lama rasa tak meng-up-date belok tercinta ni. bukan apa lately banyak sangat benda kena buat (tengok tv+masak+jalan-jalan-tak-hengat-umah). alasan! haha.
ouh sape tengok Bola Sepak ahad lepas? ouh gembira sangat Malaysia dapat score 3-0 vs Indo haritu :) ingat senang ke nak sepak terajang masok gol 3 bijik ni? HAHA. kesian Markus (GK Indo) sebab kena lazer tapi AAK? HAHA
esok 29/12. 2nd game pulak untuk Malaysia beraksi menentang Indo di Indo untuk tentukan siapa pemenang Piala Sizuki tu (betol ke piala ni? HAHA). Ohoiii. jangan lah hangpa dok kalut main macam 1st half kat Malaysia haritu. ribut ribut! dan kepada penyokong Indo di stadium tu nanti-balinglah mecun kat tengah padang please? sebab nanti game berhenti & Malaysia akan menang? HAHA
ok enough mimi!
^_^
seperti yang kita semua sedia maklum, keputusan PMR kan keluar masa 23/12 haritu, nak dijadikan cerita adekCANTEK aku mengambil PMR ye tahun ni. tapi dia extream sikit sebab adek-badek aku semua amik 8 subjek sahaja untuk PMR, dia sorang sesat amik 9. HAHA, yang lebih tu Bahasa Arab. beruntung dia ni sebenarnya sebab kali pertama menjejakkan kaki kat sekolah menengah, kebetulan kelas aliran agama diperkenalkan. jadi selepas kena ceramah khas, ramai lah student Form1 tika itu yang bepusu-pusu nak masuk kelas aliran agama ni termasuk lah adek aku,
masuk Form 2, adek aku cerita ramai jugak lah yang keluar daripada kelas aliran agama sebab tak boleh bawa m/pelajaran Bahasa Arab, family aku pun tak halang adek aku ni nak amek Bahasa Arab masa PMR sebab tengok result dia okay je. abah aku pernah cakap kat adek masa dia nak daftar subjek PMR
'asalkan adek boleh bawak, abah tak kesah, ikut adek lah nak amik ke tak subjek tu.
nak dijadikan cerita dia amek jugak subjek yang aku rasa susah woi! aku tengok adek aku belajar pun aku yang pening. kalah belajar BIOLOGY! sebab banyak sangat cabang-cabang dia yang kau kena tahu & HAFAL okay?
dan bila result keluar haritu, semangat aku ni pergi sekolah (ehem! sebenarnya pergi pulang buku teks saja menyemak! HAHA). duduk dekat kantin sekolah tersayang-tu-kot-kan, aku pulak yang berdebar-debar.
lepas je umum adek aku dapat straight A's aku pun terus berlari-lari anak ke arah adekku. lalu memeluk lalu menangis teresak-esak sambil mengucapkan tahniah yang tak terhingga. aku lap air mata aku yang menderas je jatuh tu, herm..
aku TIPU. haha, sebenarnya aku terus bla! kuajo punya kakak, bukan nak pergi cakap tahniah ke ape kan? HAHA. aku bukan apa malas nak tacing-tacing dengan adek aku dekat kantin sekolah tu. malulah nanti masuk majalah sekolah muka tak GLAM! :P
sebagai ganjaran, abah hadiahkan adek Sony Walkman MP4 yang latest rasanya ni. HOHO. baguslah takdelah kau asek berkepit dengah fun je 24-hours kan? HAHA
ADEK! Congrats! 9A! bagus bagus, teruskan kecemerlangan-mu! :) |
note:CONGRATS jugak dekat YAYA (8A) & HADI (5A) :)
k lah mimi FULLSTOP
mode: teringat dulu masa aku dapat 8A, abah hadiahkan aku hp Sony Ericsson W910i. nak dijadikan cerita adek pempuan aku ni merajuk sebab aku dapat fun baru lalu abah terus beli 2 lagi hp yang SEBIJIK untuk adekCANTEk dan adekHANDSOME. lawak sangat ingat masa tu. HAHA. hadiahku hadiahmu jua :P
No comments:
Post a Comment