Sunday, December 19, 2010

it comes naturally

salam semua. salam 1 malaysia :)
ohh semalam terlebih dos excited bila

1)dapat tahu team bola sepak negara terchenta, Malaysia dapat masuk final. ohohoho. walaupun semalam 0-0 lawan vietnam, its okay. sebab masa first game Malaysia dapat kalahkan Vietnam 5-0 kot? haha (ketawa sinis). aku gila suka penjaga gol Malaysia yang beraksi malam semalam, sangat cekap. awww!

2)semalam aku dapat pinjam novel impiana 3&finale daripada pika laling. baru je ngumpat dia kat entry before ni kan? haha. tak ngumpat pun laling. I tipu. mekasih pika laling. eh eh, lepas tu daripada dapat novel tu masa azan Isyak berkumandang, lepas solat Isyak aku terus bukak, baca kedua-dua novel tersebut dah habis baca pada pukul 4.29 pagi. haha. dasyat kan? masuk ni dah 2 kali aku tidur pukul 4++ pagi sebab baca novel. ish ish ish.

^_^

harini aku nak memperkatakan tentang cinta? wah! hebat sangat ake aku nak cerita pasal cinta-cinta ni?pernah dengar tak kata-kata punjangga Robert A. Heinlein yang menyatakan

“Love is that condition in which the happiness of another person is essential to your own.”

wah? kenapa pulak aku memasukkan kata-kata beliau ni. then aku akan jawab.. like always

suka hati aku lah :)

lately, aku dapat tahu dan dah banyak sangat dengar cerita girls baya aku (oh cinta monyet juga dikira cinta kan? hehe) or yang dah berumur 20-an yang putus cinta. cinta bertahun-tahun bagai nak rak. gayut malam-malam kalau kat dahan tu aku rasa dah boleh patah dah dahannya. ada pulak yang kemaruk sangat bercinta sampai tak dapat bezakan yang mana baik dan buruk. ada pula yang sangguh menyerahkan mahkotanya untuk lambang cinta suci mereka.

memang benar kata-kata ini iaitu

"There is only one happiness in life, to love and be loved."


tapi tak ke kalau cinta yang melampau dan terlampau ni boleh menjadi barah di kemudian hari? orang selalu kaitkan cinta itu buta. ye benar.. cinta itu buta. tapi orang yang bercinta itu jangan lah ikut buta sama. cinta juga kena pakai otak. jangan sampai kita yang menjadi hamba cinta. ada paham? kalau rasa si dia memang dah tak berguna, tak boleh pakai, buruk pulak tingkah laku nye, yang partner tu tak geti-geti ke nak buat apa yang patut? buat apa? haiyaa, putus saja maa. memanglah susah nak putus dengan seseorang yang kita cinta/sayang tapi takkan kita nak hidup kita merana selama-lamanya? haiyaaa!

lagi satu ni, aku pantang sangat dengan si perempuan yang dah tahu si lelaki tu tak jujur , tak ikhlas tapi masih lagi nak terhegeh-hegeh mengharap tertiarap pada si lelaki tu. oh please! kau jangan lah cakap kau cinta dia. takpe takpe je kalau dia tak cinta kau pun. pengorbanan cinta katanya. ouh! tolong lah. tu bukan cinta ya mak cik! daripada kau buang masa melayan orang yang tak sepatutnya tu, lebih baik kau buat benda yang berfaedah. at least bolehlah kau bebaskan minda kau orang tu daripada si dia yang tak membawa apa-apa keuntungan pun.

ouh aku tahu aku hanya budak belasan tahun yang tak layak lagi berbincang pasal topik geli geli ni, oleh itu aku akan sambung kembali topik ini selepas aku menjadi budak 20-an. haha. boleh tak macam tu?

gila tak boleh? haishh :p


sebenarnya, aku cuma tak puas hati dengan lelaki yang hanya mengambil kesempatan dekat perempuan. oh bagaimana pula bagi perempuan yang mengambil kesempatan dekat laki-laki (gulp! telan air liur jap). no comment. haha
 
tapi aku jugak masih bingung untuk membicarakan cinta,
 
aku bingung macam mana si dia (*_*) senang-senang je membicarakan cinta dekat aku yang comel ni. aku mengaku aku pernah menyukai si dia, tapi sudah ku bilang pernah dan bukan maseh ye? dan lagi satu semua itu pula hanyalah pada waktu dulu. ye, waktu zaman budak-budak nak naik.. ala senang kata sewaktu zaman jahiliah aku dulu. dan sekarang senang-senang dia muncul semula dalam kotak minda aku yang jugak comel ni dan cuba pulak tu meracuni fikiran aku yang baru sahaja hendak kembali suci ni daripada perkara-perkara itu. ouh otakku! kau bersabar ye?
 
senang sangat untuk dia melafazkan kata geli-geli tu dekat aku. tolonglah, aku sedikit pun tak ada perasan dekat si dia. sungguh, aku tak tipu! sekarang aku  fikir apa nak buat lepas SPM & dapat result ni. aku nak sambung belajar dekat mana, subjek apa. itu lebih mustahak bagi aku sekarang, daripada melayani karenah si dia tu. so untuk si dia, lupakan angan-angan mu yea, kerana aku sekarang bukan lagi aku yang dulu.... yang senang sangat nak cair kat mana-mana laki-laki kecuali hongki :) dan aku jugak bukanlah bodoh bak tajuk filem yang tengah ditayangkan laa ni
"aku tak bodoh"
 
haa. kena sangat dengan situasi sekarang ni kan? haha. once aku dah cakap aku tak suka, selamanya aku cakap aku tak suka. macam kes cikgu menangis tuu. betul tak tipu okay. dan untuk si dia, aku nak kita berstatus kawan sahaja boleh? aku bukan apa, aku selesa kawan je dengan kau sekarang ni. lagipun kita masih kecik lagi lah nak cerita pasal benda geli-geli tu. hehe. friends forever ek :)
 
ouh mesti korang pelik apa benda geli-geli tu kan?
 
yang bijak mesti sudah dapat mengagak apa dia,
 
ianya cinta lah cek oi! hee :)
 
oh yea, jangan cakap kau cintakan aku sedangkan kau sendiri tak tahu apa makna cinta?
 
cinta tak boleh dipaksa, let it comes naturally :)
 
k lah mimi FULLSTOP
 
mood : teringat lagu misha omar, bunga-bunga cinta.. gila minat lagu tu dulu. hehehe :)

"cintailah Dia Yang Maha Berkuasa :)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!