Wednesday, October 13, 2010

jamuan LDP 2010

tadaaa... eh cop cop lupe nak bagi salam.. salam semua. ni lah kek mase jamuan ldp semalam. tapi yang ni untuk cikgu & ajk je.. nampak sedap kan kan? hehe.

***
jamuan LDP kali ni di buat di UTM, dewan alumni. makanan pon boleh lah, tapi ni nak cerita sikit.. cabaran aku sangat dasyat punya tahap mambang dah aku cakap haa untuk join jamuan kali ni. mana tak nye.. aku ni diberitahu yang jamuan akan diadakan di sekolah je, dan yang paling best mula pukul 5 petang. oke fine. aku pon tak kesah lah kan melambat lambatkan diri untuk pergi jamuan tu. sebab pada hari yang sama aku ade kem yang mesti wajib aku datang. kem tu berlangsung 4 hari kat ulu tiram.

nak dijadikan cerita, masa otw back from kem tu. dah pukul 3.30 dah.. takpelah kan. cam lambat lagi nak pukol 5 ptg kan. tiba-tiba ariff bagitau aku yang jamuan mula pukul 4.. aku punye tekejut tapi takpelah kan sebab buat kat sekolah.. jap lagi kawan aku, zana tepon cakap aku pergi naik ape. dia tanya

"mi, kau gi naik ape ni? bas ke? kau katne? sempat tak?"

aku dengan selamber mamber nye pon cakap ah jalan kaki sudah.. pastu dia diam. mungkin dia pening sebab sebenarnye pastu ariff cakap ngan aku jamuan kat UTM !! OMG! macam nak bunuh diorang sebab tak bilang awal awal! nasib aku dah siapkan baju untuk pakai.

sampai je rumah aku punya pecut untuk mandi dan solat asar tak boleh tahenn, gila pantas! macam tak percaya yang bersiap nye tu aku! haha. 20 minit je? hello! lame? tak ah.. cepat lah tu.. kalau tak satu jam tawu! hehe. dah siap tu tiba tiba aku text ariff sebab aku nak gi tade trsport nak lah tompang dia kan. sat gi.. nombo dia pulak aku takde. bila aku text orang-orang yang ade no dia semua ta bagi respond. perghh! time ni rasa macam nak nanges sebab sebenarnye aku gila nak pergi jamuan untuk jumpa alveloli lama. haha. bongok aku, pergi salah tujuan tu yang banyak halangan kot. haha

sat gi dah pukol 5 ariff sampai. tiba tiba an.. jeng jeng jeng. baru 100m perjalanan, kereta rosak daaa... perghh.. time ni aku ngan ariff dah macam tak nak pi dah. memandangkan ariff ni ketua pengawas.. memang dia wajib gi. dia lagi kesian sebab dia kena bagi ucapan lah kan selaku ketua LDP tapi tak sempat. nak buat camne kan..sian dia.. lastly, kitorang tahan teksi dan naik. itupon lepas teksi pertama penuh. cess!

sesampai je kat sana, bila bukak pintu semua tepok tangan. wuhaha. bangga aku. walaupun sebenarnya dorang semua tepuk tangan untuk ariff as kitorang nye ketua an.. haha. suka aku! yelah tompang sekaki.. jap lagi, bila aku sampai sana tengok tengok alveoli lama tak de! gila tens aku! sillica! penat aku datang penat penat sebab nak jumpa dia. sat gi dia tak datang?! cess!! bengan bengang..

tapi dah tak bengang bila dapat cabutan bertuah! weee! haha. masa balik aku naik bas jelah kan. sampai sampai terus gi rumah syazana lalink ku.. pastu baru balik rumah tompang mak ain! tenkiu mak cik! sayang mak cik! hehe.

ni sebahagian daripada gambar gambar aku kat jamuan LDP :



 ni lah ain. jangan main main ngan ain dia dapat 2 sekali anugerah masa ni tau. 1. anugerah pengawas paling berdedikasi dan 2. anugerah pengawas paling bergaya! haha. yang tu taleh tahenn.. & izzura..si mereng! haha


 ni lak gambar ngan yayang aku, syazana! hehe.banyak lagi gambar ngan dia tapi masuk dua jep :)

 yang tudung putih tu lah kami punya timbalan. gila sporting! kawan sape?? haha


ni lak budak budak form 3. sajer lah kan melayan dorang. amek lah gambo sekali padahal ta rapat + kenal sangat pon. hehe

 ini ialah zulfakar. budak form 3. ta bape rapat pon + kenal. saje amek gamno. haha. dia layan je aku ni haa. bagus bagus! haha :)

 aliff. bakal bakal ketua pengawas sesi 2012 aku rase lah. haha. budak ni alim sikit. dak arab ni. same kelas ngan adek perempuan aku.


 ni pon classmate aku jugak. yap chin yi. satu meja ngan dia sejak form 3. dia ni sangat gila! tapi bila dia buat rambut camtu nampak mature dah kawan aku yang sorang ni. haha


papepon, jamuan kali ni agak kelam kabut jugak lah sebab nak cepat. 2 jam je kot? huhu. sedeyhh. sebab alveoli lama takde. baru nak berpotosut ngan dia. ni yang geram ni, memang aku tanak kawan dia dah! bongek! ha ambek kaw bongek free dari aku. haha

k lah mimi FULLSTOP.

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!