Sunday, January 30, 2011

nahas!

salam semua. peace no war!

^_^

tepat jam 5 petang semalam, satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebatang pokok dan jalan raya depan rumahku telah berlaku disebabkan angin kencang dan hujan lebat yang menjalankan perang gerila di kawasan perumahan ku. ekoran itu, sebatang pokok telah tumbang dan lebih mengejutkan kerana benar-benar menghalang lalulintas jalan raya yang menjadi mangsa tersebut. laporan seterusnya ikuti laporan ramlah ahmad di tv ko! HAHA.

apa kah? apa yang aku merepek? bosan der. kau tak bosan kah? bosan ni. tapi memang betul tang pokok tumbang tu. gempak tak gempak kan aku dekat dalam rumah bila tahu pokok tumbang depan rumah. hoho. akak-akak cam aku ni memang kecoh sikit. :)

cerita banyak tak guna, meh kasi tengok gambar :

tengok! aku cakap... blocking jalan tau. lagi bahaya masa malam. aku nak keluarkan kereta pun rasa tak selamat. aigoo
k lah mimi FULLSTOP
mode: nak tengok khurafat lagi. bui bui
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, January 29, 2011

ape kah?

salam semua. senyum comel-comel sikit :)

^_^

kali ni aku tertarik nak balas balik comment satu makhluk tuhan ni, walaupun bukan comment di belog aku, aku tetap nak balas comment dia. boleh? argh! boleh jelah! HAHA! dia comment :

''aku lebih gemar dengan perempuan memakai baju kurung. tudung atau tak. baju kurung lambang kesopanan. kan?

ape seh. sopan memang sopan. habis kalau dah tak pakai tudung namanya sopan lagi ke? dia nak tanggung ke dosa perempuan tu? hape lah..  

der..lain kali nak cakap pikir dulu lah. kira okay kot nak pakai tudung? lantak lah nak bereben ke berclip segala bagai ke tapi tang berbonggol-bonggol aku pun rimas! HAHA


k lah mimi FULLSTOP
mode : nak beli reben comel banyak-banyak lah! hehe

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

masuk contest lagi :)

salam semua. senyum sikit meh :D

^_^

apa lagi ni? contest der. aku nak masuk lagi. saje nak mengisi kekosongan jiwa raga ohh, tak tak! saje je nak masuk. ingat senang nak masuk contest segala bagai ni? erk! wey, masuk jelah. jangan banyak bunyik dah.

ape lagi contest?

ini dia contest aku & straw unik tak unik lah kan wa cakap lu der. mana ada lagi orang buat straw segala. hoho. jadi dengan sebab tu aku masuk yer.

ohh yer! sape berkenan klik SINI LAH NAK PI MANA TUUU OI ..
pastu follow pastu masuk ler. senang kan? kan lah! HEHE
tamat tempoh nya 31 JAN 2011
oh yea, besday empunya contest jugak tu, hehe
happy birthday :)

dia ada 2 kategori

(1) KATEGORI INDIVIDU
syarat kata asal ada straw, so ape aku kesah. masuk jelah yang ni. HEHEH

(2) KATEGORI EDIT PUNYE
yang ni kene lebih daripada se-gambar. jadi aku tarok 3 terus. gelojoh tak gelojoh kan? erk! HAHA
apa lagi, mari ramai-ramai join contest ni. cepat-cepat sementara tak expired lagi ni. cepat!!!

k lah mimi FULLSTOP
mood: tengok gambar mcD kat atas terus nak call 1300131300, 
hello mcD? one large set fillet-o-fish please? thank you! HAHA

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

GA CUTE2 COLLECTION

salam semua. senyum sokmo :D

^_^

tiba-tiba nak berjinak-jinak dalam giveaway ni pulak. kau dah kenapa mimi ooi! haha. bukan apa sebab tertarik sungguh dengan ke-cute-an, ke-comel-an, ke-cun-an collection-collection tersebut yer. sape tak geram! aku geram ni. aku geram ni, HAHA.


okay sape nak cuba tekan SINI YEK

expired date dia sempena birthday cek empunya giveaway : 31 JAN 2011                                                                               


"HAPPY BIRTHDAY :)            


k lah mimi FULLSTOP
mood: tiba-tiba aku jadi gurly sangat. eh eh! ape kes? HAHA    

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, January 27, 2011

hadiah dah sampai korang :)

 

salam semua. Senyum comel-comel sikit :)

^_^

ape yang tak sangka? haa. itu adalah kerana bagai pelik bin ajaib bila tiba-tiba aku boleh menang peace contest yang aku masuk masa 30/12/2010 dulu by ezan idma. kalau ta engat yang mana boleh lah KLIK SINI

 








yang paling aku tak sangka sebab aku termenang tanpa category sebab aku menang tang peace pilihan hati kak ezan idma sendiri. teruje sebentar bersama coki-coki tu!

thanks akak! :D


thanks sesangat dekat kak EZAN IDMA yang buat contest ni, sebab kalau dia tak buat contest ni macam mana kita semua boleh masuk kan?HEHE. thanks jugak untuk hadiah tuuu, macam tatau saya suka makan coki-coki. hehe. thnks untuk cadar tu jugak! nicee


hadiah ni dapat petang tadi. tekejut betul bila tiba-tiba abg poslaju hon dekat depan umah aku macam nak roboh umah aku dibuatnya. aigoo! hehe
 apa-apapun thanks jugak dekat NASYITA SAYANG sebab dia yang tag aku untuk join contest ni dan jugak yang bagitahu aku menang pagi (18/01/2011) masa ni dia duk lepak dekat rumah aku. sumpah aku cakap aku ingat pemenang contest ni akan diberitahu 27/01/11 ni, tapi dah tesilap pulak. sebab tu terlambat tahu. lagipun memang tersangatlah tak sangka boleh menang kan. masa mula-mula nas bagitau pon ingat dia main-main je, sebab kitorang memang suka begurau-senda-gila-berok-makyeh. tapi mungkin juga rezeki kot, so


Alhamdulillah :)


K lah mimi FULLSTOP
mood: mari tengok cerita mistik! WOAHHH -.-

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

one of my precious thing

salam semua. senyum lebar-lebar cikit pls :)

^_^
one of my precious thing in my life : 
them, 
my weng-weng crew

"... no man is useless
while he has a friend."
- Robert Louis Stevenson




Your friends are very precious things

Your friend is the man who knows all about you, and still likes you.

"Keep your friendships in repair."


"Love is only charter, friends are all that matter"
Most people walk in and out of you life. But only friends leave footprints in your heart! XOs
"What is a friend? A single soul in two bodies."
- Aristotle


note : I just LOVE all of you, no matter what happen :)

k lah mimi FULLSTOP
mood : suka gaya timur lahh :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Sunday, January 23, 2011

bencinye

salam semua. jangan senyum. serius sikit ek kali ni

-_-

hanya ingin meluahkan isi hati, 

aku sangat lah benci dengan manusia yang tak geti nak tanya soalan dekat aku baik-baik lepas tu bila dah tak dapat jawapan yang dia nak terus buat memek muka bodoh gila gedik dengan mulut suara perli. eee, kau tak rasa menyampah dekat orang macam tu huh? apa dia ingat aku ni serba serbi tau ke pasal semua benda. sikit-sikit nak tanya. leceh lah hidup. memang lah kalau tak tanya sesat jalan, tapi tak boleh agaknya tanya elok-elok. pastu kalau dah aku tak tau apa yang dia tanya, tak geti agaknya nak cakapbaik-baik. sikit-sikit tarik muka. orang macam ni memang tak boleh guna. tak boleh pakai okay! cuba lah cakap lah takpe ke, pastu pergilah tanya orang lain kan sedap sikit hati ni. lepas tu kalau tanya, aku jawab betul bukan nak berterima kasih. tu pun masih tak puas hati. WTF!



note : kalau nak perli pon pls lah tengok cerita oh yeah dulu. belajar step-step sindir-menyidir dorang tu. HAHA. 

errrr!! geram seyh!!!!!!


k lah mimi FULLSTOP
mood : naseb kau baik harini badol !
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

maseh ingat lagi tak?

salam semua. salam satu Malaysia. senyum cikit :)

^_^

ape yang maseh ingat.. oh tadelah cuma korang ingat lagi tak masa Fara Fauzana Kawin olok-olok ngan Ally Iskandar tu? fuhh! masa tu aku ingat lagi betapa kecohnya orang-orang di Malaysia ni, semua kecoh dok nak tengok live dekat 8tv persandingan dorang. nasib baik masa tu aku sekolah petang. kalau aku sekolah pagi.. ade jugak aku ponteng! HAHA. boleh?

aku bukan apa. excited terlebih pulak masa tu, ntah kenapa pon tak tau. maybe sebab aku suka fafau and ally. so... kalau depa kawin betol-betol pon, gembira aku nyah! tapi orang cakap ally ni suka dekat Fasha, haha. aku pun tak tau. tapi yang semestinya depa dua-dua tak menikah lagi. ape kes? cepat lah kawen. ta sabo aku nak tengok maseng-maseng kawen. mesti cam kecoh jugak nanti. *ntah kenapa terlebih dos excited!

yang tak penah tengok langsung persandingan olok-olok depa ni. tengoklah video kat bawah ni.. aku copek dari youtube. thnks uTube :)



k lah mimi FULLSTOP
mood : baru terima satu berita yang agak mengejutkan jiwa aku ni drpd si dia.
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, January 21, 2011

our birthday prank! THANKS W2C!

salam semua. senyum cikit pls :)

^_^

semalam 20/1/2011 kan? jadi, semalam jugak lah aku ngan gurls aku + bro rashid keluar pergi cinema tgv tebrau. tujuan dan misi hanya satu iaitu nak tengok filem khurafat *at first!

okay lah ceritanya! plot ngan scene dia pon menarik.. cuma aku tak suka tang hantu kuar muka dia muka buruk tapi tak real sangat lah bang! err? ek? ntah. sebab aku rasa masa aku tengok cerita tu, bila mana hantu yang mekap2 tu kuar, aku tadelah bernafsu menjerit memekik sangat, sebab yang aku lagi seram tang bila dia bawak mayat , kat bilik mayat, muka sabrina ali tu sendiri . aku rasa tu lagi seram dari muka hantu mekap tu. sebab sejak balik rumah yang aku duk terbayang muka sabrina ali yang menjayakan watak sbg anna! ape kes? grrrr! tapi papapun syiokk lah cerita nya. unexpected kot! ngee :)

photosut 1 - parking lot JJ TEBRAU

photosut 2 - parking lot JJ TEBRAU


berbalik kepada cerita asal, okay sebenarnya birthday aku 24/1 tapi nak dijadikan cerita.. member aku yang lagi sorang ni, syazana adilah pulak birthday nye 14/1..

hari-hari kelahirang kami the weng-weng crew :)





masa balik dari tebrau, tiba-tiba bro dapat phone call (sebenarnya afiqah kat sebelah je yang kol) cakap member dia (zul) tekandas dekat Danga Bay, kereta rosak katanya. dalam otakku, sebenarnya wahai korang, time aku senyap tu aku tengah berfikir, err, so termengelamun pulak terfikir lagi benda-benda lain. HEHE. kesian korang ingat aku dah tau. HAHA. bagus jugak aku senyap-senyap ni. tapi sebenarnya serious aku memang tak tau. aku ikutkan jelah sebab orang tengah susah kan nak kena tolong.

sebelum tu, si afiqah ni cakap yang tekak dia kering lepas makan eskim masa dekat tebrau, so nak cari air, aku suh depa benti kat singgah selalu je sebab situ ade air, so then boleh bungkus air dan minum. ye dak? walau mula dah bersetuju laju sahaja ye kereta itu bergerak menuju ke danga bay. dalam masa yang sama si afiqah ni suh kitorang (aku, syazana & nasyita) carikan air dekat Festive street mall yang sebenarnya DAH TUTUP BOLEH TAK? sakit kaki menapak hanya tuhan yang tahu.

banyak lagi nak bercerita sepanjang nak pergi balik dekat tempat kununya kereta rosak terletak, banyak sangat benda yang berlaku. sempat jugak berpotosut. HAHA. lepas tu ada adegan lari-lari sambil jerit! bau busuk! err.. kuajo bau busuk! HAHA

lepas dah sampai lokasi kunun kereta rosak yang tetiba magic dah takde tu, terus nasyita, afiqah and bro nyanyi lagu birthday dekat aku ngan syazana. ape lagi. niat asal nak marah pika terus hilang plus terus terduduk dekat atas jalan jugak. penat boleh? HAHA

memang kami terkena! ceshhh! HAHA:)


apa-apa pun tipu helah korang memang menjadi. lakonan yang mantap ye! tapi tak puas hati macam mana aku tak terhidu langsung rancangan korang ni sebabnya selalu macam boleh agak. maybe sebab korang buat masa belum sambut birthday aku lagi kot. HEHE. syabas derr

apa-apa pun thanks hadiah yang korang bagi, nas dengan shawl nye and afiqah punya aku tak bukak lagi. tunggu 24/01 la kan? hehe.

dan jutaan terima kasih jugak dekat korang untuk memory malam semalam yang takkan aku lupa sampai bila-bila.. PENAT TAU!

k lah mimi FULLSTOP
mood: khatijah tan in the blog

"Ku gembira disampingmu
Tiap waktu disayangi
Kudibelai dan dimanja
Dengan kasih mu yang murni"

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, January 19, 2011

mne nak carik karaoke bilik sejuk harga RM9.90 sejam?

salam semua. senyum cikit lahh. :)

^_^

PUSAT HIBURAN KARAOKE MY IDOL
terletak di 43 & 43A Jln Kebudayaan 2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor 

okay, kalau tak nampak jugak tak tau lah kan. serious aku pun tekezutt GILA bila tengok bil harga masa aku & sayang-ku-weng-weng-crew berkaraoke di sini sejam hanya rm9.90 temasuk service charge. berbaloi sangat kot! lagi-lagi untuk budak-budak macam haku yang ta bekeje ni kan? HAHA

bilik pon selese je. takdelah old school sangat! and the best part ialah my idol ni dia berkonsepkan cafe tau. nak lepak-ing sambil makan-ing pon boleh sebab dia ade sediakan kerusi&meja lah opkoz untuk kita sebagai customer depa yang comel-comel ni. 

seee! murah kan?
oh yea! member aku tu berdiri atas kerusi,
TIDAK DIBENARKAN YE!
tapi, walau ditegur cam biasa pedulik haper!
HAHA :D


kita pun boleh tambah lagi beberapa jam kalau dah tak puas nak meraung memkik terlolong walau dah cakap nak sewa bilik untuk sejam je sebab dia nya proses bayo-membayo sewanya tu dibuat selepas kita selesai melalak tak hengat!

yang penting memang best lah! dan boleh henjoy gila-gila! lagu-lagu yang disediakan pon banyak je! lagu korea ade pon! boleh? HAHA. mic dia pon sedap je bila guna! alaa. suke lah suka!! HAHA

k lah mimi FULLSTOP
mood: tengah menghayati watak iqbal dalam novel dewa cintaku. ape kes! HAHA

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

lagi contest :)

salam semua, senyum cikit! ahah! comel pun :)

^_^
tapi sorilah hari ni kita taknak comel comel. kita kena cool! okay semua sila buat gaya cool! cool lah selagi boleh secool coolblog! tibe-tibe lagi sekali aku nak torai masuk contest. kiranya contest kedua lah yang aku nak masuk.

ape kes contest?

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Jadiknya kalau korang semua rasa berminat nak join contest ni dengan bangganya click saja nama pemilik contest di atas ni yop!

mood klate :
ambo buke gapo, sajo jah nak masuuk contest ni.
suko-suko jah.
kalu demo nak masuuk mari la.
pakat gomo.
koho ramai koho sedak!
ambo tampey pic ambo bawah ni!
*tadaa!


gambar yang dipertaruhkan *erkkk, bunyik macam nak masuk AJL. ape kes! HAHA
 disebabkan pemilik contest ni suruh buat wish kalau menang nak apa, jadi aku nak cakap :

"kalau saya menang, saya nak shawls :D

ok. aku nak tag


K lah mimi FULLSTOP

mood: tak saba aku nak tengok citer khurafat esok! sukenye sukenye terujeee nak tido rumah nas jugak! HAHA. yehaaaaa!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Sunday, January 16, 2011

kecoh seh kau!

salam semua.. senyum cikit :)

^_^

sebenarnya tiada apa yang kecohnya.. takde kene mengena pun dengan entry kali ni, cuma hari tu ade orang mail aku tanya macam-macam pasal aku plus status plus bla bla. aku ni bukan cantik mana pun orang nak suka tapi COMEL tu tak boleh nak cakap apa lah kan kan? kan lah!

jadi untuk menjawab serangan gerila soalan daripada encik unknown tu, dengan ini secara rasminya aku nak habak mai lah

"Im single but not available

k lah mimi FULLSTOP

mood :




no comment but im happy :)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, January 14, 2011

HAPPY BIRTHDAY,SYAZANA ADILAH!

Salam semua. senyum cikit :)

^_^

aku buat khas tuk ko sayang :)
harini yang macam aku tulis kat title lah kan, birthday syazana-adilah-sayang-ku, tepat pukul 12 tgh malam semalam aku wish dia. penat aku tunggu sampai jam betul2 tunjuk pukul 12 tawu! hishh, terima kasih cepat kat aku! HAHA

syazana ni 10 hari lebih tua daripada aku, aku ulang ea, 10 hari jeee! aku akan menyusul lah lepas ni ikut dia. takpe zana, at least kau tak tua sorang-sorang kan? aku ade kan? aku teman eh? HAHA

disebabkan jarak yang tak banyak tu lah aku ngan dia ni kadang-kadang macam sama je story2 kami. tu tak termasuk tahap kecomelan. sama okey! jangan tidakkan kebenaran. tiada yang benar selain yang benar belaka! dan disebabkan 10 hari tu jugak selalu kalau celebrate birthday mesti sama-sama. orang kata save budget! aku ta pedulik pon yang penting hadiah asing-asing ea korang! HAHA

untuk syazana-darling,

moga tahun ni lebih bermakna untuk ko. harap keputusan SPM ko success! pastu kita dapat masuk U sama-sama. AMIN. jangan sedih-sedih selalu, jangan pandang belakang dah.. ko tengok depan je. fikir masa depan ko. tentang dia, ehem! ko tak payah lah pikir sangat. andai kata ko ade jodoh dengan dia adalah kan? kalau takde nak buat macam mana? mungkin ada orang yang lagi pantas plus cocok plus comel kiut miut lote segala buatmu ye syg :) akhir kata, semoga ALLAH SWT berkati & rahmati hidupmu. AMIN


kita BFF okay? smile! sayang sikit meh
xoxo

k lah mimi FULLSTOP

mood : nak kek zana! HEHE

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, January 13, 2011

HappyBirthday, Abah!

salam semua. Salam 1 Malaysia :)

^_^

dalam entry semalam ade aku cakap kan birthday abah-ku, jadi malam semalam kami sekeluarga pergi lah keluar makan-makan. macam biasa birthday mesti kena makan-makan, hehe. jadi rancangan asalnya nak pergi makan dekat taman perling, tapi disebabkan alasan tertentu *takde kek jadi kami pon pergi makan-makan dekat Secret Recipe, Jusco saja. pon menjimatkan masa . hehehe

sesampai di sana, aku tau akan ada classmate aku kerja sana. rabiatul adawiyah, tu dia nama kau, HAHA. sebenarnya dekat jusco tu pon ramai je budak-budak sekolah aku yang apply kerja situ. tempat terdekat kan. hehe

berbalik kpada cerita asal ye anak-anak, oleh itu sesampai di meja kami, apologi lepas order kita buat kerja kita lah. snap sana snap sini.

amek gamba mari.. hehe. comel je mama&abah! aku n adek pon comel jugak kot ;P

kek sampai dulu so makan kek dulu. lapo kan? ade marble cheese cake & indulgence. knpe ade coklet indulgence kat situ? Hal ini kerana aku tak makan cheese, semua family aku gila marble cheese tu tapi aku je terkecuali sebab bagi aku rasa dia tak sedap boleh tak? HUHU


kek sampai.. makan jangan tak makan! yehaaa :)
lepas dah kekenyangan makan cake, makanan yang kami pesan pon sampai. bila makanan dah sampai makan lah kan? lepas abah baca doa, kami pon makan dengan gembiranya! HEHE


nak cerita satu-satu makan apa macam malas so tengok sendiri lah kan? HEHE

lepas sudah, kami keluar pon terus jalan-jalan dulu dalam Jusco. aku beli towel pink. comel comel sikit. lepas tu pon terjumpa khaidir, ex-classmate darjah 6 aku. HAHA. boleh tak macam tu? padahal same je sekolah menengah pon. aku tanya lah penat tak kerja jusco, pastu dia cakap.. penat lah! HAHA. aku pon satu pergi tanya soalan kurang bijak kan? hehe. ramai je lagi yang aku jumpa, classmate aku si kecik, syazwanee & tan si young...kesian wanee dah lah kecik pastu masa pegang tangan dia.. SEJUK sangat! tak tipu punya.. cian kau kecik!

atul & khaidir - bekerjalah demi negara! HAHA
k lah mimi FULLSTOP

mode: rasa bahagia bila si dia dah tak sebok. cehh! apekah! HAHA
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

putus-melda ahmad



just nicee :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

takde benda

salam semua :)

^_^

diam tak diam dah nak dekat 2 bulan aku duduk rumah terperuk saja lepas dah habis sekolah ni. memang betul cakap cousin-ku-ter-cintak; balqis yang duduk dekat rumah sangat lah membosankan. tapi kalau pergi sekolah belajar pun malas jugak. asalnya nak bekerja tapi bila abah dah tak bagi takpelah, aku pun lagi suka sebenarnya. HAHA

antara aktiviti yang aku buat dekat rumah tak lain dan tak bukan lagi. ni top 10 lah yang mengungguli carta setakat ni,

1. tidur
2. baca novel
3. layan korea
4. tengok tv
5. surf internet
6. termenung
7. gayut dengan kawan
8. main game barbie
9. menyebuk dekat dapo
10.stalk orang, I LOIKE

herm, nampak kan. sangat lah tak adventure lagi bila hari-hari buat benda yang sama tak ke membosankan? bila aku dah bosan sangat-sangat tahap extravaganza punya biasanya aku terus kol weng2c ajak keluar. herm.. disebabkan baca novel jatuh ditangga ke-2 selepas tido jadi setiap kali ke MPH, mesti aku beli novel baru lagi dan beli lagi dan beli lagi. akibatnya sampai makcik casher MPH tu dah kenal aku, semalam aku pergi MPH lagi, lepastu makcik tu cakap kat aku

'dek, tak nak buat member ke? hari-hari beli dekat sini, dapat sikit discount dek.

hambek kau! HAHA. tapi aku tak buat pun sebab macam malas je. lagipun selalunya aku pergi beli dengan pika, dia ade MPH card so guna dia punya je dah lah kan? tak yah membazir-bazir jadah semua buat member *cett! ko beli baju kasut tak bazir?

termenung! woah! aktiviti paranormal yang paling best okayh! kadang2 dengan termenung kita boleh gelak sorang-sorang, monyok sorang-sorang. best bila dapat layan perasaan sorang-sorang. then, kalau orang dah cakap aku geli ke haper kan gelak sorang-sorang, lantak aku lah kan? HAHA. tapi selalunya aku berangan masa takdak orang lah, tak nak lah kene lebel aku ni GILA :P

hobi terbaru, main game barbie. tak pon girls game alaa yang pakai-pakai kan baju. decorate bilik tidur lah mandi lah dapo lah. mekap-mekap..best duyy.. macam kau tak penah buat kan? hehe. main game ni memang dapat menenagkan jiwa yang tengah kebosanan tahap cipanzee ye. cubalah, anda pasti suka!

stalk orang. uishh, best weh.. sampai ade sorang ni aku tak sangka perangai sebenar dia macam tu. HAHA. bila depan orang.. fuhh! macho tak hengat. bila dekat blog, jiwang karat meleleh-leleh haa. geli mat aku duyy :P

akhir kata, nak kuar ajak aku pls. bosan!

k lah mimi FULLSTOP

mood: harini hari jadi ABAH! HAPPY BITHDAY ABAH! SEMOGA ABAH SIHAT SELALU, DIBERKATI ALLAH SWT, MURAH REZEKI DAN TERCAPAI CITA-CITA ABAH NAK BELI BMW 5-SERIES SEBIJIK :D
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Monday, January 10, 2011

Teluk Rimba + Melaka

salam semua. salam 1 Malaysia :)

tak sabar nak tengok AJL kali ni sebab ada Shahir? HAHA

^_^

sangat seronok sampai tak terjilat jari dan kaki bila dapat bercuti bersama-sama kawan-kawan aku yang sangat cun+comel+devok gitu kan. lagi bertambah teruja ni bila kali ni syazana adilah sayang-ku ikut. i lep u lah darling! bukan apa selalunya dia ni susah sikit nak ikut kami bercuti atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan katanya. herm, naseb kali ni kau ikut kalau tak, i tak nak lep u lah. HEHE
kali ni kami bercuti ke kampung afiqah sayang-ku di teluk rimba. sebenarnya masuk kali ke-3 dah kami bercuti kat sana. hehe. saje je nak menyebuk dekat kampung dia sebab kampung dia ada sawah + dekat :)

Friday January 7, 2011
-seawal jam 8 pagi kami semua sudah mula bergerak menuju ke tol skudai. misi utama nak pergi Melaka Wonderland. risau sangat pagi tu sebab gerimis sepanjang perjalanan. dari rumah-ku-tercinta sampai lah tiba dekat Melaka pun masih gerimis lagi. berbekalkan lontong kering cap warung mak syazana kami singgah di R&R machap *fav place! :) sangat lah sejuk hari tu sebab hujan kot? HEHE. kami sampai di Melaka Wonderland tepat pukul 11 pagi. betul-betul tepat timing tempat ni nak bukak. tapi maksalahnya tak bukak-bukak sampai lah about 20 minutes lepas tu baru boleh beli ticket & masuk & enjoy! kali pertama tengok tempatnya,

'ala.. biasa-biasa je. takdelah besau sangat. kecit je kot? ape yang best

selepas 5 jam berendam + main game yang sangat best!

'woahhh! best GILA seyh. nak datang lagi. boleh ajak family semua pergi sini. yehaaa!

finee, aku manusia biasa. tak tetap pendirian. HAHA. lepas berendam macam hape tak sedar diri masuk kereta terus lentok tidur sampai lah kereta masuk kawasan kampung teluk rimba, tangkak.

kami sampai petang lah jugak, sesampai je kampung, kami terus berpotosut di bendang kepunyaan sape pon aku tak tau lah kan? HEHE. gambar-gambar nye pulak ada dalam camera Syazana jadi tak dapat nak di-Upload-kan ke sini.

okay bebeh. masa untuk makan. haaa. makan jelah kerja kau kan? HEHE. ada tom yam! aku pantang nampak tom yam ni. HEHE. lepas tu ada sardin pedas. gembira tek terkata syazana dapat makan sardin. dah lama dia ngidam kan nak makan sardin. HEHE.

dalam pukul 9 malam kami keluar ke Tanjung. bila ditanya tanjung apa nama penuh, pika kata tanjung banyak je nama dia. sampai aku pun tak hengat. maklumlah lama tak asah. HEHE. bolehlah tahan sejuk kan dekat tanjung! aku macam nak beku tapi macam tak jugak lah masa dekat sini. banyak orang main layang-layang. ada satu layang-layang ni dia lip lap lip lap. sangat cantik bila tenguk dekat awan sebab malam kan. dia punya layan-layang menyerlah habis lah kan. HEHE

Saturday January 8,2011

- anak dara bangun lambat. kenyataan yang tak dapat dipisahkan dengan kami. HAHA. ape kes bangun lambat? penat lah weh. penat makan malam sebelumnya. HAHA. adalah dalam pukul 10 baru bangun lepas tu dengan muka basi tak geti malu terus pergi dapur suap mulut makan lagi. kali ni nenek afiqah masak nasi lemak-sedap-gila-bangang! HAHA. sumpah memang sedap! dari dulu lagi kalau datang kampung teluk rimba kalau tak pekena nasi lemak nenek Mon tidah sah ye! tapi kami ni geti makan tak geti nak tolong. ANAK DARA kan. selekeh sangat perangai ape nak jadi ni? HAHA

dalam masa yang sama, bro&pak njang afiqah pergi menjala. mula nak ikut tapi bila dah bangun lambat nak ikut apa kan? jap lagi dorang sampai umah tengok ikan banyak sangat!!! rezeki kami lah kan makan ikan sungai yang digoreng rangup oleh nek mon. sangat sedap! meratah tak hengat dunia kan? HAHA

lepas makan tengah hari, lepas solat Zuhur kami semua+pak jang afiqah terus kena angkut pergi jalan-jalan alias shopping di Melaka. destinasi pertama, semestinya Jusco Melaka yang baru dibuka tu. sangat lah banyak barang-barang yang nak dibeli tapi tak dibeli sebab rasa macam membazir. banyak je kedai baju yang jual baju comel+cantik tapi tak beli sebab kunun nak kawal nafsu! HAHA. bla lah kau, tapi aku berjaya okay tak beli apa-apa dekat sini. yey!

destinasi ke-2, dataran pahlawan. ouh masa ni tujuan aku hanya satu, mana COOLBLOG weyh! dah ngidam sangat masa ni. tak tau kenapa kan. nasib laling-ku nasyita & syazana jumpa mana kedai nye kalau tak aku balik JB jugak beli dekat Jusco TMN U ni haa. HAHA. kesian afiqah-ku-sayang cari wedges-sedap tak jumpa-jumpa dari dekat Jusco lagi. kesian dia. dah jumpa yang berkenan mesti tak ada size. ape kes haa tokeh? ape daa!
sesampai ke destinasi seterusnya di Mahkota Parade, err betul tak? hehe. kami semua terus menuju ke Pizza Hut. Pak Jang pika belanja. HAHA. Tenkiu pak jang, lain kali boleh belanja lagi ek? HEHE. nas jatuh cinta dengan sorang pekerja Pizza tu, nama dia Ujang. sangat gembira+teruja sungguh nasyita masa ujang ni senyum kat dia masa nak keluar. tak leh tahan time ni. HEHE. lepas tu aku sangat menyirap jugak dengan servis dia. sangat lah lambat.

lama juga kami jalan-jalan dekat MP sebab suka-suki-kami-lah-kan! akhirnya aku tak dapat jugak kawal napsu kan. beli kasut beli baju. tapi pecaya tak aku beli tu hanya habis RM35 je? HAHA. aku beli kasut sama dengan nasyita. warna kasut tu purple+yellow! my FAV colours u olzs! gembira tak terkata lagi bila harga dia cuma RM10 sahaja! i LOIKE!

sebelum balik ke teluk rimba, sempat lagi kami singgah kedai makan dekat area mana aku lupa tapi yang penting nes ice dia sedap tak hengat kan? HEHE. aku makan roti tisu juga. makan lagi? HAHA

sesampai di rumah, ada sesi soal jawab pulak dah. tapi tak lama sebab ada yang penat kan so tidur. aku pulak buat ape? err.. baca novel. best nye novel tu aku lupa pulak tajuk nya. HEHE

Sunday January 9, 2011

-harini semua anak dara bangun lambat lagi tapi yang lawaknya awal-awal pagi bro datang katil kitorang kejut suruh bangun masak nasi goreng tapi sorang pun tak bangkit. haha. malas nak bangun sampai tujuan nak ikut menjala lagi sekali pon tak jadi. HEHE

selepas zuhur, siap-siap terus balik JB. masa perjalanan balik aku terbau jambu dekat dalam kereta, timbul lah rasa mengidam kan? tak habes-habes dengan ngidam kau? aiseh! jap lagi nampak kedai jual jambu terus turun beli lepas tu makan. sangat sedap! lepas kenyang semua tidur except bro lah kan. pika pulak aku tak tau yang penting bila aku bangun tidur dengar dia tengah nyanyi + dah sampai tol skudai. tak senonoh aku! HAHA



@ Melaka Wonderland :)
 *actually, banyak gambar yang diambil sepanjang percutian kami ni tapi tak sempat nak upload lagi atau dengar erti kata lain MALAS. hehe. next time i letak lah u. okayh.

k lah mimi FULLSTOP

mode: tahniah Ana Rafali juara AJL 25! apa-apa pun walaupun Shahir aku tak menang tapi dia dah menang dalam hati peminat dia. Go Shahir :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, January 5, 2011

berjaya kah?

salam semua. salam 1 malaysia :)

^^
harini aku telah membuat rekod baru iaitu memandu kereta waja mama ke Jusco. ape seh gelak kau? kira pencapaian ni..mungkin orang ingat kalau dah dapat lesen kereta tu, ellehhh.. takkan geti manual bawak auto takut kot? eh gila tak takot? walaupun orang kata kereta auto lagi senang tapi kalau dah tak pernah bawak rasa cuak jugak! aigoo.. dah lah kereta mama pulak tu. dah lah tade penampal P merah putih tu.dah la signal lampu kiri kanan dia lain daripada kereta wira yang selalu bawak.. er er. banyak sangat sebab pulak. HAHA

berkat sokongan padu mama & rakan-rakan akhirnya berjaya jugak aku dengan beraninya memandu kereta waja tu ke Jusco *perghh, macam hape pulak dah! HAHA

walaupun sampai tempat parking jusco huru-hara! HAHA. thanks zana kerana menyelamatkan keadaan. i lep u very the strong :)

k lah mimi FULLSTOP

mood: tak saba nak pergi bercuti dengan sayang-sayang-ku-weng-2-crew :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, January 4, 2011

baju kurung

salam semua. salam 1 Malaysia.

^_^

apesal entry kali ni mention pasal baju kurung? aha! bukan apa cuma baru-baru ini ada kes aku dan w2c keluar jalan-jalan berbaju kurung. OMG, rasa macam perempuan paling sopan sangat bila memakai baju kurung masa jalan-jalan.. sebab selalunya kalau keluar 4sure ramai yang lebih prefer jeans kan? but just nice bila keluar berbaju kurung. nampak sikit keaslian gadis melayu. ewah! feewit! HAHA


kalau rasa-rasa nak jadi+rasa percikan sinar ke-gadis-an ke-melayu-an rajen-rajenkan lah diri berbaju kurung.. i bet mesti rasa macam

'ahhhh.. indahnya.. damainya..

HAHA. okay sudah-sudah lah tu.. k lah mimi FULLSTOP

note : lega bila dapat khabar daripada dia :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Monday, January 3, 2011

sorry eh, kita kawan kan?

salam semua. salam satu Malaysia.

harini teruja sekejap apabila

1.pergi sekolah, hari pertama sekolah kan? HAHA. takdelah. pergi sekolah saja-saja teman nasyita kamal pulang buku PHYSICS ENCIK AZHAR + PUTERA GUNUNG TAHAN hak milik SPBT. lepas tu jumpa cikgu-cikgu, rasa excited terus mati bila sakit senDUDUT datang! haduyai.

2.pergi tenguk wayang harini dengan weng2crew tersayang+arep izwan. ape seh cerita damping malam tak lah se-best yang aku harapkan. cerita sangat simple and msg yg disampaikan pula hanyalah 'jangan panggil pendamping". DUSH!!

^_^

esok encik Aiman Hashim merangkap teman sewel sengalicious @ forever ever (macam yang awak nak pulak kan? HAHA) aku akan berangkat ke kem PLKN. HAHA. selamat lah anda ye. walaupun balik tempat kegemaran, "mersing" je. HAHA.

dear awak,

i tahu u taknak pergi sana sebab u kata membosankan, malas, baru nak amik lesen kereta tiba-tiba kena pergi sana. u nak buat part-time kumpul duit pun tak jadi sebab kena pergi sana. herm, apa nak buat kan..

u jangan risau walau tak rela i pasti u akan rela jugak nanti cause macam ape yang dah i cakap kat u, gurls semua memang cun habis kat sana so u takkan bosan kan? HAHA. macam i taktau u pantang nampak awek cun kan. HAHA. neng neng ko!

ha! u dah hafal belum lagu Khidmat Negara tu? HAHA. i bukan apa saja nak ingat kat u, jangan nanti bila diorang nyanyi lagu tu u bantai lagu lady gaga pulak. ngee :P

im sorry okay sebab u nak jumpa i tapi i tak sempat lah nak jumpa u, bila i kat jb u pergi holiday, u duduk dekat rumah akak u abang u but then bila u pulak kat jb, i pula pergi holiday kan? HEHE. kita memang sengal. nak jumpa tapi mesti tak dapat jumpa. takda jodoh kot? daripada u dekat SBP u balik cuti u nak jumpa, itupun asyik susah je nak jumpa. mesti busy je. busy ape pun tak tau lah kan? HAHA. aigoo~

picture taken - MAY 01, 2010

apa-apa pun mey harap man enjoy habis-habis kat sana okay?

ouh yea! selamat menghitamkan diri awak:)


k lah mimi FULLSTOP

note: "kami wira-wirawati negara.. bla bla :D
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

LAGU COMEL T_T

*Magic girl / 마법소녀*




Hilkkeum hilkkeum nal boneun neo nuni dara beorigesseo eotteokae, eotteokae

Bukkeu bukkeu bukkeureopge ttureo jyeora chyeoda bomyeon eotteokae, eotteokae

Naega geureokena yeppeuni eolma mankeum nareul joha hani

Haneure tteun byeol mankeum badaye sogeum mankeum kkwakchan neukkimin geoni



Nan molla, nan molla cheonbeon manbeon maraejwodo molla, molla

Saranginji mwonji geu shimjeongi michil deushi gungeumae

Soranae soranae naega gaseume bulnan deushi soranaejyeo

Chaegim jyeo chaegim jyeo nal chaegim jyeo nal ireoke mandeun neo



Mallang mallang nae ibsuri jelli gata maraeni na eotteokae, eotteokae

Salgeum salgeum daga omyeo kiseu haja jolla daemyeon eotteokae, eotteokae

Eojjeom ireoke ttak machuni naega mwol wonago bara neunji

Machi mabeop sagati yosureul burin deushi nal jwigo heundeu neun neo



Nan molla, nan molla cheonbeon manbeon maraejwodo molla, molla

Saranginji mwonji geu shimjeongi michil deushi gungeumae

Soranae soranae naega gaseume bulnan deushi soranaejyeo

Chaegim jyeo chaegim jyeo nal chaegim jyeo nal ireoke mandeun neo



Nan molla, nan molla ppajyeo nabwa dalkoman neoye hamjeonge

Jugeodo jugeodo mobeoseona nan ije niyeojaya

Nanana nanana nananana norae bulleo neol bureumyeon

Saecheoreom narawa naranajwo sarangae soksagyeo jwo





TRANSLATIONS



*Magic girl / 마법소녀*



Your eyes that keep glancing at me will be worn out

What do I do, what do I do?

If you keep staring at me embarrassingly

What do I do, what do I do?

Am I that pretty? How much do you like me?

Does it feel as filled

As high the star is up in the sky

As much salt there is in the sea



I don't know, I don't know

Even if you tell me a thousand million times

I don't know, I don't know

Whether it's love or something else

I'm so crazily curious about that feeling

Take responsibility, take responsibility

You take responsibility of me for making me this way



Soft, soft, did you say my lips are like jelly?

What do I do, what do I do?

When you approach me quietly

When you beg for us to kiss

What do I do, what do I do?

How do you guess exactly

what I want and hope for?

You're like a magician using magic

To boss me around



I don't know, I don't know

Even if you tell me a thousand million times

I don't know, I don't know

Whether it's love or something else

I'm so crazily curious about that feeling

It's noisy, it's noisy in my heart

It's noisy as if a fire has started



I don't know, I don't know

I must have fallen for your sweet trap

Even if I die, even if I die

I can't escape, I'm your girl now

Nanana nanana nananana

I sing a song calling for you

Fly to me like a bird, embrace me

Whisper "I love you" to me

note : tetiba je rasa cintun dekat lagu ni. ape kes? HAHA
 
k lah mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

2011

HAPPY NEW YEAR!

^_^

aku celebrate new year di Melaka, A Famosa actually. sangat best sebab selama 17 tahun aku hidup ni tak pernah aku tengok bunga api depan mata, secara LIVE terus ke kaca mata aku yang comel ni! dekat tv memang lah selalu kan tapi depan mata. woahh! amazing wokeh!



ouh memandangkan hari tuh aku sangat teruja + penat yang melampau tahap beruk makyeh so aku tak sempat reply text$ dari semua kawan2 yang wish happy new year kat aku & azam-azam semua, sorry okay :(


untuk semua member + follower,

''happy new year korang! hopefully this year will be more meaningful + brightens up your life than last year :)

oh yea, mengenai azam aku. ouh azam. kalau takde tak boleh ke? hehe. takdelah. azam aku untuk tahun ni ialah 

"menjadi seorang yang lebih matang dalam semua perkara, membaiki kekurangan diri, dan banyak lagi. tapi biarlah menjadi rahsia peribadi yang hanya diketahui oleh Dia yang Maha Berkuasa :)

k lah mimi FULLSTOP

mode : rindu nak datang sekolah pagi-pagi tapi malas nak study. ape tu? HAHA
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!