Tuesday, December 14, 2010

4.sekolah&makan2

salam semua. salam 1 Malaysia.

^_^

wahh. penat sangat harini. mana taknya celik saja mata terus berangkat ke sekolah. tugasan menagihkan majalah2 Bakti dekat budak-budak form 5 perlu aku lakukan. wah ayat novel ni. hehe. nasib baik ada kawan-kawan yang datang menolong. terima kasih dekat sharifah sakinah, faiz azizi, khaidir yang sanggup meneman aku kat sekolah dari pagi sampai petang. tak lupa jugak dekat ekin, kesian kau demam-demam pun kena ikut jugak. heheh. sayang korang okay! thanks :)

lepas ke sekolah, kami (kecuali faiz azizi) pun bergerak ke Jusco. nak tunggu bas macam lambat disebabkan ada yang menanti di Jusco sejak pukul 12 tgh hari, sorry. aku tak tahu pulak :( bila ada teksi, terus jelah naik kan, nasib driver bawak pecut. cepat je sampai. kira berbaloi lah RM5 kan. heheh

sampai-sampai kami memang lah dah tersangat lapar, mana taknya masing-masing tak sarapan sampai jusco dah pukul 2 lebih. lepas jumpa mereka yang dah tertunggu-tunggu dekat Jusco ( nabihah, izzura, shida) kami makan dekat warung ABC tersedap dekat Taman Universiti ni. ceh ceh. pastu aku lupa dah nama dia. boleh tak?  haha. ha! nama dia Green Jade kot ;p

jauh perjalanan luas permandangan, tapi peribahasa ni tak boleh guna.. sebab berbekas tapak kaki aku cop selipo purple bintik2 aku jalan jalan hari ni. merah noks kaki aku! melecet. haha. tak nak pakai selipo tu lagi. wekk! haha.

sampai Jusco pergi MPH. macam biasa beli novel. rasa macam dah RM60 habis dekat novel je sejak habis SPM. haha. bayangkan lagi berapa banyak masa aku sebelum sambung belajar. lagi berapa banyak duit spent dekat novel je? haha. neng2!

dan seperti biasa kalau dah dekat Jusco, mana boleh tak singgah coolblog. teruja ni nabiha bayarkan. ngee. thanks biha :)

masa nak balik Sakinah bocor rahsia biha yang terjatuh dalam bas. aduy. serious, lawak noks! haha. tapi kesian biha, mesti dia menanggung malu yang sangat besar sebab satu bas ketawakan dia masa dia jatuh. cian biha. huhu

aku selitkan photo yer.


dari kiri : shida, sakinah, khaidir(x nampak), nabihah, izzura, ekin

entah apa lah yang diborakkan nabihah&izzura. lupa! haha

kinaaa maintain je ni :p

nabihah rebutan jejaka melayu! wuhahah!

bersungguh kan cerita? haha

Ohoiiiiii, kami memang dah bersama sejak sekolah rendah lagi, SKTU3 :)

ada orang jual buku, bihah sangat baik melayan dia kan:)

kinaa gila lapar time ni, and macam tawu tawu dia lapo cepat pula makanan dia sampai. ahah!

minuman yang telah diberi nafas baru oleh khaidir
dari kiri:
air lopak?, air lumut?, air tanah merah?
(milo, limau, teh)
ahahha

wewitttt, makanan yang sampai agak lambat, kesian izzura dah kebuloq tunggu. ahah:)



Oh yea! tadi jugak baru selesai mengemas buku2 dan kertas2 hasil daripada pembelajaranku di Tingkatan 5. ternyata tak sikit! haha.  yes! yes! sekarang rak buku aku dah kosong (walaupun tak kosong sangat pun) dan nampak sedikit lapang, aku gembira ni. Sebab apa gembira? suka hati lah! haha :)


finee.. satu bakol ni ialah kertas sahaja oke :)

ahhhhhhhaaaiii, comel kan pangbob kita:)

note: nampak sudu garfu tu x? itu kepunyaan kantin SMKTUN, tak ada niat nak curi tapi terbawak balik. okay I promise nanti pulang balik :)

aku jugak ketika ini baru selasai membaca novel karya Aisya Sofea yang baru dibeli tadi. haha! betapa rakusnya aku membaca novel Melayu. kalau novel English mampus seminggu pun belum tentu habis :P

k lah mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

2 comments:

sakinaALB :)) said...

omg! kau pencuri sudu. kakkaakkaka. ok next time bolehh makan lagi.

aku paling suka gambar kita 4 orang. pelajar sktu3 aww aww

NAK BUATTTT REUNNIOON!

mimi said...

eeeeeeeee. jum buat nanti.. eeee.... rindu nak jumpa semua balik :(

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!