Thursday, December 30, 2010

contest pulak dah :)

salam semua :)

teruja sekejap bila ditag nasyita kamal satu contest ni tapi ape pasal pulak aku punya nama umi salihah salihin salihon??
okay takpe nas naseb i leb u, u lap me.. kalau tak siap ko aku kejekan. HAHA

^^
oh ye tak ye. harini tepat jam 2.13am, December30, 2010 dengan rasminya aku masuk contest

jeng jeng jeng
 maklumat lanjut sila-silalah merajenkan diri tu klik

mood utara sat :
cek habak mai ni kali pertama cek join contest-contest depa(parablogger).
tak tau lah camna naseb cek ni tapi apa pon cek cuba :)
cek tampai gambaq bawah ni + daftar untuk contest ni nohhhh.

berdasarkan gambar di atas, sila jawab soalan berikut
 ada berapa banyak peace-kah dalam gambar di atas?

tiba-tiba. HAHA

cek tag :

1.sofea soeraya

2.mira

3.adekCANTEK

k lah mimi FULLSTOP

mood : gila excited Malaysia menang vs Indonesia (agg 4-2)
tiba-tiba tertaksub dengan bola sepak! neng neng kau! :P
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, December 28, 2010

7.karaoke@mybox

salam semua. salam 1 Malaysia :)

^_^

: 27-12-2010
: mybox, umall
:weng2crew

haa. seperti yang tertera di atas, aku dengan darlings-ku semua memang dah merancang nak menjerit memekak melolong sebaik habis paper SPM, tapi disebabkan maksalah teknikal yang tak dapat dielakkan maka tertangguh program kami sampai lah laa ni baru pi. nasib semua free. macam susah gila je nak kumpul padahal rumah masing-masing takdelah bersepah sangat. jalan sikit sampai je rumah mereka tersayang ni. tapi apa nak buat, kami ni busy mengalahkan artis. aiyakk : /

bincang punya rancang last-last pergi dekat mybox jugak. hehe. sebenarnya tujuan asal lepas memekak nak berpotosut (ai! kate artis kan? HAHA) tapi hari hujan pulak, maklumlah mendengar kami semua melalak macam nak runtuh Umall tu kan..maka rancangan berpotosut itu pun dibatalkan!

rasa macam tak puas sahaja memekak dekat mybox kan korang. tapi memang kita balik dengan hadiah khas daripada pihak mybox lah kan? sakit tekak plus benanah tahi telinga plus heartbeat jantung naik! HAHA

macam biasa aku selitkan keping-kepingan futo$,



posing sikit, ewah! :)
dari kiri : nasyita kamal-me-syazana adilah-nurafiqah


atas:nampak tak menyanyi bersungguh! menjerit lagu MENGAPA memang bagus untuk kesihatan anak tekak okay? tak tipu! :P
bawah:nyanyi lagu dangdut, best okay! HAHA


atas:sebelum pergi umall, kami pergi Jusco tercinta dulu, minum2, basahkan tekak dulu. ehem! HAHA
bawahkiri:terjumpa member u2, benji+bella+ketua pengawas smktu 2-lupa-nama-kau-weh!(takde dalam gambar)+teha(takde dalam gambar)
bawahkanan:habis memekak pulak singgah di pasar, uh-em-gee! Vogue2 makan kat pasar tapi kami sempoi+belasah jela kan? HAHA :)
 k lah mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

6.makan@saujana+kotaiskandar

salam semua, salam 1 Malaysia.

Gembira tak terkata sebab dapat

1.shopping shawl comel-comel
   (aku suka kedai idaman hawa collection kat angsana, agak murah+cantek! sangat berbaloi okay! )

2.beli cardi + shirt di MNG.
   (Y.E.S. kan sekarang, so apa salahnya membeli-belah kan? HAHA)

3.beli shirt comel Voir

thank you mama & abah! muah muah sikit, hehe :) nanti nak beli kasut pulak eh? ngeee!

^_^

bertempat di kg. pendas, gelang patah ada lah satu restoran ni. nama dia restoran saujana. dia hidangkan makanan sea-food-yang-best-jugak-lah-kan. hehe. taklah. sedap okay! aku baru pertama kali makan kat saujana ni sejak umur meningkat. abah cerita kecik-kecik dulu pernah je makan dekat sini cuma aku ni mana nak ingat, ntah umur berapa tahun kan? 1/2 tahun gitu. hehe



aku memang fobia sikit tang pijak titi kayu ni, bukan apa. aku selalu masa kecik-kecik disogokkan dengan cerita-cerita tak bertauliah daripada kakak aku yang katanya boleh reput lah patah lah kalau pijak titi kayu papan tu. so sampai lah dah muda remaja ni terbawak-bawak haa, memang scary! HOHO. tolong jangan gelak atau aku akan sunat kau. berapa kali jugak lah aku terjerit sebab ada kayu tu dia tak kukuh pastu bila aku terpijak dia macam nak patah! OMG! takut siottt

permandangan dekat SAUJANA ni memang mendamaikan jiwa dan mententeramkan hati dikala luka lara. HAHA. skema ting tong jugak aku ni kadang-kadang. aduy! tapi memang bestul, permandangan dia aku bagi 8/10 :)




sebenarnya parents aku saja belanja makan kat sini sebab kununnya hadiah untuk adek lah dapat 9A. tak habis lagi kan. HAHA. tapi bagus lah sebab aku pun dapat tumpang berkaki-kaki kan? hehe. bab makan sape boleh tolak? betul tak?

selepas kenyang melantak makan-makan, kami pun pergi menyinggah ke kota iskandar. tak siap lagi tempatnya tapi adalah beberapa bangunan yang dah siap dan boleh dilawati.


akhirnya, aku dah geti amek gambar orang terbang! yeay! HAHA
 pada pendapat aku, kawasan kota iskandar ni memang sesuai untuk aktiviti potosut potosut ni. tapi sape-sape yang lagi mahir mengambil gambar mesti dapat cari angle baik punya. aku ni apalah sangat kan so gambar pun tak berapa nak menjadi (cantek). HAHA

tak sabar nak tunggu projek-projek iskandar ni menjadi :) nanti boleh jalan-jalan sokmo. hehe

nak tulis panjang-panjang pon rasa kemalasan tahap tenuk jadi

mimi FULLSTOP ya? :)

note: aku tak geti makan ketam sebab tiap kali makan mesti jari cedera parah kronik segala. HAHA
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

adek dan 9A

salam semua. salam 1 Malayisa.

lama rasa tak meng-up-date belok tercinta ni. bukan apa lately banyak sangat benda kena buat (tengok tv+masak+jalan-jalan-tak-hengat-umah). alasan! haha.

ouh sape tengok Bola Sepak ahad lepas? ouh gembira sangat Malaysia dapat score 3-0 vs Indo haritu :) ingat senang ke nak sepak terajang masok gol 3 bijik ni? HAHA. kesian Markus (GK Indo) sebab kena lazer tapi AAK? HAHA

esok 29/12. 2nd game pulak untuk Malaysia beraksi menentang Indo di Indo untuk tentukan siapa pemenang Piala Sizuki tu (betol ke piala ni? HAHA). Ohoiii. jangan lah hangpa dok kalut main macam 1st half kat Malaysia haritu. ribut ribut! dan kepada penyokong Indo di stadium tu nanti-balinglah mecun kat tengah padang please? sebab nanti game berhenti & Malaysia akan menang? HAHA

ok enough mimi!

^_^

seperti yang kita semua sedia maklum, keputusan PMR kan keluar masa 23/12 haritu, nak dijadikan cerita adekCANTEK aku mengambil PMR ye tahun ni. tapi dia extream sikit sebab adek-badek aku semua amik 8 subjek sahaja untuk PMR, dia sorang sesat amik 9. HAHA, yang lebih tu Bahasa Arab. beruntung dia ni sebenarnya sebab kali pertama menjejakkan kaki kat sekolah menengah, kebetulan kelas aliran agama diperkenalkan. jadi selepas kena ceramah khas, ramai lah student Form1 tika itu yang bepusu-pusu nak masuk kelas aliran agama ni termasuk lah adek aku,

masuk Form 2, adek aku cerita ramai jugak lah yang keluar daripada kelas aliran agama sebab tak boleh bawa m/pelajaran Bahasa Arab, family aku pun tak halang adek aku ni nak amek Bahasa Arab masa PMR sebab tengok result dia okay je. abah aku pernah cakap kat adek masa dia nak daftar subjek PMR

'asalkan adek boleh bawak, abah tak kesah, ikut adek lah nak amik ke tak subjek tu.

nak dijadikan cerita dia amek jugak subjek yang aku rasa susah woi! aku tengok adek aku belajar pun aku yang pening. kalah belajar BIOLOGY! sebab banyak sangat cabang-cabang dia yang kau kena tahu & HAFAL okay?

dan bila result keluar haritu, semangat aku ni pergi sekolah (ehem! sebenarnya pergi pulang buku teks saja menyemak! HAHA). duduk dekat kantin sekolah tersayang-tu-kot-kan, aku pulak yang berdebar-debar.

lepas je umum adek aku dapat straight A's aku pun terus berlari-lari anak ke arah adekku. lalu memeluk lalu menangis teresak-esak sambil mengucapkan tahniah yang tak terhingga. aku lap air mata aku yang menderas je jatuh tu, herm..

aku TIPU. haha, sebenarnya aku terus bla! kuajo punya kakak, bukan nak pergi cakap tahniah ke ape kan? HAHA. aku bukan apa malas nak tacing-tacing dengan adek aku dekat kantin sekolah tu. malulah nanti masuk majalah sekolah muka tak GLAM! :P

sebagai ganjaran, abah hadiahkan adek Sony Walkman MP4 yang latest rasanya ni. HOHO. baguslah takdelah kau asek berkepit dengah fun je 24-hours kan? HAHA



ADEK! Congrats! 9A! bagus bagus, teruskan kecemerlangan-mu! :)
 tapi ada masalh pulak lepas dapat result dasyat ni, dia kompius pulak dah tak tahu nak sambung Arab lagi atau tak payah, abah kata tak payah. adek kata nak belajar tapi tak nak amek Arab dalam SPM? aku pun kompius sama, HAHA. neng neng kau!

note:CONGRATS jugak dekat YAYA (8A) & HADI (5A) :)

k lah mimi FULLSTOP

mode: teringat dulu masa aku dapat 8A, abah hadiahkan aku hp Sony Ericsson W910i. nak dijadikan cerita adek pempuan aku ni merajuk sebab aku dapat fun baru lalu abah terus beli 2 lagi hp yang SEBIJIK untuk adekCANTEk dan adekHANDSOME. lawak sangat ingat masa tu. HAHA. hadiahku hadiahmu jua :P
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Sunday, December 19, 2010

it comes naturally

salam semua. salam 1 malaysia :)
ohh semalam terlebih dos excited bila

1)dapat tahu team bola sepak negara terchenta, Malaysia dapat masuk final. ohohoho. walaupun semalam 0-0 lawan vietnam, its okay. sebab masa first game Malaysia dapat kalahkan Vietnam 5-0 kot? haha (ketawa sinis). aku gila suka penjaga gol Malaysia yang beraksi malam semalam, sangat cekap. awww!

2)semalam aku dapat pinjam novel impiana 3&finale daripada pika laling. baru je ngumpat dia kat entry before ni kan? haha. tak ngumpat pun laling. I tipu. mekasih pika laling. eh eh, lepas tu daripada dapat novel tu masa azan Isyak berkumandang, lepas solat Isyak aku terus bukak, baca kedua-dua novel tersebut dah habis baca pada pukul 4.29 pagi. haha. dasyat kan? masuk ni dah 2 kali aku tidur pukul 4++ pagi sebab baca novel. ish ish ish.

^_^

harini aku nak memperkatakan tentang cinta? wah! hebat sangat ake aku nak cerita pasal cinta-cinta ni?pernah dengar tak kata-kata punjangga Robert A. Heinlein yang menyatakan

“Love is that condition in which the happiness of another person is essential to your own.”

wah? kenapa pulak aku memasukkan kata-kata beliau ni. then aku akan jawab.. like always

suka hati aku lah :)

lately, aku dapat tahu dan dah banyak sangat dengar cerita girls baya aku (oh cinta monyet juga dikira cinta kan? hehe) or yang dah berumur 20-an yang putus cinta. cinta bertahun-tahun bagai nak rak. gayut malam-malam kalau kat dahan tu aku rasa dah boleh patah dah dahannya. ada pulak yang kemaruk sangat bercinta sampai tak dapat bezakan yang mana baik dan buruk. ada pula yang sangguh menyerahkan mahkotanya untuk lambang cinta suci mereka.

memang benar kata-kata ini iaitu

"There is only one happiness in life, to love and be loved."


tapi tak ke kalau cinta yang melampau dan terlampau ni boleh menjadi barah di kemudian hari? orang selalu kaitkan cinta itu buta. ye benar.. cinta itu buta. tapi orang yang bercinta itu jangan lah ikut buta sama. cinta juga kena pakai otak. jangan sampai kita yang menjadi hamba cinta. ada paham? kalau rasa si dia memang dah tak berguna, tak boleh pakai, buruk pulak tingkah laku nye, yang partner tu tak geti-geti ke nak buat apa yang patut? buat apa? haiyaa, putus saja maa. memanglah susah nak putus dengan seseorang yang kita cinta/sayang tapi takkan kita nak hidup kita merana selama-lamanya? haiyaaa!

lagi satu ni, aku pantang sangat dengan si perempuan yang dah tahu si lelaki tu tak jujur , tak ikhlas tapi masih lagi nak terhegeh-hegeh mengharap tertiarap pada si lelaki tu. oh please! kau jangan lah cakap kau cinta dia. takpe takpe je kalau dia tak cinta kau pun. pengorbanan cinta katanya. ouh! tolong lah. tu bukan cinta ya mak cik! daripada kau buang masa melayan orang yang tak sepatutnya tu, lebih baik kau buat benda yang berfaedah. at least bolehlah kau bebaskan minda kau orang tu daripada si dia yang tak membawa apa-apa keuntungan pun.

ouh aku tahu aku hanya budak belasan tahun yang tak layak lagi berbincang pasal topik geli geli ni, oleh itu aku akan sambung kembali topik ini selepas aku menjadi budak 20-an. haha. boleh tak macam tu?

gila tak boleh? haishh :p


sebenarnya, aku cuma tak puas hati dengan lelaki yang hanya mengambil kesempatan dekat perempuan. oh bagaimana pula bagi perempuan yang mengambil kesempatan dekat laki-laki (gulp! telan air liur jap). no comment. haha
 
tapi aku jugak masih bingung untuk membicarakan cinta,
 
aku bingung macam mana si dia (*_*) senang-senang je membicarakan cinta dekat aku yang comel ni. aku mengaku aku pernah menyukai si dia, tapi sudah ku bilang pernah dan bukan maseh ye? dan lagi satu semua itu pula hanyalah pada waktu dulu. ye, waktu zaman budak-budak nak naik.. ala senang kata sewaktu zaman jahiliah aku dulu. dan sekarang senang-senang dia muncul semula dalam kotak minda aku yang jugak comel ni dan cuba pulak tu meracuni fikiran aku yang baru sahaja hendak kembali suci ni daripada perkara-perkara itu. ouh otakku! kau bersabar ye?
 
senang sangat untuk dia melafazkan kata geli-geli tu dekat aku. tolonglah, aku sedikit pun tak ada perasan dekat si dia. sungguh, aku tak tipu! sekarang aku  fikir apa nak buat lepas SPM & dapat result ni. aku nak sambung belajar dekat mana, subjek apa. itu lebih mustahak bagi aku sekarang, daripada melayani karenah si dia tu. so untuk si dia, lupakan angan-angan mu yea, kerana aku sekarang bukan lagi aku yang dulu.... yang senang sangat nak cair kat mana-mana laki-laki kecuali hongki :) dan aku jugak bukanlah bodoh bak tajuk filem yang tengah ditayangkan laa ni
"aku tak bodoh"
 
haa. kena sangat dengan situasi sekarang ni kan? haha. once aku dah cakap aku tak suka, selamanya aku cakap aku tak suka. macam kes cikgu menangis tuu. betul tak tipu okay. dan untuk si dia, aku nak kita berstatus kawan sahaja boleh? aku bukan apa, aku selesa kawan je dengan kau sekarang ni. lagipun kita masih kecik lagi lah nak cerita pasal benda geli-geli tu. hehe. friends forever ek :)
 
ouh mesti korang pelik apa benda geli-geli tu kan?
 
yang bijak mesti sudah dapat mengagak apa dia,
 
ianya cinta lah cek oi! hee :)
 
oh yea, jangan cakap kau cintakan aku sedangkan kau sendiri tak tahu apa makna cinta?
 
cinta tak boleh dipaksa, let it comes naturally :)
 
k lah mimi FULLSTOP
 
mood : teringat lagu misha omar, bunga-bunga cinta.. gila minat lagu tu dulu. hehehe :)

"cintailah Dia Yang Maha Berkuasa :)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, December 18, 2010

sekitar may, 2010

salam semua. Salam satu Malaysia :)
semalam tah apa mimipi aku tido pukul 4.30 sebab baca novel. sudahku bilang memang lah aku ni sangat mudah terpengaruh dengan novel. kalau aku dah baca memang susah nak stop selagi tak habis, ouh! aku memang macam ni, lepas tu kadang-kadang terfeeling macam haritu baca novel biarlah YM berbicara dah perasan kan best kalau dapat laki macam encik firdaus. hahah. sengal kan? tak pun semalam aku baca cerita cinta rahsia (aduy, semua cinta) , aku boleh terbayang macam mana lah kalau aku kat tempat ayu kena tikam dengan hairil lepastu aku tikam balik hairil. aduy. pengaruh pengaruh! tapi laa ni tak sabar nak baca novel impiana 3 & finale, nak pinjam pika laling tapi dia pun busy so tak sempat nak bagi.

^_^

sedar tak sedar tak lama lagi tahun depan dah dapat adik baru :) ngeee. tak sabar rasanya nak ada adik lagi, best ada baby dalam rumah sebab boleh amek gamba dia banyak-banyak. aku ni bukan apa, memang pantang nampak baby ni..geram wohh!! haha,

tengok punya tengok dekat list entry aku, aku tak cerita pulak pasal majlis resepsi mama & abah dulu. hee. dah agak lapuk agaknya tapi peduli ape aku. aku nak cerita jugak. hahah! kejam

mula masa

1)bernikah MAY 02, 2010,

kelakar sangat. pagi-pagi tu kami adik beradik dekat rumah bangun awal ni. sebab tak nak lah lewat sampai rumah mama dekat majidee, so bangun awal tinggal bersiap-siap sajalah sebab daripada sehari sebelum tu baju semua dah siap digosok. haha. excited. lepas tu ingat lagi macam mana aku punya kain tudung terbakar sebab panas sangat. haha. kantoi tak geti gosok baju ;p

pagi tu jugak aku ngan kakak aku ni terkejut tengok abah tak pakai inai. apa lagi kami adik beradik pon bantai tangan abah dengan inai. siap letak minyak cap kapak sebab bagi kaler cepat pekat. haha. memang dah ta pedulik dah nak cepat punya pasal, terus balut inai kat jari-jari abah guna tape yang kuning uh. haha. tak senonoh kan. nak buat macam mana kalau tak dibalut macam mana abah nak drive kan? haha.

sekitar pukul 9.30 pagi rasanya kami sampai taman gembira. kalau family aku memang kami panggil rumah di taman gembira sebagai club house sebab kalau ada family gathering memang buat di sana, sampai-sampai kami makan dulu mi goreng yang mak cik aku masak. adalah dalam 2 pinggan aku makan. hahaha. gila lapar kan? melantak dah tu namanya. bila semua orang dah ada, kami pun bertolak ke rumah mama (pengantin perempuan)

sampai-sampai tu lama jugak lah tunggu tok kadi. disebabkan family kami ramai so memang penuh rumah mama, heheh. aku ngan kakak and adek pun duduk di sebalik tirai depan pintu rumah tapi tetap nampak lah. mana boleh duduk tempat tersorok time moment2 penting dalam keluarga aku kan? hehe:)

alhamdulillah, akhirnya semua pun selamat. dengan sekali lafas je mama dah sah jadi mama kami lah, takkan mama kau orang pulak? heheh. lepas tu ada makan-makan sikit. po loei, make lo.  then ade acara bergambar. gila tak join? haha

 
masa ni tenguk dekat abg karipap( kak rina yang panggil, lawak je kak rina ni tau :) abg karipap ni abg cameraman. hehe. ni guna fun kzen. aku copek gambar ni daripada dia. hehe

dari kanan: adek, mama, kakak, aku
aku ingat lagi petang tu aku ada tusyen fizik dekat skor bestari, abah tak kisah aku nak pergi ke tak. wah! kalau abah dah cakap macam tu mestilah cakap malas nak pergi kan? haha. jadi sepanjang petang tu kami adek beradik duduk dekat club house. lepak tido layan aina zara (baby comel)

2)resepsi MAY 08, 2010

haa. ni best nak cerita. aku n adek beradik semua sangat lah excited gila kancil serigala time ni sebab kitorang akan dimakeup oleh mak andam. haha, gila tak suka kena makeup (adek yelah). jadi bangun pagi-pagi dengan muka toyer lagi suci nan bersih tanpa make up pon pergi dekat AZ butik. dengan lapo-lapo ni pergi butik tu, masa tu tak hingat pon lapo. tapi bila jam dah tunjuk pukol 11 pagi mengglegak perut protes tanda lapo. haha. bayangkan dari pagi tak makan, tulah excited noh. abah dah offer nak drivetru mcD, tapi cakap tak lapo. haa, belagak kan? orang belagak memang selalu rugi, haha :)

jadi dalam pukul 12.00tgh hari tu, makanan pun sampai. makin nasi lemak ayam.. ingat lagi betapa sedap dan lazatnya nasi lemak ayam tika itu :)

lepas makan, kami adik-beradik terus siap-siap pakai baju, dan kemudiannya dihantar ke Dewan Jubli Intan, JB. tempat resepsi mama & abah. sampai-sampai memang lah sesungguhnya segan nak mampus sangat kot. yelah kammi diberhentikan di depan dewan tanpa mengenali sesipa di situ sebab yang jaga depan tu pun kawan-kawan office mama&abah. bila nampak je muka pak cik aku terus semua berlari keriangan ke arah pak cik-pak cik ku. macam dah tak jumpa berbelas tahun kayaknya. haha.

masuk dalam dewan terus pergi ke arah cousin dan makan lagi. haha. mak cik aku yang paksa suruh makan awal-awal sebab katanya nanti bila dah petang takut ramai orang and tak sempat nak makan. memang betul cakap mak cik aku, memang petang tu tak makan, apa yang disebukkan pun tak tau (amek gambar je mane tak sebuk:P

alhamdulillah lah majlis mama&abah selamat dijalankan.

walaupun agak hura-hara sikit sebab jumlah tetamu yang terlebih daripada anggaran yang datang (sebenarnya makcik-makcik persatuan mana tah duk singgah makan masa lunch hour dekat majlis mama&abah ni, ntah pape. haish! tak malu betul. haha) tapi tetap berjalan lancar :)

majlis habis dalam pukul 4.00 petang juga. orang-orang daripada butik semua dah mula berkemas sebab pada keesokkan harinya ada orang nak pakai dewan katanya. majlis kawen jugak kot sebab aku yang kecoh ni wat analisa tema dorang hitam. haha. menyebuk kan? lantak ah

balik je rumah terus mandi mandi. fuhh! penat tak hingat. haha. betul-betul kami adik-beradik tidur awal malam tu. lawak.. haha

ni aku ada selitkan futo$ yang aku dah edit sikit daripada yang ori. saja nak edit sebab bosan kan tak sekolah ni. haha:)

  

ni gambar pelamin. tapi tak close up pon. daripada jauh je. segan kot nak naik atas pelamin pastu amik gambar. haha:)



bunga rampai girls. haha. boleh tak macam tu? ade ayu di situ dan kazen-kazen baru , ala semua kecik-kecik lagi ni. hehe. masa mula-mula semua malu-malu dah lama dah rapat sampai dah tak geti malu dah dengan budak-budak ni;p

dari kiri: esya(tak nampak), fifi, ayu umairah (adek aku), sasha, syaza

bergambar secara kenang-kenangan dengan family belah mama @ family baru jugak lah kan, heheh
 
ni masa mama& abah makan beradab. dengan MB&wife dia kot. amek curik2 kan. haha

di meja makan, ni gambar masa mula-mula sampai dewan. nampak aku tengah makan.. hehe

 
 
wah ni photographer bertauliah suruh kami buat pose macam ni. ade2 je. hahah:)

dari kiri: kakak & aku

 

 

 k lah mimi FULLSTOP
 
mood : tak sabar nak keluar dengan weng2crew tersayang. esok syazana adilah dah habi paper. yeay! 

 

 
rindu korang, sayang korang ketat-ketat :)
macam dah lama je tak jumpa kan. padahal... hahahhahahha

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, December 16, 2010

tertarik

salam semua. salam 1 Malaysia:)

^_^

harini tiada apa yang berlaku. cuma tengah2 search pasal hukum2 ni tiba-tiba tertarik dengan satu comment ni, dia ni masih 18 tahun tapi daripada cara dia berkata-kata tu macam best pulak untuk dibaca, hehe. harap maaf mencopek ayat anda saudara shafiq tapi hanya sekadar informasi untuk saya dan yang membaca yang mungkin masih keliru dengan benda-benda ni. harap anda halalkan yea. sekadar untuk dikongsi bersama sahaja :)

ini pasal zina hati. aku tertarik sebab bukan apa, akukan sangat minat dekat hongki oppa risau jugak hukum aku minat ni macam mana. tapi aku tiada lah minat secara gila-gila hanya sekadar suka-suka :)

 ***
Sabda Rasulullah…
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.

ZINA HATI
diterjemahkan kepada 3 iaitu: berhasrat,berharap,membanyangi. Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana.
Mengapa ia dinamakan zina hati?? Berbalik kepada Al-Qur’an: “janganlah kamu mendekati zina” (al-isra’:32)
Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah “perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan”.
slalu org ckap.."adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asik teringat padanya, itu termasuk zina hati?”
Jawapanya adlah Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?
Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.Pstu kdg2 org msti ckp “abehtu, apakah yang termasuk dalam zina hati?”btol x..hehehe
Jawapannya.. Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…hahahaha
ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu ‘Atoillah)

Secara kesimpulannya Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimui. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL. Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie’. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.
Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.
 ***
amacam okay kan dia punya penerangan. sebab tu aku nak kongsikan dekat sini. hehe. 
 k lah mimi FULLSTOP 

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, December 15, 2010

entry khas : mas

salam semua. salam 1 Malaysia :)

^_^

entry kali ni khas aku tujukan buat kawan aku, eh eh tak. dia ni dah bukan macam kawan aku dah. dia ni dah macam tempat kaunseling pon ye, haha. kadang-kadang aku rasa bersyukur juga kenal dengan dia ni. tapi kadang-kadang pon rasa macam tak jumpa pon takpe lah! haha. gurau weh! :)

ramai orang sangka kami ni masih bersama ape orang cakap couple? tak okay. tak pernah terlintas lagi kat kepala otak aku ni nak bercouple-maple segala buat masa ni. tapi daripada apa yang aku dengar, bukan setakat budak-budak je yang kecoh pasal kami nampaknya bekas cikgu-cikgu aku pun turut menggosipkan aku dengan dia ni. eeehhh! tak baik tau buat gosip-gosip liar ni! haish!

oh siapakah dia ni? dia ialah kawan aku lah. haha. bagitahu betul-betul boleh? haha:)

okay fine dia ialah muhd. akmal shaary. ohh apelah bertuah kau dapat kawan yang comel macam aku ni kan, sanggup pulak buat entry untuk kau kan? haha. special sangat ke kau ni kan sampai nak kena buat entry khas bagai? oh yea! dia memang special sebab dia kawan aku lah mengong! kawan yang sangat memahami aku selepas weng2crew terchenta:)

dah apa kehal kan aku boleh nak buat entry ni? ini ialah kerana aku terjumpa barang yang pernah dia bagi kat aku suatu ketika dahulu semasa zaman jahiliah aku ni. banyak sangat hadiah yang dia bagi kat aku ni haa. tak macam aku, aku ni lokek sikit so. herm, hahahha. lu pikir sendiri lah. dan secara tiba-tiba kenangan lama menyinggah masuk ke ruang benakku. fineeee, ayat novel! terpengaruh sangat kan aku ni


dah banyak sangat kenangan aku dengan dia sampai laa ni. cakap jelah kenangan apa manis masam pahit tawar mesti semua ada. dan yang paling aku ingat kenangan macam mana aku ni dulu pernah menangis gila setan vavi sebab gaduh dengan orang kejam lagi tak berhati perut. haha. lepas tu dia ni jugak boleh dikatakan ape ek. susah nak cakap. sebab dah banyak kali dah, bila aku tengah sedih nangis macam orang mati katak kucing dia yang macam tahu-tahu ni boleh kol aku. ouch! sangat gembira kan kalau ada orang yang boleh pujuk time kita sedih sedan ni. ahahha. tapi bila ingat lawak okay! sumpah tak tipu. aku kenal dia pun sejak darjah 5 okay. and ada juga kenangan yang kalau boleh aku tak nak ingat pon sampai bila-bila. kenangan apa? biarlah rahsia

aku mula kenal dia ni pun sebab syazwani wadi, ouh wani! aku ingat lagi macam mana dekat sekolah agama kau cerita pasal dia. OMG. aku tak kan lupa sampai bila-bila okay. hahaha. aku nak cerita dekat sini pun tak sampai hati.aku taknak lah buat kau malu tertonggeng terberanak segala kan! ahaha. masa tuh darjah 5. budak-budak lagi. hehe. aku mula kenal dia dengan lebih rapat masa form1. ouh dekat myspace. masa tu myspace sangat lah popular! lepas tu tukar-tukar no. phone. amboi! haha

dia ni jugak pernah menjadi orang yang sangat annoying dalam hidup aku suatu ketika dulu. dan nak tau tak kenapa aku meluat gila ngan dia masa tu? sebab dia kata kalau nak keluar dengan dia kena pakai tudung. haha. sebab tu je buat aku meluat? aah.. kesian dia kan. padahal macam lah jahat sangat apa yang dia dah buat kat aku kan? haha. sorry ek,masa tu pun namanya zaman jahiliah. tapi ada lagi tapi takpe lah. dah lupa dah kot

tapi sekarang dah tak annoying dah sebab aku sayang dia okay. sayang aku untuk dia tak lebih daripada sayang seorang sahabat (ececeh!). eh betul lah dey. tapi tak tau lah kalau satu hari nanti dia berjaya buat sayang tu bertukar ke satu fasa yang lain pula kan. haha. no comment!

aku ingat lepas dia pindah tahun ni kami dah tak rapat, jalinan silaturahim (wah!) antara kitorang akan menggleber longgar tapi ternyata salah sama sekali, ahah! makin rapat kot. bagus! haha. teruskan usaha. tak baik kan memutuskan ikatan persahabatan kita ni ye tak? hehe

oh banyak pulak aku membebel pasal dia ni. haha. ouh cukup2.

cuma nak cakap terima kasih kerana menjadi sahabat saya yang tak pernah bosan dengan saya, sentiasa memberi semangat dekat saya, tempat mengadu masalah saya, dan saya nak minta maaf andai kata dalam tempoh persahabatan kita ni ada sahaja benda yang tak sedap dipandang mata apa lagi didengari telinga kan. kita pon hanya insan biasa. dan saya akan tunggu. saya tahu 8 tahun tak lama, OMG. tak sabar nak dapat hadiah tu, dah kalau dah berjanji tak boleh tarik balik kan :)

k lah mimi FULLSTOP


credit to everything hongki
mood: layan alveoli baru, hongki oppa! terus perasan alangkah gembira jika dapat peluang walau setakat bergambar sahaja bersama hongki oppa! love you, HONGKI :)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

gembira kan

salam semua, Salam 1 Malaysia :)

^_^

ehem! selesai satu benda :)

now boleh guna kereta abah macam kereta sendiri dah, ahahahhaha. blueekkk ;p
k lah mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, December 14, 2010

5.missyouweng2crew

 Salam semua. Salam 1 Malaysia :)

^_^


harini aku dengan jayanya menggemukkan badan. setelah sebulan kot tak lepak gembira-gembira di msD, Skudai tercinta dengan weng2crew tersayang:) itupun tak complete jugak pasal syazana adilah tak habis exam lagi. so macam partial w2c yang ada pun. like always. ngee

jadi ni semua kerja lepaking ini bermula daripada usul nasyita kamal yang katanya dah mengidam nak makan mcD. haha. kesian sampai mengidam ni, so apa lagi kalau bro ada semua pasti berjalan lancar. haha, macam biasa jugak janji pukul 5, pukul 6 baru sampai mcD tuh :)

sampai-sampai saja bro ajak mengKaraoke tapi malangnya nanti lepas dah berLepaking mesti nanti dah nak dekat pukul 7, dah maghrib so tak kan nak mengkarok! mampus kena sembelih :) takpe lah bro lain kali kita karok okay? tunggu syazana adilah habis paper LK & TK nye tuh. kesian pulak kang kalau tak ajak kot? ngee:)

jadi di sini ada aku selitkan beberapa keping futos sepanjang mencekik kat sana, tengok je okay jangan bising :)


okay fine. muka aku wajib tayang dulu sebab blog aku kan? haha

afiqah ni gembira sangat menceritakan pengalaman dia bercuti dekat Melaka Wonderland. excited gila sampai aku pun excited nak pergi nanti! yeay! :)

hahahhahahahha. toyer sangat kan muka, smile smile sikit

gembira nasyita kamal dapat makan yea! :)

alaa. terlupa nak rotate, afiqah makan comel.. tengok tuuu. haha


excited dengar cerita nek mon (nenek afiqah) pun join tenguk wayang masa balik kampung. ROCK WEH!


dah akhirnya kami pon balik. dan akan bertemu lagi pada 21/12/2010 :)
k lah mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

satu impian

salam semua. Salam 1 malaysia.

^_^

cuti-cuti ni. rasa bosan sangat.. tiba-tiba semalam terdengar lagu satu impian- dayana IK. amboi amboi. menyegat jiwa tiba-tiba. ehem!  haha. geli tak geli. tapi serious ntah kenapa aku tersuka pulak lagu tu. simple tapi best :) well, SYABAS adik dayana sebab dah berjaya menawan hati akak kau ni haa dengan lagu 1 impian tu :)

sampai laa ni lah asyik memekak sorang-sorang nyanyi lagu tu. bajet suara dah sedap lah kan, ahahha. sampai naik hafal dah lirik dia. mana tak nya asyik repeat je banyak kali. gila tak boleh nak hafal? tapi hafal biology susah pulak nak lekat walau dah ulang2 banyak kali! neng!

ni ha aku selitkan lirik lagu 1 impian ni. well kalau nak dengar pergi lah cari sendiri ye? ngee:)

Di sini aku mencari ,
Akhirnya aku temui ,
Kuntuman asmara berbunga di hati ,
Engkau dan aku berjanji , 

Dan ternyata sudah ,
Apa yang dicinta ,
Terbalas ,
Tanpa ada dusta

Dan terusik hati ,
Berserak rasa ,
Sebalik , 
Kilauan mutiara ,

Inilah erti pengorbanan ,
Kasih yang kuberikan ,
Kisah hidup yang masih panjang , 
Ku cari jalan kesudahan ,

Satu Impian ...

sebenarnya.. jeng jeng jeng, lagu ni ada kena mengena dengan hidup aku sekarang. OPSHH! haha. malas nak story panjang-panjang so fahami sahaja bait-bait lirik lagu ni, jangan banyak bunyik! haha. lepas tu

'lu pikirlah sendiri

k lah mimi FULLSTOP

mood: rasa bahagia :)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

4.sekolah&makan2

salam semua. salam 1 Malaysia.

^_^

wahh. penat sangat harini. mana taknya celik saja mata terus berangkat ke sekolah. tugasan menagihkan majalah2 Bakti dekat budak-budak form 5 perlu aku lakukan. wah ayat novel ni. hehe. nasib baik ada kawan-kawan yang datang menolong. terima kasih dekat sharifah sakinah, faiz azizi, khaidir yang sanggup meneman aku kat sekolah dari pagi sampai petang. tak lupa jugak dekat ekin, kesian kau demam-demam pun kena ikut jugak. heheh. sayang korang okay! thanks :)

lepas ke sekolah, kami (kecuali faiz azizi) pun bergerak ke Jusco. nak tunggu bas macam lambat disebabkan ada yang menanti di Jusco sejak pukul 12 tgh hari, sorry. aku tak tahu pulak :( bila ada teksi, terus jelah naik kan, nasib driver bawak pecut. cepat je sampai. kira berbaloi lah RM5 kan. heheh

sampai-sampai kami memang lah dah tersangat lapar, mana taknya masing-masing tak sarapan sampai jusco dah pukul 2 lebih. lepas jumpa mereka yang dah tertunggu-tunggu dekat Jusco ( nabihah, izzura, shida) kami makan dekat warung ABC tersedap dekat Taman Universiti ni. ceh ceh. pastu aku lupa dah nama dia. boleh tak?  haha. ha! nama dia Green Jade kot ;p

jauh perjalanan luas permandangan, tapi peribahasa ni tak boleh guna.. sebab berbekas tapak kaki aku cop selipo purple bintik2 aku jalan jalan hari ni. merah noks kaki aku! melecet. haha. tak nak pakai selipo tu lagi. wekk! haha.

sampai Jusco pergi MPH. macam biasa beli novel. rasa macam dah RM60 habis dekat novel je sejak habis SPM. haha. bayangkan lagi berapa banyak masa aku sebelum sambung belajar. lagi berapa banyak duit spent dekat novel je? haha. neng2!

dan seperti biasa kalau dah dekat Jusco, mana boleh tak singgah coolblog. teruja ni nabiha bayarkan. ngee. thanks biha :)

masa nak balik Sakinah bocor rahsia biha yang terjatuh dalam bas. aduy. serious, lawak noks! haha. tapi kesian biha, mesti dia menanggung malu yang sangat besar sebab satu bas ketawakan dia masa dia jatuh. cian biha. huhu

aku selitkan photo yer.


dari kiri : shida, sakinah, khaidir(x nampak), nabihah, izzura, ekin

entah apa lah yang diborakkan nabihah&izzura. lupa! haha

kinaaa maintain je ni :p

nabihah rebutan jejaka melayu! wuhahah!

bersungguh kan cerita? haha

Ohoiiiiii, kami memang dah bersama sejak sekolah rendah lagi, SKTU3 :)

ada orang jual buku, bihah sangat baik melayan dia kan:)

kinaa gila lapar time ni, and macam tawu tawu dia lapo cepat pula makanan dia sampai. ahah!

minuman yang telah diberi nafas baru oleh khaidir
dari kiri:
air lopak?, air lumut?, air tanah merah?
(milo, limau, teh)
ahahha

wewitttt, makanan yang sampai agak lambat, kesian izzura dah kebuloq tunggu. ahah:)



Oh yea! tadi jugak baru selesai mengemas buku2 dan kertas2 hasil daripada pembelajaranku di Tingkatan 5. ternyata tak sikit! haha.  yes! yes! sekarang rak buku aku dah kosong (walaupun tak kosong sangat pun) dan nampak sedikit lapang, aku gembira ni. Sebab apa gembira? suka hati lah! haha :)


finee.. satu bakol ni ialah kertas sahaja oke :)

ahhhhhhhaaaiii, comel kan pangbob kita:)

note: nampak sudu garfu tu x? itu kepunyaan kantin SMKTUN, tak ada niat nak curi tapi terbawak balik. okay I promise nanti pulang balik :)

aku jugak ketika ini baru selasai membaca novel karya Aisya Sofea yang baru dibeli tadi. haha! betapa rakusnya aku membaca novel Melayu. kalau novel English mampus seminggu pun belum tentu habis :P

k lah mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Sunday, December 12, 2010

3.BOWLING@SkudaiParade

Salam semua. Salam 1 Malaysia anak-anak..

^_^

haluu. wah gembira sakan kau harini ye? gila x happy? dapat main bowling. haha. bosan kot duduk rumah menternak tahi mata =.=

jadi dengan bersungguh-sungguh ni lepas adek aku (khalil) telefon ajak pergi main bowling.. terus cakap nak main! haha. amboi. gelojoh sangat ni. masa aiman ajak pergi CS taknak pula? opSSyh! bersebab okay, sebab nak main bowling. haha. neng2!

jadi gerak ke skudai parade dalam pukul 4 petang. sampai terus main. gelojoh lagi kan? yelah, tak kan sampai-sampai nak pergi karaoke pulak ke tengok wayang? ape daa.. ha, pastu masa dalam lift jumpa mentee add math aku, Afiq dengan kawan dia. haha. ape dia buat pon tak tahu lah. padahal tak habis lagi tu paper Lukisan Kejuruteraan & Teknik Kejuruteraan. haish! hehe. marah pulak mak cik ye, kepoh!

aku pergi dengan abah & khalil (adek) saje sebab yang lain ada sebab munasabah dan berasas yang menyebabkan tak boleh nak pergi. kami main 2 game je. sebab takut tak sempat nak solat Asar kan. main punya main dapat 1 je strike. haha. padahal abah dapat 5 kali. khalil dapat 1 kali tp tetap dapat spare 2 ke 3 kali. cess! haha

balik tu pergi beli CD. 5 sekali okay. nampak tak nak marathon ni? senarai cd2 nya ialah You Again, Unstoppable, Tangled story, The Social Network & Skyline. Gila kan? lepas tu pergi beli KFC, lapo kot. haha. kuat makan kan aku, so baik kau senyap jangan banyak bunyik lagi eh?

okay lah nak tuli$ banyak2 pon bukan orang baca, haha. so ni macam biasa bukti kejadian, FUTU$ :


khalil kecewa sebab 1 pin je yg tak jatuh. haha

abah ku hebat ni wakil tempat kerja kot! haha

khalil tenguk gaya kaki fuhh MACAM hebat, hahah


KFC, YUMMY :)



fuhhh. penat ni main.. pas exercise makan. elok sangat ni. cop cop! exercise? bowling ktegori sukan kan? so boleh lah dikira bersenam jugak kan? haha
k lah mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, December 11, 2010

2.JUSCO + LEPAKing@home sweet home nasyita

salam semua. salam salam 1 Malaysia (woo, patriotik okey!)

^_^

nak dijadikan semalam Decenber 10, 2010. aku dengan jaya dan bangganya plus kebosanan tahap cipanzee tiba-tiba teringat pulak yang hadiah nasyita kamal yang menyambut burfday nya before kami SPM pada November 18, 2010 belum dibeli. OMG. lupe siakkk! hehe.

lalu aku dengan comel dan gedik sikit sikit contact syazana adila yang comel lalu mengajaknya keluar lah cari hadiah untuk nasyita kamal. petang jam 5 lepas solat Asar terus sahaja meluncur laju laju ke tempat yang indah lagi damai mata memandang, JUSCO "err"

dan aku yang comel beserta syazana adilah pun berjaya lah sampai ke tempat berikut. yang lawaknya aku lupa sangat2 nak pikir nak beli apa untuk nasyita kamal ni kan. disebabkan dia suka katak katak hijau yang comel itu lalu aku pun tak bercadang nak cari katak lagi sebab kat rumah dia dah banyak katak hijau itu kan. jadi sempena YES+christmas. mesti lah ada potongan harga gila meroyan dekat jusco kan. aku pun bercadang dengan syazana adilah nak beli baju saja lah kan. senang. adalah dalam 5 helai baju yang kami pilih.. semua colour hijau. kale fav. nasyita kamal, tapi last2 terfikir

'tak special sungguh beli baju jusco,

haha. boleh tak macam tu? padahal baju2 aku pun termasuk inner wear semua cap jusco! haha. neng! nak dijadikan cerita pergilah soda. soda pun banyak jugak baju best-best. so cari punya cari. nak beli sesuatu yang seksi. haha. gila! tak tak. yang comel. zana pilih. tapi tak amek gambar pulak. takpelah kan. kata hadiah tak payah tunjuk kat sini. ceh ceh. hehe.

daripada beli bra untuk nasyita kamal. ingat nak beli bra tau nas! haha. bila syazana kata tak ade colour merah terus tak jadi? boleh tak?

lepas dah beli hadiah nasyita terus pergi MPH. cik akak ni nak beli novel. bosan kan? cuti tanpa sekolah. wuhaha. dan novel tu pulak aku dah habis baca dalam masa setangah hari je? wuhaha..nampaknya kena beli novel baru ni. hohoho

tiba-tiba before nak keluar jusco, kakak aku kol suh beli miKuning+kuchai. OMG. kuchai? aku ni bab sayur memang lemah sikit. tahu makan tapi tak pernah nak tahu nama. hehe. kakak aku suruh tanya syazana kan, malangnya si comel ni pun tak tahu jugak! prap!
lepas aku tahu lah jugak kuchai yang panjang2, sat lagi ade dua yang panjang2 sayurnya kan. satu ade akar satu takdak. menggelupur aku nak teka yang mana. zana kata

'jum tanya makcik-makcik kat sini. mesti dorang tahu kucai yang mana

aku kata

'malu kot......

last2 contact akak aku. pastu main amek je. pastu betol! haha, bangga tak bangga mak, nyah! dalam kerata zana ajak terus hantar hadiah nasyita ke rumahnya di TSP. ok finee. aku ikut je. hehe. sesampai di hadapan rumah nasyita kamal. mulalah jejak kasih bermula, macam dah lama tak jumpa je kan lagaknya. haha

betapa bertuahnya aku dengan zana sebab dekat rumah nasyita. ada makanan! roti jala! macam tahu-tahu je aku dengan zana memang nak makan. hehehehehhe

lepas lepak-lepak sembang-sembang adelah dalam 1 jam kat rumah nasyita. last-last sampai rumah dah maghrib.

NI ADE SELTKAN FUTO$ :)














k lah mimi FULLSTOP

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!