  nasib ada dia yang sangat sangat sweet pagi tadi. anyonyonyo..haha! yeay me!

***


suddenly, teringat pavlova my friend, atul. lepas tu terus meroyan nak cari benda ni. haha! sedapnya!! siapa nak tolong buatkan lagi ni? this picture was taken during eid. oh my! i miss us :(



what a lucky day :)

k lah mimi FULLSTOP.
 nota jejarHOT : motif entry ni? haha
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, September 8, 2012

le Vintage Dinner

Assalamualaikum wbt

Malam semalam bertempat di Bayview Hotel, Malacca , fakulti aku dengan gah dan semangatnya membuat dinner bertemakan vintage. haa. mega tak mega aku cakap kau. tiba tiba daripada yang nerd nerd tu terus berubah jadi retiss. memasing tak nak kalah tau. nak pakai baju yang letiupz je uoldz. haha. baju aku pula ditaja oleh kak apple retiss yang sangat hot dan gojes! thank you bagi pinjam. keh keh! tak lupa jugak bagi pengangkutan, thanks era sebab sanggup angkut kita sama pergi dinner. hehek


memandangkan event ni start pukul 8.30 malam.. maka aku tak nak lah pergi awal-awal. baik pergi lepas maghrib. lebih afdal dan tawadduk! kah kah. disebabkan malam semalam ni malam minggu, kereta tetiba je banyak. haa semua pakat nak berjoli lettew. haipp.
itu dia kumpulan badak kuning sedang beraksi. me myself and i. 




sesampai je hotel, terus rasa malu. kau ada orang sambut kau masuk hall guna red carpet? tak mampu lah kan kalau bukan retiss, jangan mimpi nak dapat red carpet. silap silap bagi tikar mengkuang je. hik hok. memasuk hall terus blur, sebab dah ramai saaangat orang datang. tercari-cari classmates yang lain. naah! ambik kau. meja paling depan dorang reserve. elok saaangat bagi aku yang rabun jauh ni

tak sempat duduk dah diberitahu oleh mantan ydp kelab aku suruh jadi mc untuk sesi penyerahan portfolio mt baru. haaaa. sempat blur sekejap. lepas tu baru tanya apa nak kene buat semuaa. gila spontan! haish. lepas ni rasanya boleh masuk rancangan super spontan lah kan kan? ada sesiapa nak vote kumpulan badak kuning? hik hok


tahniah mok as new YDP! #hidupMOK
 tak sempat turun daripada atas stage, terus fendi as mc dinner ni panggil wakil kelab buat persembahan. dengan air tak sempat teguk, gua gigihkan diri panjat stage balik semula beserta wireless microphone. nyanyi lah sedua tiga lagu. hua hua. nasib korang lah dapat dengar free show sumbang mambang. KAH KAH. nasib ada PJ main gitar. dapat cover suara badak kuning itu. hiokkkk.. tak lupa jugak dekat seniors juniors soon-to-be actuary yang saaaaaaaaaaaaaaaaaangat sporting. bila disuruh sesama naik pentas.. semua naik.. weeee


yeay us! having fun tho ada je yang buat buat tak nampak kami kat atas pentas! kah kah

w beautiful ladies :)
akhirnya lepas semua benda settle, aku memulakan langkah mencampur adukkan lauk lauk yang terhidang elok atas meja ke dalam pinggan aku. satu satu aku amik supaya wang rm45 yang dibayar dirasakan berbaloi untuk dinner ni. haha! doa dibaca dan.. tetiba pinggan aku dah licin. burp! alhamdulillah :)

meet le juniors. haha :)
hadiah untuk persembahan gua pada malam itu berupa......

jeng jeng jeng ~
cer teka apa?
3 helai a4 ! haaaa. dalam sejarah ni dapat hadiah ni! weee

walau apa pun kami tetap bersyukur . alhamdulillah ! hihi
habis je dinner terus pergi main tangkap-tangkap gambar dengan semua. haa. meh aku bagi definisi tangkap gambar. tangkap tu merujuk kepada orang yang menjadi sasaran kita untuk bergambar. kita tangkap orang itu. dan bila kamera di click click. maka terhasillah gambar. gambar yang diambil pula semestinya mempunyai nilai estitikanya yang tersendiri. yeay me! bm teruk! apatah lagi english! haha


le classmates :

le girls w our ex-lecturer, sir naim :)


punyalah berat rambut kau rahimi oiii. HAHA

w era and pak eh :)

ekin | wardah | pj | kalong | miminators | paan
|| rahimi ( le photographer )

habis je dinner terus pergi berjimbara bara bara bam vam w fellow classmates, malam masih muda moh berjimbara jap.



yeay us | kimora lee cement and yumoks
meet syawal and fazirul yang ting tong! HAHA




k lah mimi FULLSTOP
jejarHOT berkata " final exam tiga minggu je lagi jemah hoi !!!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, August 31, 2012

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-55, Malaysia !


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, kita masih lagi dapat bersama-sama menyambut kemerdekaan negara tercinta yang ke-55 ni. syukur yang tidak terhingga sampai sekarang negara kita masih lagi aman damai makmur. walaupun masih ada segelintir mereka yang masih tak tahu nak bersyukur dengan nikmat kesenangan dan kedamaian yang dipinjam oleh-Nya.. 

aku tak tahu kenapa bila dengar lagu bawah ni mesti jantung terus dup dap dup dap dan automatik bulu roma aku terus berdiri. haa tengok bulu roma pun geti nak berdiri. tu belum masih berhimpun dekat event uitm aku semalam, #ambangmerdeka ..  masa nyanyi lagu "negaraku" and selawat ke atas nabi... macam macam benda yang aku rasa. isk isk. gembira terharu. haishh. 

so layan lah lagu ni jap! best :)



k lah mimi FULLSTOP
nota : event event dan event :)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, August 23, 2012

RAYA DATANG LAGI !

Assalamualaikum wbt.

yaya denagn ila yang comel !
akhirnya setelah sebulan berpuasa maka hari raya menjelma lagi ! alhamdulillah tahun ni masih ada raya buat kita semua. syukur dengan nikmat raya Allah SWT pada tahun ni. jadi masa malam raya aku dengan keluarga semua dah bertolak balik kampung. haa excited bedah berbuka puasa yang last tu pun beramai-ramai dengan saudara mara di majide. meriah lauk berbuka malam tu sebab semua lauk untuk raya esoknya! hehe! ingat malas nak makan ketupat malam tu, tapi disebabkan rendang dan ayam merah yang sudah berada di depan mata, maka ketupat nasi dan lemang dan dan juga malam tu aku tibai! wehee

le family, go green (!)
jemput makan :)
le cousins :)

havoc seketika :)


with adek :)
esok paginya aku bangun agak lewat disebabkan malam tu aku ikut ke rumah family belah abah untuk tujuan masak. tapi kehadiran aku dekat situ lebih kepada menyebok :) tapi nasib baikpagi tu sempat lagi untuk berjemaah solat hari raya aidilfitri. tapi ada cerita lawak juga, mula mula nak solat dekat masjid di majidee baru sebab dekat je dengan rumah, tapi penuh dia... fuihhhhh. berlaga-laga lah nanti nak solat so terus pergi masjid di kampung melayu majide. wehee. walaupun ramai orang tapi alhamdulillah ruang solat untuk jemaah wanita lebih luas sebab dibuka di wing. memang masuk masuk je masjid terus solat. kabut jugak, tulah padahnya kalau datang lewat. ehem! salah! bangun lambat! -,-

balik je daripada masjid terus pergi ke meja makan disebabkan kelaparan yang memuncak. pening kepala saaangat sebab kelaparan! hehe. pekena ketupat lagi! fuu fuu fuu. kenyang alhamdulillah. lepas makan ada sesi mintak mintak ampun maaf zahir batin dengan family. tapi gambar tak dapat nak diupload atas sebab lupa nak pakai tudung masa ambil gambar. hahak!

with yaya momel :)
tengahari tu, terus kami bergerak ke kempas untuk beraya di rumah family belah abah pula. meriah jangan cerita disebabkan hampir kesemua family ada. yeay! dapat berkumpul jugak akhirnya masa 1 syawal secara beramai-ramai. dekat sini aku makan lagi! dah namanya raya jadi kerja kita mestilah makan je. weee. lepas tu ada sesi ambil ambil gambar kenangan :)

hari raya kedua, aku relax je dekat rumah disebabkan keletihan beraya di hari raya pertama.



hari raya ketiga mula bertolak balik ampang. rumah tok amah! traffic jam gila disebabkan semua orang nak balik orang nak mula kerja. hem hem. perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam bertukar menjadi 7 jam bagi kami semua. nightmare! first time aku nampak kereta banyaaaaaak sangat terutama di tol seremban! ok bye.



my sis and brother :)
sesampai je rumah tok terus aku santap ketupat palas dengan rendang tok yang sangat marvelous hot and spicy :) family cik pun ada jugak dekat rumah tok. hee. lama tak jumpa semua semua !

me with le sister :)
keesokkannya family paksu datang ke rumah. punyalah lama tak jumpa cousins, semua dah besar dah cantik cantik belaka! hehe. dulu masa last jumpa semua memalu kecik je tengok. sedarlah betapa tuanya aku sekarang -,-

with balqis !
tengahri tu kami makan nasi berlaukan gulai udang, rendang tok, sotong kuning, ayam tomato, sayur, ulam etc. semua dimasak oleh cik, mak su dan tok! tak lupa juga cabai yang ditumbuk lumat oleh aku! pedas gila kot ;) bagi siapa siapa yang tak tahu cabai tu ialah sambal belacan :)

lepas dzuhur kami semua bergerak ke bentong, pahang untuk ke rumah family pak lang ! yang ini lagilah lama tak jumpa. huhu. kami makan laksa di rumah pak lang! sedap hingga menjilat sudu :)

Awesomism cousins !

malam tu family aku terus bergerak balik ke jb (!) alhamdulillah selamat sampai :)

k lah mimi FULLSTOP
note: lot of assignments :(


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!